Tuesday, November 14, 2006

WARISAN




Sebuah lagu yang penuh dengan harapan dan impian buat bangsa melayu fikir dan renung-renungkan. Liriknya baik, puitis dan tersirat seribu makna dan harapan. Fikir-fikirkanlah wahai bangsa kesayangaku, bangsa MELAYU.



Anak kecil main api,
terbakar hatinya yg sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesama lah kita,
cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan orang lain
peribumi merintih sendiri

Kini kita cuma tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai, teruskan usaha,
Melayu kan gagah di Nusantara.


Note : Bangsa yang lemah adalah bangsa yang tidak mahu memperbaiki kekurangan mereka. Dan bangsa yang kuat adalah bangsa yang sentiasa mahu mencari ilmu dan kecemerlangan diri.




~salam ceria selalu

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal Iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad.
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
1. Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
2. Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
3. Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
4. Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan.
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.

1. Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
2. Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
3. Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
4. Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan.
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
1. Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
2. Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
2. Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
3. Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
1. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
2. Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
3. Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan.
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
1. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
2. Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
3. Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat.
Terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
1. Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
2. Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
3. Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.
Allah SWT berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.
1. Kini Kau Tinggal Seorang Diri
2. Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
3. Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
4. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
5. Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
6. Hari Ini,....
7. Akan Kutunjukan Kepadamu
8. Kasih Sayang-Ku
9. Yang Akan Takjub Seisi Alam
10. Aku Akan Menyayangimu
11. Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
1. Kembalilah Kepada Tuhanmu
2. Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
3. Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
4. Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.

Kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?
WALLAHU ALAM.
~salam ceria selalu

Sunday, November 12, 2006

BICARA BUAT GADISKU



Gadisku,

sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam a.s yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yang terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Gadisku,

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah swt hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yang diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah.


Gadisku,

Wanita solehah yang patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan title gadis yg engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku,

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku,

Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta."


Gadisku,

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg sempurna hasil rencana ALLAH swt. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu.


Gadisku,

Menyintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi.


~salam ceria selalu

EMPAT JENIS MANUSIA DIDUNIA


1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.

Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".



2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.

Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang mempunya hati dan mempunyai lidah.

Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.



Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.


WALLAHU ALAM.

~salam ceria selalu

BAGAIMANAKAN SOLAT KITA?





Nota ini saya terima dari rakan saya. Rasanya sesuai
untuk bahan bacaan kita hari nie.
Sekadar proses ulangan untuk kita semua.
Semoga kita boleh mencapai peringkat solat yang diterima oleh Allah S.W.T.

Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin
meningkat amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat,
sekarang ni semakin rajin mencecah dahi ke sejadah.

Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat.
Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima,
1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3
lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.

Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang
langsung? Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi
dalam neraka. Anyway mari kita sama-sama muhasabah
diri kita sendiri, apakah 7 peringkat sembahyang ini:-

1. Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun
dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak
belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya
tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan
ataupun baca surah yang panjang.

2. Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir
'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap
melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun
boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah
banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-tiba saja dah
toleh kanan, toleh kiri........selesai.
Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan
hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang
yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang,
tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya
nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan
member-member dan sebab-senan yang lain.
Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan
keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal
dengan bersungguh-sungguh kerana ALLAH swt

4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa
ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam
sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat
disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak.
Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh
berperang dengan syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak
azab. Orang kategori ini kena banyak beristighfar dan
perbaiki lagi amalan ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut
oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat
sembahyang tidak terasa olehnya.
Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu
diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga
dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan
keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan.
Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah
diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar
lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan
dinikmati rasanya.
Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat dan
rahmat bersembahyang yang tidak terucap juga akan
dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam
keagungan Allah swt, tak dapat tergambar keindahan
dan kenikmatannya.

So, tingkat mana solat kita?
Wallahua'lam.


~salam ceria selalu

JANGAN ... JANGAN.... DAN JANGAN.


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan m asuk ke bilik air tanpa
memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau se lipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni.
Hantarkan kepada semua saudara islam
yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni
bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)
~salam ceria selalu

LIMA CARA PILIH SAHABAT : NASIHAT AL-QAMAH




Nasihat Pilih Sahabat...

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


RENUNG-RENUNGKANLAH.


~salam ceria selalu

KAK LANG KEMBALI CERIA

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, anak saya Kak Lang telah dibenarkan keluar daripada Hospital Selayang pada lewat petang hari Ahad (12-11-2006) setelah keadaan dia kembali normal. Najis yang keluar tidak lagi bersama-sama lendir dan darah sebagaimana sebelum ini sejak hari Sabtu yang lepas.
Hari Ahad keadaan Kak Lang kembali ceria dan sihat. Semoga Kak Lang selalu sihat dan ceria selalu.
Kepada semua yang telah mendoakan kesihatan Kak Lang, yang sudi meluangkan masa melawat kami di hospital dan memberikan ucapan takziah dan dorongan semangat, terima kasih tak terhingga daripada saya dan isteri sekeluarga. Semoga kamu semua dirahmati dan dilindungi ALLAH swt, insya'ALLAH.
~salam ceria selalu

Thursday, November 09, 2006

KAK LANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL LAGI


Assalamulaikum wbt.


Kepada rakan-rakan semua, disini saya ingin memohon kemaafan kerana tidak mengemaskinikan blog saya. Masa yang tidak mengizinkan saya biarpun banyak cerita yang boleh dikemaskinikan.


Untuk makluman, anak ke tiga saya Mirza Syazreen Nafisah (Kak Lang) telah sekali lagi dimasukkan ke dalam hospital sejak pagi Khamis disebabkan masalah usus dan cirit-birit berdarah. Kak Lang kan genab berusia 5 bulan pada 11/11/2006 nanti (Sabtu) tetapi ini merupakan kali ke 3 Kak Lang ditahan wad akibat pelbagai penyakit.


Pertama dalam usia baru 2 bulan dulu untuk melakukan pembedahan usus dan pusat yang terkeluar jika dia menangis terlalu kuat di PUSRAWI Kuala Lumpur. Kos pembedahan hampir 2 ribu ringgit. Alhamdulillah, keadaan pusat Kak Lang baik selepas itu.


Kemudian, kali ke dua 5 hari 4 malam juga di PUSRAWI Kuala Lumpur akibat batuk kuat berpanjangan dari 19-23 Oktober 2006 yang lepas. Sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri barulah Kak Lang dibenarkan keluar wad tetapi keadaan Kak Lang pada masa itu masih batuk sikit (tak serius). Kos rawatan yang dikenakan oleh pihak PUSRAWI +/- RM2,100. Masay'ALLAH, tingginya kos rawatan di hospital pakar. Tak mengapa, asalkan Kak Lang segera sembuh. Saya dan isteri pula yang menjangkit... batuk dan demam sepanjang menyambut minggu raya yang lepas.


Dan kali ketiga sekarang ni.... setelah klinik panel merujuk kes Kak Lang ke hospital disebab keadaan darah yang keluar bercampur dengan najis setiap kali Kak Lang buang air besar. Keadaan Kak Lang aktif.......sentiasa senyum, bergerak, makan berselera, selalu bercakap ...(dalam bahasa dialah...!!!!) tak menggambarkan dia sedang sakit. Tetapi setiap kali buang air besar, akan keluar sama darah dan lendir.


Semalam doktor sudah mengambil sampel najis, lendir dan darah yang keluar dan keputusan analisis dijangka akan diketahui lewat petang jumaat nanti. Lebih kurang jam 4-5 petang nanti. Malam tadi hanya isteri saya yang menjaganya di wad disebabkan peraturan hospital yang hanya membenarkan seorang sahaja menemani pesakit. Mungkin hospital kerajaan, semuanya peraturan diseragamkan begitu, agaknya. Jadi lepas jam 10:00 malam saya kembali ke Rawang meninggalkan anak dan isteri sahaja di wad. Lagipun 2 lagi anak kami ada dirumah.


Insya'ALLAH hari Jumaat esok, saya akan kembali ke wad menemani mereka hingga malam. Tambahan pula untuk mengetahui keputusan analisisi najis tadi. Semoga keputusan doktor tidak melibatkan penyakit atau jangkitan yang kritikal, insya'ALLAH.


Kepada keluarga dan kawan-kawan sepejabat dan yang mengenali kami sekeluarga, terima kasih atas semua bentuk ucapan takziah dan kata-kata semangat dan dorongan supaya kami bersabar dengan dugaan ALLAH swt pada Kak Lang. Semua bentuk dorongan, kakat-kata semangat dan doa samada ada dalam bentuk sms, email atau telefon sudah cukup memberi kami sekeluarga kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ALLAH swt ini. Apatah lagi yang telah sudi datang ke hospital meluangkan masa walaupun seminit, besarlah harapan dan impian kami agar doa dan permohoan kamu semua moga-moga dirahmati dan diredhai oleh ALLAH swt. Semoga Kak Lang segera sembuh dan terhindar dari segala bentuk penyakit yang kritikal mahupun tidak.


Kami sekeluarga amat menyayangi Kak Lang.... ayah, ibu Kak Long dan Kak Ngah sentiasa ingin melihat Kak Lang ceria dan gembira selalu. Semoga Kak Lang segera sembuh.


Kak Lang, ayah, ibu, Kak Long dan Kak Ngah sayangkan kamu.....!

Note : Saya akan kembali bertugas setelah keadaan Kak Lang kembali normal dan sihat. Jika ada kesempatan dan keluangan masa saya akan kemaskinikan blog saya..... terutamanya keadaan terkini Kak Lang, insya'ALLAH.


Wassalam.


~salam ceria selalu.

Wednesday, November 08, 2006

TAWADUK SIFAT MULIA




TAWADUK bererti, merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata'ala. Ia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Ia akan sentiasa mengasihi sesame makhluk maka ia pula akan dikasihi.


Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Ia dalam apa keadaan pun, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya.


Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat takbur iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :


"Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka".


Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombpng dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :


"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi".


Orang yang bersifat tawaduk tidak akan suka menunjuk-menunjuk atau meng'highlight' amal ibadat atau amal kebaikan dan kebajikan yang dikerjakannya. Hatinya sentiasa ikhlas melakukan sesuatu dan melakukan sesuatau itu bukan kerana riyak atau dengan niat untuk mendapatkan sebarang imbalan atau ganjaran seperti mendapatkan keuntungan wang ringgit, untuk mendapatkan pujian,mencari pangkat dan kedudukan, mencari nama, pengaruh dan seumpamanya.


Orang yang bersifat tawaduk akan merasa bahawa segala kelebihan, segala kenikmatan yang dimilikinya seperti kekayaan harta benda dan wang ringgit, ilmu pengertahuan, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu adalah nikmat kurnia daripada Allah Subahanahu Wata'ala hasil daripada ikhtiar dan usahanya sendiri namun ia tidak akan memuji dirinya sendiri atau merasai dirinya lebih daripada orang lain, ia tidak akan memandang dirinya sahaja yang hebat, dirinya sahaja yang benar. Malah orang yang bersifat tawaduk akan sentiasa muhasabah diri, akan sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan diri, sentiasa ingin belajar, menerima teguran orang, bertanya ataupun mengambil faedah daripada orang lain walaupun orang itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri.


Begitulah mulianya orang yang mempunyai sifat tawaduk. Bersederhana di dalam kehidupan termasuklah dari segi penampilan diri dan sifat peribadi. Mulia di sisi agama, mulia disisi sesama manusia. Namun ramai dari kita tidak mengetahui tentang kewajipan bersifat tawaduk ini. Malah, sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih bersifat menunjuk-nunjuk, membesar-besarkan diri, bersifat takbur, riyak dan ujub walaupun sifat-sifat yang sedemikian itu amat dibenci oleh Allah Subahanahu Wata'ala.


Menurut Rasulullah Sallallahun Alaihi Wasallam, Allah Subhananu Wata'ala akan mengurniakan empat perkara kepada orang yang dikasihi-Nya sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabarani dan Al-Hakim daripada Anas, yang bermaksud :


"Empat perkara yang tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya iaitu (orang yang) diam (yang menunjukkan) bahawa itu adalah permulaan ibadat, bertawakal kepada Allah, merendahkan diri dan zuhud di dunia (meninggalkan kepentingan dunia)".


Orang yang tawaduk akan mendapat rahmat daripada Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Asfahani daripada Anas, yang bermaksud :


"Merendah diri itu tidak menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka hendaklah kamu merendah diri supaya dicurahi rahmat oleh Allah".


~salam ceria selalu

SITI IMPIAN



9 Siti berikut adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 malam 06/11/2006 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah anda tergolong antara Siti-siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-samalah kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. Antara 9 Siti yang patut dicontohi adalah :-


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kekadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah s.w.t. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa a.s.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah saw. Mendidik baginda menjadi insan yang mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah s.w.t syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


~ salam ceria selalu

Tuesday, November 07, 2006

HIDUP INI INDAH




Aku takut lalai dalam keindahan sementara ini
hingga lupa pula pada hebatnya syurga nanti
saat aku tertawa tika itu jua aku terlupa
pada dahsyatnya neraka menanti
bila mata terpejam
adakah aku bisa bangun kembali
memadam semula dosa yang pernah aku lakukan
membuang semua noda hitam
pasti tidak mungkin
sebelum masa itu tiba nanti
mampukah aku menyucikan diri ini
untuk mengadap Tuhanku
dalam alam yang abadi.


~salam ceria selalu

ISLAM AGAMA INDAH



MOTIVASI MUTIARA DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan.


Sememangnya islam merupakan satu agama yang indah. Namun seperti permata dan berlian keindahannya seringkali tertimbus di bawah sampah sarap dan tanah selut. Demikian juga dengan islam. Amalan ,akhlak dan tindak tanduk umat islam seringkali tidak cantik seperti agamanya justeru menjadikan kecantikan islam tertimbus di bawah akhlak hodoh, perangai keji dan tindak tanduk negatif yang dilakukan oleh orang yang berkata La ila Haillallah. Muhammad Rasulullah. Tindak tanduk orang yang bernama Ahmad, Mustapha, Abdullah, Danial, Zainal dan sebagainya menimbuskan kecantikan Islam.


Justeru orang menjauhkan dirinya daripada agama sedangkan agama islam merupakan agama pilihan Allah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah Al-Imran yang berbunyi " In naddi naindallah hil islam – agama yang di terima Allah cumalah agama islam". Agama islam adalah agama yang bukan direka oleh manusia. Tidak juga direka oleh Nabi Muhammad saw. Ia bukan agama ciptaan manusia. Ia agama anugerah Allah. Ia datang dari langit dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba Allah.

Justeru dalamnya terdapat ajaran yang komprehensif yang indah. Tiba-tiba yang sedang nampak kecantikan islam ini ialah golongan di barat. Ini fenomina akhir zaman yang cukup pelik. Orang sendiri seperti kita tidak nampak kecatikan islam. Sebab itu perbincangan kita tentang agama hanya berkisar kepada benda-benda cabang. Kadangkala melahirkan debat panjang tentang perkara ranting. Kita berdebat panjang tentang usalli ataupun tidaknya, tentang saidina ataupun tidaknya ketika berselawat sehingga menghodohkan agama dan melahirkan persengketaan. Di barat mereka tidak berbincang tentang islam seperti itu. Mereka cuba melihat permata dalam bentuknya yang asli.

Lantas mengikut Dalam National Catholic Reporter bertarikh 30 Jun 2006 pula, Margot Patterson melaporkan, "Walaupun pandangan negatif terhadap Islam sedang meningkat, namun jumlah mereka yang memeluk Islam sedang bertambah di kalangan rakyat Amerika pada hari ini... Apa yang menyebabkan rakyat Amerika memeluk Islam? Mengikut R. Kevin Jaques, penolong profesor dalam bidang kajian agama di Universiti Indiana, Amerika sedang melalui suatu proses perubahan, gereja pula tidak memainkan peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya, dan mereka yang (memeluk Islam) ini mencari sesuatu yang gereja tidak mampu berikan kepada mereka....Seterusny a Margot Patterson melaporkan Dr. Ihsan Bagby seorang professor madya dalam bidang pengajian islam di Universiti Kentucky, beliau juga merupakan salah seorang yang mempunyai data-data terperinci tentang keadaan umat islam di Amerika.

Beliau mengatakan, mengikut satu kajian yang dilakukan di Detroit menunjukkan bahawa orang-orang Amerika memang sedang memilih islam. Pada tahun 1994 kata beliau ¾ ataupun 75% daripada mereka yang memeluk agama islam datang dari kalangan Amerika Latin tetapi pada tahun 2000, 1/3 daripadanya merupakan pengganut islam dari kalangan kulit putih. Dalam bahasa utara kita berkata, Mat Saleh sudah memilih Islam.

Mengapa ini berlaku ?. Maka professor Ihsan Bagby mengatakan, Bagi mereka yang di barat khususnya di Amerika yang memilih islam ini, mereka melihat islam sebagai satu agama moral dan spiritual yang serius. Ini yang barat perlukan. Mereka perlukan satu agama yang berpegang teguh pada sistem moral dan spiritual. Pada ketika hari ini bangsa kita suka pada cara hidup yang tidak serius moral dan spiritualnya. Dunia sedang terbalik. Kita kena cipta lagu yang bertajuk dunia sedang terbalik. Akhirnya Dr. Ihsan Bagby berkata, " Bila orang barat mengkaji islam dan selepas mereka menapis pandangan-pandangan peribadi golongan yang anti islam, akhirnya selepas mereka menapis semua itu, apa yang mereka nampak ?. Menggunakan bahasa Dr. Ihsan Bagby, beliau berkata, "They see a very organise, very beautiful religion ". Akhirnya mereka melihat satu agama yang paling tersusun dan paling cantik.


Tuan-tuan & puan-puan yang di muliakan. Adakah kita juga nampak kecantikan islam itu seperti yang mereka nampak di barat khususnya di Amerika pada hari ini. Kita tak akan nampak kecantikan islam andaikata kita sekadar membaca akhbar. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar mendengar ceramah-ceramah. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar melihat media masa. Kita akan nampak kecantikannya jika kita mengkaji al-quran. Jangan lupa al-quran kalam Allah. Itu yang kita imani. Jangan lupa setiap huruf yang terdapat dalam al-quran yang merupakan huruf-huruf daripada Allah azza wajjal. Allah memperkenalkan dirinya dan agama yang diredhoinya melalui wahyu.

Mari sama-sama kita mengkaji quran tuan-tuan & puan-puan. Kita telah mulakannya di musim ramadhan baru-baru ini dengan baik dan cantik sekali. Jangan berhenti di situ. Teruskan membaca dan mengkaji. Dari situ insyaAllah kita nampak kecantikan agama Allah yang sedang di lihat kecantikannya itu oleh semakin ramai golongan di barat sana. Agama islam cantik tetapi umatnya yang tidak begitu cantik. Sudah sampai masanya agama islam di lihat cantik dan kita umatnya juga di lihat cantik. Semoga itulah yang berlaku kepada kita.


~salam ceria selalu

JANGAN BIAR RAHSIA.... SURAH YASSIN






Barangsiapa yang membaca YASSIN
sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM "
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin
ALLAH swt yang maha Esa dan maha Kuasa, semua hajatmu
akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
Kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
Jauhkan aku dari sifat khianat dan
munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

AMIN.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat dan keluarga anda, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.
~salam ceria selalu

KITA BERTANYA, AL QURAN MENJAWAB



JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya.... ......... dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........!


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua itu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah swt) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang- orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah swt melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


~salam ceria selalu

Sunday, November 05, 2006

A SPECIAL FRIENDS



Sometimes in life, you find a special friend;
Someone who changes your life
just by being part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop;
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.

~salam ceria selalu

MOTIVASI : SYUKUR JANGAN KUFUR


MOTIVASI MUTIARA DR DANIAL ZAINAL ABIDIN


Assalamulaikum wbt.

Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Dalam al-quran seringkali Allah menceritakan tentang iblis dan syaitan. Allah mengatakan, iblis ini di kutuk dan di laknati Allah disebabkan ia sombong dan takbur kepada Allah. Allah swt pernah menyuruh iblis sujud kepada Adam tetapi iblis enggan sujud.


Dalam surah Al-Baqarah Allah menceritakan tentang sikap iblis ini melalui firmannya yang berbunyi "Aba wastakbara waka naminal kafirin ".


Iblis enggan mematuhi perintah Allah agar ia sujud kepada Adam. Lantaran ia sombong maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir. Natijahnya ialah iblis mendapat laknat seumur hidup dan akan diseksa Allah seumur hidup.

Kita sebagai manusia perlu mengiktibarkan kisah-kisah seperti ini tetapi seringkali kita lupa. Lantas apabila Allah memberikan kurniaan dalam bentuk kesenangan dan nikmat kepada kita, kita lupa bahawa yang memberikan itu ialah Allah.


Anda masih ingat kisah kapal Titanic. Anda masih belum melupakan kisah ini saya rasa. Kapal Titanic ini memang terkenal sehingga di filemkan beberapa kali. Kapal ini merupakan suatu yang dibanggakan oleh British pada awal abad ke-20. Kapal Titanic ini merupakan sebuah kapal yang paling canggih pada awal abad ke-20 sebelum ini. Panjangnya 900 kaki. Beratnya 46.000 tan. Pakar-pakar yang mencipta Titanic mengatakan, It was virtually unsinkable- kapal ini tidak mungkin tenggelam.


Andaikata ia mendapat kemalangan ia tidak mungkin karam sebab jika ia karam ia akan memakan masa selama 2 hari. Dalam masa 2 hari kita dapat membantu, menolong dan akhirnya ia tak akan tenggelam juga.Ia tak mungkin tenggelam. Kata mereka ketika itu. Ia akan dapat diselamatkan walaupun apa saja yang berlaku keatas kapal Titanic.


Pada bulan April 1912 dalam pelayarannya yang pertama ia tenggelam dalam jangkamasa tidak sampai 3 jam dan selepas ia tenggelam, bangkai kapal titanic tak di temui selama lebih kurang 3 suku abad.


Manusia sombong. Manusia berkata kapal itu tidak mungkin tenggelam tetapi ia tenggelam dalam pelayarannya yang pertama. Jadi hebat mana kita. Kita ada pangkat besar dan boleh membuat rumah sesuka hati kita. Kita berjawatan tinggi sehingga tidak perlu menghadiri mesyuarat. Kita di gelar datuk dan seumpamanya sehingga boleh membatalkan apa-apa projek yang kita suka. Kita pemimpin yang kononnya boleh buat apa yang kita mahu.


Kita, kita dan kita ini perlu belajar dari kisah iblis dan kapal titanic yang di cipta manusia dan akhirnya tenggelam pada pelayarannya yang pertama.

Justeru Allah swt. menyuruh kita mencontohi sebagai contohnya Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman yang kaya raya dan kekayaannya tidak ada tolok bandingannya. Nabi Allah Sulaiman tidak sombong. Lantas kita boleh kaya. Islam tidak menghalang kita mencari kekayaan asalkan cara yang halal. Nabi Allah Sulaiman kaya raya tetapi Nabi Allah Sulaiman berdoa kepada Allah.


Anda boleh melihat doa yang indah ini dalam surah An-Naml ayat 19 yang bermaksud, "Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku tentang cara terbaik untuk aku mengsyukurimu kerana nikmat yang kamu berikan kepadaku ". Itu permintaan Nabi Allah Sulaiman yang kaya raya, yang hebat kekuasaannya bermohon kepada Allah agar ditunjukkan tentang cara terbaik untuk mengsyukuri Allah.


Baginda sudah pasti mengsyukuri Allah tetapi nak minta Allah tunjukkan lagi apa yang sepatutnya baginda lakukan untuk bersyukur kepadanya secara yang lebih halus.


Kemudian baginda meneruskan doa dengan berkata, " Dan ilhamkan kepadaku agar aku sentiasa beramal soleh dan amal soleh itu kamu redho". Nabi Allah Sulaiman minta kepada Allah kekuatan untuk sentiasa beramal soleh tuan-tuan & puan-puan.


Apa yang anda dan kita minta hari ini tuan-tuan & puan-puan. Minta untuk beramal soleh ?. Nabi Allah Sulaiman meminta agar amal soleh itu di redhoi. Bukan sekadar beramal soleh. Minta amal itu Allah redhoi. Bukan amal soleh yang orang redho. You are good, you are great, you are fantastic, bukan itu yang baginda mahu. Manusia tidak redho biarkan. Aku mahu kamu ya Allah redho.


Inilah kisah-kisah daripada quran. Kisah-kisah yang sepatutnya kita amati. Kisah yang sepatutnya kita berikan keperihatinan kita di era dimana manusia sombong, berlagak, salah guna kuasa, salah guna jawatan tinggi dan manusia tidak sedarkan diri. Maka disaat seperti ini marilah kita kembali kepada quran. Ambil contoh-contoh baik daripadanya sebagai contoh Nabi Allah Sulaiman agar insyaallah menjadi orang yang sentiasa mengsyukuri nikmat Allah secara yang betul dan kita juga menjadi orang yang sentiasa beramal soleh dimana saja kita berada dengan niat amal itu diredhoi oleh Allah swt bukan sangat diredhoi oleh makhluk-makhluk yang lemah seperti kita.


Semoga insyaAllah tenggelamnya kapal titanic tidak menyebabkan kita juga tenggelam. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita bersama insyaAllah

~salam ceria selalu

BUAT RENUNGAN BERSAMA

Sebuah petikan ayatAl-Quran yang amat baik untuk kita sama-sama fikir-fikir dan renung-renungkan bersama. Semoga beroleh manfaat.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat."

Surah An-Nisaa' ~ ayat 58.
~salam ceria selalu

DENDAM TAK KUNJUNG HILANG



BAGI orang pendendam, memang sukar menghilangkan dendamnya. Namun, ada suatu resepi dalam Islam atau sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi,



"Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar syurga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah syurga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas syurga."



Pendendam adalah suatu sifat yang paling keji dalam Islam. Sedangkan akhlak yang mulia, adalah sifat yang terbaik dalam pandangan Islam. Islam adalah baik. Bertujuan untuk memperbaiki sifat dan perbuatan yang tidak senonoh.


Bila sifat dendam masih bersarang dalam diri seseorang, ada baiknya merenung dan menghayati Hadis di atas. Dengan merenung dan menghayati Hadis tersebut, mudah-mudahan sifat dendam akan hilang dan dapat dihapus dari dalam dada. Akhirnya akan timbul akhlak yang baik, pemaaf, dan meninggalkan segala pertengkaran.


Di zaman Rasulullah pembinaan akhlak, tingkah-laku, dan perbuatan umatnya sangat diperhatikan. Beliau menekankan agar selalu menjauhi segala perbuatan tercela dan merugikan manusia lain. Hendaknya setiap manusia berjiwa besar dan mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian mampu berlapang dada untuk menyelesaikan perselisihan agar tidak menimbulkan dendam berpanjangan.


Sifat musyawarah hendaknya ditanamkan dalam hati setiap diri. Dengan musyawarah akan dapat dihilangkan rasa dendam, baik dalam keadaan benar atau salah.Islam tidak mengajarkan dendam berkepanjangan dan bermusuhan. Umatnya yang paling mulia adalah orang yang patuh dan takwa kepada Allah. Sebab itu Allah sangat benci terhadap mereka yang paling gigih dalam permusuhan. Nabi Muhammad dalam kesempatan ini bersabda, "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (HR Bukhari dan Muslim).


Itulah sebabnya Islam selalu menjunjung tinggi keluhuran akhlak dan budi baik bagi pemeluknya. Semua pemeluk yang menjalankan agama Islam selalu dalam ketenangan, aman, dan tenteram. Tenang, aman, dan tenteram tidak hanya waktu menjalankan agama, tetapi juga hidup bermasyarakat dan bertetangga.


Dengan tetangga saling menghargai, tidak bermusuhan, dan tidak irihati. Yang kecil dikasihi dan yang lebih tua dihormati.Untuk tercapainya semua itu sudah tentu mampu saling menghormati dan menghargai. Yang paling penting adalah menjaga mulut, yaitu pembicaraan tidak menyakiti pihak lain. Tidak mempergunjingkan orang, dan berkatalah seperlunya.


Pepatah mengatakan,

"Mulutmu harimaumu, yang akan merengkah kepalamu." Bahkan ada yang mengatakan, "Diam itu adalah emas."



Betapa pentingnya mulut, karena mulut orang bertengkar dan berperang, kemudian mendendam. Sebab itu, sekali lagi, jagalah mulutmu. Penyakit pun berasal dari mulut. Untuk sehat selalu, maka setiap yang masuk ke dalam mulut, harus dijaga.


Mudah-mudahan Anda mampu menjaga mulut dan tidak pendendam.


~salam ceria selalu

PANDANGAN IKHLAS DARIPADA NORIHAN

Berikut adalah kata-kata yang saya terima daripada Norihan berkaitan blog saya dibawah tajuk :"Antara Kereta Sport dengan Sebuah Al-Quran." Terima kasih atas pandangan anda. Cukup menyentuh perasaan dan sarat dengan moral dan nasihat baik untuk semua.
~salam ceria selalu, roxanney

"Anak-anak ialah permata hati, jadi gilaplah ia saban hari agar sentiasa memancarkan cahaya yang gemilang.Anak-anak akan membesar mengikut acuan atau caragaya pendidikan yang mereka terima sejak kecil. Jika sejak kecil kita tarbiahkan mereka dengan solat dan ilmu agama, kita kenalkan mereka dengan Allah dan Rasul nescaya itulah pegangan mereka sepanjang proses pembesaran sehinggalah memasuki alam dewasa. Akan tetapi seandainya kita hanya melambakkan mereka dengan kemewahan dunia dan keseronokan duniawi semata-mata maka apabila mereka dewasa kelak, berlapang dadalah dengan segala kerenah dan kedurhakaan yang bakal mereka hadiahkan untuk kita nanti.Sesungguhnya inilah hasil tanaman yang perlu kita tuai. B eristighfarlah sekarang daripada kita beristighfar pada hari esok."
~norihan.