Monday, August 02, 2010

CERPEN : SEBENTUK CICNCIN BERMATA SATU





Waktu kecil-kecil dulu, aku sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan dariku. Tapi aku cemburu bila melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahuku. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) aku akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan aku waktu itu, jarang dibelikan persalinan yang baru.

Satu lagi yang membuat aku sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Aku tidak tahu apa keperluan semua itu. Aku lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Aku tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu.

Yang sebetulnya, aku kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuk aku. Aku jadi sakit hati juga kerana kakak-kakakku masih lagi mendapat sekurang-kurangnya sebentuk cincin dari ibu. Biasanya
cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak-kakakku, tetapi tidak aku. Ini membuatkan aku betul-betul sakit hati.

"Mak ni, asyik beli rantai...jee. .. kan mak dah banyak rantai.."Aku membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang.

"Tak apalah Nana, mak saja simpan banyak-banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu..."Aku muncung dengar mak jawab begitu.

"Asyik belikan mak....aje. Orang punya takde belikan pun..."Aku mencebik. Seharusnya aku anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu.

"Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi Nana ibu tak belikan apa-apa pun..."

"Nana kan masih sekolah. Kalau Nana nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku.

Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah.

Lama-lama aku jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila aku terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, aku hanya diam saja. Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah aku masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali aku pulang dari asrama, aku lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas.

Bila aku mendapat tawaran belajar di universiti, aku tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Aku tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahaku kerana sedari kecil memang cita-citaku untuk ke universiti begitu kuat sekali. Kini hasratku itu telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Aku sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakakku atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding aku. Memang aku bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama.

Sepanjang tempoh itu aku tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuk aku. Aku tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Aku boleh beli sendiri bila aku sudah bekerja nanti. Yang penting aku sudah buktikan yang aku lebih bijak dari kakak-kakakku yang lain.

Masuk tahun kedua pengajian, aku sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang aku terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajaranku. Aku tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan
ibu. Kerana aku tidak pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadaku. Sehinggalah aku pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu aku tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa aku tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini.

Aku cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Aku juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak itu ibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku. Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Aku terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Aku tidak mahu dia melihat aku seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya.

Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.

Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi.

Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wan g yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar.

Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah-wajah didepanku terlihat mendung dan muram. Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat dibedah.

"Mak mana, ayah?'Aku bersuara perlahan. "Kenapa mak tak datang?" Ayah tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca.

Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu.

Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas.

Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus
menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti.

Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi
kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.

MIMPIMU.... KENAPA ADA AKU?





Bisikmu dalam mimpiku semalamnya....

"Dalam Hati Ada Taman
Dalam Taman Ada Bunga
Dalam Bunga Ada Madu
Dalam Madu Ada Manisnya...."

dan mimpi itu belum memberikan aku satu jawapan
yang belum terjawab sekian lamanya
sebagaimana yang pernah aku nyatakan padamu
tentang cerita mimpiku itu.

Kenapa dia berdiri di jendela terhias indah
rumah disudut kampung indah permai
damai dan sunyi yang aku dambakan sekian lamnya
Mencari sesuatu yang entah apa... memandangku tanpa suara?

Bukan sekali bukan dua... malahan tiga
yang membuat aku semakin bertanyakan, mengapa?
Dan semalam dia bersuara pada ku... dalam mimpiku
kata-kata yang membuatkan aku tersedar
dari lamunan yang panjang...mengapa aku?

Kerana tiada lagi mimpi-mimpi indahku
Untuk aku temui jawapannya apa
Pada cerita mimpi semalamku
Yang aku rindukan cerita akhirnya.

Mimpimu... kenapa ada aku?


roxannezy
01 Ogos 2010
03:30 am

SYUKURKU PADA PENDERITAAN INI




Pernah ada seorang teman yang bertanyakan kepada saya, 'aku ini sudah rajin solat dan beriman kepada Allah swt, kenapa Allah memberikan cobaan dalam hidupku? Mestinya kalau aku rajin solat maka hidupku bahagia?'

Saya kemudian bertanya padanya, siapa yang kata kalau kita rajin solat dan semakin beriman kepada Allah swt kita menjadi bahagia seolah-olah tidak akan duji oleh Allah swt? Yang terjadi malah sebaliknya. Semakin tinggi tingkat iman dan taqwa seseorang maka ujian yang Allah swt berikan semakin berat. Ujian, penderitaan, cubaan dan musibah adalah wujud dari kasih sayang Allah swt sebab semua itu untuk kebaikan diri kita agar kita menjadi semakin kuat dalam mengarungi kehidupan.

Jika iman kita memang sebenar-benarnya mantap maka penderitaan tidak membuat kita menjadi lemah dan kecewa malah menjadi bertambah kukuh iman dan taqwa kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Namun bila imannya semua dan hanya topeng semata-semata maka sedikit penderitaan saja membuat dirinya jatuh tersungkur kembali menjadi kufur.

'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan, 'Kami telah beriman' sedang mereka tidak diuji lagi?' (QS. al-Ankabuut : 2).

'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaranya dan belum nyata orang-orang yang bersabar.' (QS. ali-Imran : 142).

Oleh sebab itu setiap penderitaan yang kita rasakan patutlah kita mensyukurinya kerana penderitaan itu untuk membuktikan apakah kita orang yang kuat ataukah orang yang lemah?. Mensyukuri penderitaan bererti mensyukuri kasih sayang Allah swt yang telah meningkatkan kualiti diri kita menjadi seorang Mukmin dan Muttaqin yang sesungguhnya.

Mari kita syukuri setiap penderitaan yang hadir..dengan penuh insaf dan redho

MENGAPA KITA SOLAT?





Pertanyaan, mengapa kita solat? Apakah Allah memaksa untuk disembah oleh hambaNya? Pada dasarnya Allah tidak memaksa untuk disembah oleh hambaNya. Mahu disembah atau tidak, Allah tetaplah Maha Besar. Kitalah sebagai hamba yang menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kita mencari waktu untuk mengadu segala permasalahan kita, kita meminta tolong dan memohon ampunan atas segala dosa yang kita lakukan sehingga amal yang dihisab pertama kali dalam hidup kita di akhirat kelak adalah solat.

Amal yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Bila solat seseorang baik seluruh amalnya juga baik. Demikian juga sebaliknya jika seseorang solatnya buruk maka akan buruk seluruh amalnya (HR. Thabrani).

Oleh sebab itu kita harus melaksanakan dengan sungguh-sungguh kerana solat mempengaruhi dalam kehidupan kita sehari-harian. Solat pula juga menjadi tiang terakhir dalam keperibadian kita. Solat juga menjadi sumber cinta dan kasih sayang pada diri kita yang mampu mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar.

Sesungguhnya tiang-tiang Islam akan runtuh satu persatu. Ketika runtuh tiang pertama maka manusia akan berpegang teguh pada pilar berikutnya. Keruntuhan tiang Islam berawal dari diabaikannya hukum-hukum Islam dan tiang terakhir yang akan runtuh adalah solat (HR. Ibnu Hibban).

Sejenak mari kita bertanya pada diri sendiri, dimanakah kita meletakkan solat dalam kehidupan kita? sejauh mana kita menjaganya? Sudahkah melaksanakannya dengan sungguh-sungguh dan mengintegrasikan semua bacaan yang terkandung di dalam kehidupan sehari-hari?

Betapa pentingnya solat hingga Allah mengingatkan di dalam al-Quran berkali-kali hal yang tidak boleh dilupakan. Allah swt dalam ayatNya selalu mengingatkan agar kita mendirikan solat, bukan mengerjakan solat.

Mendirikan bermakna roh kesedaran terbangun di dalam diri kita. Ada kesungguhan dan keseriusan untuk melaksanakan. Bukan hanya melaksanakan dan menggugurkan kewajiban namun tertanam di dalam diri kita makna solat yang sesungguhnya iaitu tiada bangga diri dan ego kita, yang ada hanya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang berkehendak pada seluruh hidup kita. Itulah sebabnya mengapa kita solat.

ION NEGATIF




Pencemaran industri, pemancaran automobil, peralatan elektrik yang menghasilkan impuls elektromagnet, bahan kimia dari bahan pembinaan, dan sebagainya mengandungi ion positif dalam jumlah yang sangat besar. Ini memberi kesan buruk terhadap keseimbangan ion dalam badan manusia.

Mengapa kita memerlukan banyak ion negatif? Mengapa ion negatif menyegarkan kita? Jawapannya mudah sahaja iaitu kita perlu banyak ion negatif bagi menyeimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif.

Ion negatif menjadikan darah kita mengalir lebih lancar. Ini adalah kerana ion negatif akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita. Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan toksik yang menyebabkan berlakunya kanser mempunyai kandungan ion positif yang banyak seperti kandungan toksik pada asap rokok dan sinar ultra ungu.

Ion Negatif Mengurangkan Sakit Otot.
Ion negatif dapat meneutralkan asid laktik dan juga membantutkan pengeluaran “oksigen aktif” dan radikal bebas untuk mengurangkan bahan atau toksin yang menyebabkan keletihan atau penyakit.

Mengubah Keadaan Berasid kepada Keadaan Lebih Beralkali
Pencemaran udara dan sinar U.V meningkatkan ion positif di dalam atmosfera, menyebabkan pengasidan badan. Ini merupakan salah satu punca penyakit kronik pada zaman moden ini. Ion negatif mampu mengubah keadaan dalaman badan kepada keadaan lebih beralkali lalu memperbaiki metabolisme badan.

Memperbaiki Kualiti Tidur.
Ion negatif dapat mengatur keseimbangan sistem saraf, memperbaiki peredaran darah, dan mengurangkan tekanan yang menghasilkan tidur yang lebih berkualiti.

Meneutralkan Radikal Bebas kepada Bahan Tidak Berbahaya.
Oksigen yang menjadi keperluan utama kita mempunyai peluang untuk bertukar menjadi radikal bebas yang berbahaya. 2 hingga 3% udara yang disedut akan menjadi bahan berbahaya termasuk toksin daripada pencemaran seperti klorin, asap, dan sebagainya. Radikal bebas boleh menyebabkan kita berdebar dan mengurangkan kebolehan semulajadi kita untuk sembuah dari penyakit. Disebabkan kekurangan elektron dalam strukturnya, radikal bebas menjadi sangat tidak stabil. Sebaliknya, ion negatif mempunyai lebih elektron yang membolehkan ia meneutralkan radikal bebas dengan mendermakan elektronnya. Ini akan mengubah radikal bebas tadi menjadi bahan yang tidak berbahaya.

Membersihkan darah.
Ion negatif dapat meningkatkan fungsi lima faktor utama dalam darah (Nitrogen,oxygen, calcium, sodium dan potassium) sehingga menjadikan darah kita menjadi lebih bersih dan lancar.

Memperbaiki sel.
Tubuh manusia dianggarkan mempunyai 6 trilion sel, dan jika tubuh dan darah kita dapat menerima jumlah ion negatif yang cukup, maka pergerakan sel akan menjadi lebih aktif, dan ion negatif membantu menyediakan nutrisi keseluruh sel didalam tubuh, dengan gerakan ini maka sel yang sakit dan sel yang sudah mati akan diperbaiki semula, serta akan meningkatkan kalsium sehingga otot akan bergerak lebih aktif terutama otot jantung.

Peningkatan daya tahan tubuh adalah ion negatif meningkat dalam tubuh manusia maka secara langsung akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh terutama dari virus dan bakteri.

Kemampuan menyesuaikan sistem saraf
Sistem saraf secara langsung akan mengawal tubuh tanpa disedari, jumlah ion negatif akan membantu kemampuan sistem saraf dalam menjalankan tugasnya terutama dalam mengawal darah dan organ-organ tubuh kita yang lain sehingga tubuh akan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Mengurangkan rasa sakit.
Ion negatif akan meningkatan ionisasi serta membantu memulihkan tubuh dari lesu, letih dan lemah serta mengembalikan keadaan seperti sediakala, sama baiknya ketika sel tubuh kita membuat orang yang sakit kembali menjadi sihat, peredaran darah semakin baik, dan menghilangkan rasa sakit.

ATURAN ALLAH PADA HAMBANYA





' Allah swt tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Thursday, July 29, 2010

BICARA SEPI BUAT TEMAN: YAKINLAH, ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM PADA MANUSIA

BICARA SEPI BUAT TEMAN: YAKINLAH, ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM PADA MANUSIA

YAKINLAH, ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM PADA MANUSIA




Pernah ada seorang pemuda datang menghampiri saya dan mengatakan, 'Kenapa hidup saya selalu tidak beruntung, wajah saya terbilang jelek, saya miskin, tidak memiliki teman, saya kalau berjalan terlihat aneh, saya selalu gugup berkumpul dengan orang banyak. Saya ingin tampil percaya diri, banyak teman, tidak gugup. Saya ingin sempurna, saya ingin bahagia.'

Itulah gambaran, apabila kita mengejar impian tidak tercapai, hidup kita menjadi terasa hina, jatuh dan tersungkur. Kepercayaan diri juga ikut terjatuh, yang dirasakan hidupnya semakin jauh dari harapan yang diinginkannya kerana disebabkan ketidaksempurnaan yang ada pada dirinya.

Ketika dalam kehidupan kita sudah seperti itu, dirundung dalam kegagalan dan kesedihan. Cara pandang terhadap diri kita dan terhadap orang lain menjadi berubah. Menginginkan diri sempurna, menganggap Allah tidak adil, bahkan semakin iri apabila orang lain lebih baik daripada dirinya.

Pada dasarnya Allah sudah menetapkan rizeki, jodoh, kehidupan pada setiap orang dengan keadilanNya. Namun disaat kita sedang tertimpa kegagalan dan kesedihan terasa berat kita menjalaninya. Seolah Allah Subhanahu Wa Ta'ala berlaku tidak adil, kenapa Allah menciptakan penderitaan? Kenapa Allah harus menurunkan ujian atau musibah hanya untukku?

Memang terkadang hidup ini terasa berat, bila kita merasa dirundung kesedihan. Kegagalan menggapai impian bukanlah akhir dari segalanya. Percayalah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan pernah menjerumuskan kita namun Allah telah memberikan yang terbaik dalam hidup kita karena kegagalan dan kesedihan kita saat ini tidak bisa kita melihat yang terbaik yang ada pada diri kita. Apa yang ada pada diri kita saat ini dan apa yang kita miliki saat ini itulah yang terbaik pada diri kita.


Boleh jadi engkau membenci sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui apa-apa.

(QS. al-Baqarah : 216).

HANYA YANG TAHU MENCARI DALAM PELUANG YANG TERBUKA LUAS

MARHABAN YA-RAMADHAN




Ada sekuntum hari
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu
Karena saat itulah kemahamurahan sang Khaliq berlimpah
Menyatu pada segala inti hidup

Adalah Ramadhan
Ia bertelaga bening
Airnya mutiara maghfiroh
Gericiknya dzikir dan tadarrus
Tepianya doa lemah lembut, lirih dan berpasrah hati
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia

Ia rahasia
Tak sekedar lapar dahaga
Tapi sesungguhnya itulah hakekat cinta
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah
Karena dengan lapar dan haus
Kita bisa lebih menyadari bahwa kita tak berpunya
Bisa lebih memahami
Bahwa kita tak lebih dari sebutir debu
Di antara kemahaluasan-Nya

Ia sepantasnya dirindukan
Kerana ia lebih

Di cakrawala bertebar pengampunan, rahmat
Dan segala kebaikan
Juga nuzulul qur’an dan lailatur qodar

ANA SUDAH BERTUNANG




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

CINTA NAN INDAH




Seindah-indah cinta
adalah cinta kepada
Penggenggam alam semesta...
kepada Yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus cinta-Nya
yang kekal cinta-Nya
DIA lah ALLAH!

ALLAH
yang Maha Agung,
Maha Indah, Maha Penyayang,
Maha Membela, Maha Mempesona,
Cinta kebenaran
Cintai Rasulullah
Cinta semata-mata
kerana ALLAH...

RAMADHAH AL-MUBARAKH






بسم الله الر حمن الر حيم


يا يها الد ين ء ا منو اكتب عليكم ا لصيا م كما كتب علي الد ين من قبلكم لعلكم تتقون *
شهر ر مضان الدي ا نز ل فيه القر ء ا ن هدي للنا س و بينت من الهد ي و ا لفر قا ن فمن سهد منكم ا لشهر فليصمه


Firman Allah SWT (Surah Al Baqarah ayat 183 dan 185)

Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan -keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikkan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu...)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, SELAMAT BERPUASA & BERAMAL IBADAH~ SEMOGA AMAL IBADAHNYA DITERIMAH ALLAH SWT & BERTAMBAH LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA... MOHON MAAF ZAHIR & BATHIN , AMPUN MAAF DIPINTA MENYUSUN SEPULUH JARI MOHON KEMAAFAN DARI SAHABAT2 FB SEMUA TULUS IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA, HALALKAN MAKAN & MINUM, HALALKAN ILMU YG SHAREING BERSAMA... DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT.

CHAK-YA-NUN-TA-ALIF


"Chak – Ya – Nun – Ta – Alif".....cinta

Kalau kekasih mengucapkan pada kita, “Kalau dikau mendekat sejengkal, ku sambut ia sehasta. Kalau dikau mendekat sehasta, ku sambut ia sedepa. Kalau dikau mendekat padaku berjalan, ku mendekat padamu berlari”, ah sungguh romantik bukan!

Pastinya hati kita berbunga-bunga tak layu-layu. Ini apa lagi kalau yang berkata pada kita itu adalah Kekasih Yang Maha Agung, yang bukan setakat mahu mendekat pada kita sehasta, sedepa atau berlari, bahkan menyiapkan syurga untuk kita, cuma syaratnya satu, berserah diri pada-Nya sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian (penghambaan).

Tapi bukankah penyerahan diri sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian itu sangat berbaloi dengan tukarannya yang sangat mahal? SYURGA! Yang luasnya seluas langit dan bumi (saintis pun tidak tahu seluas apakah langit dan bumi itu?), yang di bawahnya mengalir sungai-sungai nan indah dari arak atau susu, yang di dalamnya bidadari-bidadari yang tiada tandingan cantiknya hingga nampak tegukan air demi tegukan air tatkala si dia minum, yang berdiri megah singgahsana-singgahsana tersedia untuk tempat bersantai dan rehat buat selamanya, dikelilingi pepohon hijau rendang yang buahnya rendah dan mudah dicapai tangan bila-bila masa mahu makan, istana-istana dari permata, telaga yang sekali minum airnya hilang haus sampai bila-bila, pakaian halus dari sutera, minuman-minuman dalam piala, dan serba macam kenikmatan syurga yang bertingkat-tingkat tersedia untuk kita mengikut darjat itu, dengan syarat kita bersedia untuk patuh taat dan menyerah diri menghambai pada-Nya sepenuh hati sepanjang masa setiap tempat.

Apakah berbaloi untuk mengorbankan CINTA ILAHI kepada kita dan cinta kita kepada ilahi semata-mata untuk mengejar cinta terlarang kita kepada mahkluk Ilahi atau cinta makhluk Ilahi kepada kita? Kita sesama makhluk ini adalah hamba. Apakah bercinta sesama hamba lebih tinggi darjatnya daripada bercinta dengan Tuannya? Pastilah percintaan dengan Tuan lebih ekslusif daripada percintaan sesama hamba yang sama rendah darjatnya.

Cintalah langit (‘Arasy), itu cinta tinggi. Ayuh berlari ke langit! (macam mana nak berlari ke langit, bole ke? Hehe )

*** faham maksud saya bukan?

7 AYAT-AYAT CINTA




Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan
oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAKH




Bagaimana kita mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadan? Amal apa yang paling utama di bulan yang mulia ini?


Alhamdulillah.

Pertama: Sungguh bagus sekali pertanyaan anda wahai saudaraku yang mulia. Karena anda bertanya tentang cara mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan, yang banyak di antara manusia menyimpang dari hakekat puasa. Mereka menjadikannya sebagai musim untuk makan, minum, menghidangkan kue-kue, begadang atau menonton televisi. Mereka mempersiapkan makanan jauh-jauh hari sebelum Ramadan, karena khawatir kehabisan atau harganya naik, maka mereka memborong makanan dan minuman. Kemudian mereka mencari-cari informasi di chanel televisi untuk mengetahui acara apa yang menarik diikuti dan yang layak ditinggalkan. Mereka sungguh telah bodoh –dengan sebenarnya- hakekat puasa di bulan Ramadan. Mereka abaikan ibadah dan ketaqwaan, dan kemudian hanya memenuhi kebutuhan perut dan pandangan matanya semata.

Kedua: sebagian yang lain sadar akan hakekat puasa di bulan Ramadan, maka mereka mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya’ban. Bahkan ada yang telah mempersiapkan sebelum itu.

Di antara persiapan yang terpuji untuk menyambut bulan Ramadan adalah :

1. Bertaubat dengan jujur.

Taubat pada dasarnya wajib setiap saat. Akan tetapi karena akan (menyambut) kedatangan bulan yang agung dan barokah ini, maka lebih tepat lagi jika seseorang segera bertaubat dari dosa-dosanya yang diperbuat kepada Allah serta dosa-dosa karena hak-hak orang lain yang terzalimi. Agar ketika memasuki bulan yang barokah ini, dia disibukkan melakukan ketaatan dan ibadah dengan dada lapang dan hati tenang.

Allah ta’ala berfirman:

( وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ) سورة النور: 31

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31).

Dan dari Al-Aghar bin Yasar radhiallahu ’anhu dari Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat (kepada Allah) dalam sehari seratus kali” (HR. Muslim, no. 2702)

2. Berdoa.

Diriwayatkan dari sebagian (ulama) salaf, bahwa mereka berdoa kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadan, kemudian mereka berdoa lagi lima bulan setelahnya semoga amalnya diterima. Seorang muslim hendaknya berdoa kepada Tuhannya agar mendapatkan bulan Ramadan dalam keadaan baik, dari sisi agama maupun fisik, juga hendaknya dia berdoa semoga dibantu dalam mentaati-Nya serta berdoa semoga amalnya diterima.

3. Gembira dengan semakin dekatnya kedatangan bulan yang agung ini.

Sesungguhnya mendapatkan bulan Ramadan termasuk nikmat Allah yang agung bagi seorang hamba yang muslim. Karena bulan Ramadan termasuk musim kebaikan, pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ia adalah bulan Al-Qur’an serta bulan terjadinya peperangan-peperangan yang sangat menentukan dalam (sejarah) agama kita.

Allah berfirman: “Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. Yunus: 58)

4. Menyelesaikan tanggungan (qadha) kewajiban puasa.

Dari Abu Salamah, dia berkata, saya mendengar ‘Aisyah radhiallahu ’anha berkata: “Aku memiliki kewajiban berpuasa dari bulan Ramadan lalu, dan aku baru dapat mengqadanya pada bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari, no. 1849, dan Muslim, no. 1146)

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Dari keseriusan beliau (mengqadha) pada bulan Sya’ban disimpulkan bahwa hal itu menunjukkan tidak diperkenankan mengakhirkan qadha sampai memasuki bulan Ramadan berikutnya.” (Fathul Bari, 4/191)

5. Membekali diri dengan ilmu agar dapat mengenal hukum-hukum puasa dan mengetahui keutamaan Ramadan.

6. Segera menyelesaikan pekerjaan yang boleh jadi (jika tidak segera diselesaikan) dapat mengganggu kesibukan ibadah seorang muslim di bulan Ramadan.

7. Berkumpul bersama anggota keluarga, dengan istri dan anak-anak untuk menjelaskan hukum-hukum puasa dan mendorong si kecil untuk berpuasa

8. Mempersiapkan sejumlah buku yang layak untuk dibaca di rumah atau menghadiahkannya kepada imam masjid agar di baca (di depan) jamaahnya pada bulan Ramadan.

9. Berpuasa pada bulan Sya’ban sebagai persiapan untuk berpuasa di bulan Ramadan.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ . (رواه البخاري، رقم 1868، ومسلم، رقم 1156)

Dari ‘Aisyah radhiallahu ’anha: “Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia tidak pernah berbuka. Dan (lain waktu) beliau tidak berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia pernah berpuasa. Dan aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan dan aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam memperbanyak berpuasa selain di bulan Sya’ban”. (HR. Bukhari, no. 1868, Muslim, no 1156)

Dari Usamah bin Zaid radhiallahu ’anhu, dia berkata: “Saya bertanya, Wahai Rasulullah saya tidak pernah melihat anda berpuasa di antara bulan-bulan yang ada seperti engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” (Beliau) bersabda: “Itu adalah bulan yang sering diabaikan orang, antara Rajab dan Ramadan. Yaitu bulan yang di dalamnya diangkat amal (seorang hamba) kepada Tuhan seluruh alam. Dan aku senang saat amalanku diangkat, aku dalam kondisi berpuasa.” (HR. Nasa’i, no. 2357, dinyatakan hasan oleh Al-Albany dalam shahih Nasa’i).

Dalam hadits di atas dijelaskan hikmah berpuasa pada bulan Sya’ban, yaitu bulan diangkatnya amalan. Sebagian ulama menyebutkan hikmah lainnya, yaitu bahwa puasa (pada bulan Sya’ban) kedudukannya seperti sunnah qabliyah dalam shalat fardhu. Agar jiwa merasa siap dan bersemangat dalam menunaikan kewajiban. Demikianlah yang dikatakan terhadap puasa di bulan Sya’ban sebelum Ramadan.

10. Membaca Al-Qur’an.

Salamah bin Kuhail berkata: Dahulu dikatakan bahwa bulan Sya’ban adalah bulan bacaan (Al-Qur’an).

Adalah Amr bin Qais apabila memasuki bulan Sya’ban, beliau menutup tokonya, lalu berkonsetrasi membaca Al-Qur’an.

Abu Bakar Al-Balkhi berkata: “Bulan Rajab adalah bulan menanam, bulan Sya’ban adalah bulan menyirami tanaman dan bulan Ramadan adalah bulan memanen tanaman."

Dia juga berkata: "Perumpamaan bulan Rajab bagaikan angin, sedangkan perumpamaan Sya’ban bagaikan mendung dan perumpamaan Ramadan bagaikan hujan. Barangsiapa yang tidak menanam di bulan Rajab dan tidak menyiram pada bulan Sya’ban, bagaimana dia akan memanen di bulan Ramadan."

Kini bulan Rajab telah berlalu, lalu apa yang akan anda kerjakan pada bulan Sya’ban jika anda ingin bertemu dengan bulan Ramadan. Demikianlah halnya keadaan Nabi anda dan salaf (pendahulu) umat ini di bulan yang barokah. Maka, dimana posisi anda dari amalan dan derajat tersebut?

Wednesday, July 28, 2010

PENAWAR BUAT YANG RINDU





Bunga rampai harum bau
mari direnjis si air mawar
mengapa hati selalu merindu
boleh berikan saya penawar...

MALAM DAN KEGELAPANKU




Bercerita tentang malam yang datang membawa kegelapan

Tentang suara kehidupan yang tenggelam dalam kelelahan

Disini ku terpojok tak berdaya

Melihat kehampaan

Sendiri kuterjarat dalam ruang tak bercahaya

Berharap akan ada cahaya yang datang menuntunku..

Membawaku pergi ke dunia mimpi..

Untuk merangkai kembali kepingan hati yang telah hancur terserak

Kini ku dapat melihat kembali cahaya kehidupan

Memulihkan sayap-sayapku yang telah patah

Terbang meninggalkan semua masa lalu menuju damai kebahagiaan,

Bersama impian yang terlupa....



Ya rabb..
Jadikanlah kehancuran ini sebagai pengHantar menuju hidayahMu

Tuesday, July 27, 2010

AL-HIKMAH




"Jika kamu diselamatkan dari kesalahan dan kejahatan, waspadalah, dan jangan merasa aman; kerana hasrat dan hawa nafsu akan memperoleh kembali kekuatannya meski hanya dipicu oleh kemaksiatan atau kejahatan yang kecil. Ketenteraman jiwa dapat sirna tiba-tiba. Perintah Al...lah kepada hamba-hamba-Nya untuk menjauhkan diri segala yang diharamkan merupakan peringatan agar mereka senantiasa berwaspada."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Monday, July 26, 2010

ABAH & SAKIT KANSER HATINYA

































26/07/2010 - 10:00 am Wad Hepatobilisati (Bahagian Hati), Hospital Selayang

Pihak Hospital Selayang, telah membuat ujian dan pengesahan berkaitan penyakit abah. Mengikut doktor pakar yang membuat semakan, sakit hati abah telah sampai ke Tahap C iaitu kritikal dimana 90% daripada hati abah telah diserang virus kanser. Hanya 10 % sahaja yang masih baik dan belum diserang virus berkaitan.

Punca penyakit berkemungkinan dari jangkitan virus Hepatitis B atau Hepatitis C tetapi berdasarkan ujian darah yang telah beberapa kali diadakan sebelum ini di klinik dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban gagal mengesan sebarang jangkitan virus Hepatitis berkaitan. Doktor juga tidak dapat memastikan sejak bila virus berkaitan mula menyerang tetapi dalam jangkaan 1-2 tahun sebelum ini cuma kesan pada abah hanya telah dilihat dalam tempoh masa 6 bulan sebelum rawatan intensif dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Selayang.

Jika penyakit kanser hati berada di tahap A atau B, tindakan membuat pembedahan, pemindahan atau kemoterapi masih boleh dilakukan secara berperingkat sehingga sembuh. Malangnya di Tahap C, pihak doktor tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan baki hati yang masih belum dijangkiti hanya 10 % sahaja. Sebarang pembedahan, pemindahan atau kimoterapi akan hanya lebih memudaratkan abah dan boleh membahayakan nyawa.

Doktor hanya boleh memberikan ubat-ubatan untuk melambatkan penyebaran virus merosakkan bahagian hati yang masih baik dan beberapa ubat yang perlu dimakan secara tetap untuk mengeluarkan air yang disebabkan kerosakan hati berkaitan serta 'paint killer' jika terasa sakit.

Antara simpton yang akan dilihat dari masa ke semasa adalah :-
1. Selera makan akan berkurangan
2. Masalah berat badan berkurangan
3. Perut menjadi gemuk @ boncit disebabkan air yang terhasil dari penyakit berkaitan jika tidak dikeluarkan selalu menerusi kencing.
4. Pesakit kurang aktif sebagaimana selalu mungkin akibat kekurangan tenaga dalam badan, badan menjadi lemah dan selalu demam.

Mengkut doktor juga, keadaan abah bergantung kepada bagaimana mudahnya virus merebak. Kawalan dengan pemakanan ubat perlu untuk melambatkan kerosakan hati berkaitan. Semoga abah tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Kesihatan abah perlu diutamakan terutamanya pemakanan dan mendapatkan rehat secukupnya.

Abah, masih seperti biasa tidak pernah menggambarkan kesakitan dialaminya terutama pada mak dan adik-beradik yang lain. Mungkin pada abah, penyakit ini hanyalah dugaan ALLAH swt. Dan abah masih tersenyum bila doktor menjelaskan perkara ini. Abah memang seorang yang tabah dan tidak akan sesekali membiarkan orang lain risau dan bersedih dengan apa yang sedang dia alami.


Disertakan juga beberapa gambar dari CT Scan yang telah diambil pada bahagian hati abah. Bahagian berbintik hitam pada gambar hati abah, disebelah kiri merupakan tempat serangan virus berkaitan di bahagian hati abah. Beberapa gambar kekaitan penyakit yang melibatkan serangan hati dan punca serangan Hepatitis juga diambil sebagai rujukan dan maklumat tambahan.























Kami sekeluarga akan selalu mendoakan yang terbaik untuk abah. Dalam usia abah mengenjak 69 tahun pada 24/10/2010, semoga abah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, insya'ALLAH.