Thursday, May 17, 2007

APABILA MEREKA MENGATAKAN AZAN BISING!


Jika orang bukan Islam mengatakan azan subuh itu bising dan mengganggu tidur mereka maka orang Islam juga mahu melontarkan persoalan ritual agama orang bukan Islam yang selama ini di toleransi oleh orang Islam tanpa sedikit pun menyentuhnya.

Let's bargain, ini jawapan bagi mereka yg menyentuh hak azan subuh amalan orang Islam.. read thru' .

Orang bukan Islam mahu orang Islam perlahan atau hapuskan terus azan subuh hanya kerana alasan mengganggu tidur ? pernah dahulu azan subuh di samakan mengganggu seperti salakan anjing.

Sekurang nya azan subuh kami hanya sekejap, 2 ke 3 minit sahaja. Tetapi kami ingin komplen di sini, rasa terganggu dah lama dah dan minta, menuntut..

1. COLOK - Kami minta penganut buddha jangan membakar colok kerana colok itu mendatangkan asap yg menyesakkan hidung dan membakar paru-paru anak-anak kami. Jiran-jiran terdekat yang alahan boleh sahaja terkena astma dan batuk kerana asap colok-colok di rumah tokong kamu itu. Boleh kah ? Azan kami membingitkan telinga anda sekejap sahaja tetapi asap colok penganut buddha merupakan air pollution yg menjejaskan kesihatan berbanding azan.

2. ASAP DUPA, BAKAR KEMENYAN - Begitu juga asap dupa penganut buddha atau hindu yang suka membakar kemenyan dan perasap rumah sebagai antara ritual agama. Bolehkan penganut buddha atau hindu jangan pasang asap dupa. Ia menyucuk hidung dan membuat kami orang Islam tidak selesa dan seperti asap colok, ia pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan berbanding azan.

3. JANGAN MAIN GENDANG ORANG MATI KAT TAMAN, MAIN KAT JIRAT - Penganut buddha main gendang di hari kematian dari rumah hinggalah sepanjang jalan ke jirat. Bunyi gendang penganut buddha di ritual kematian sungguh kuat dan gemerincing mengganggu jiran-jiran dan menyebabkan anak-anak kami tak boleh tidur, tak boleh belajar dan mengganggu kedamaian dan ketenangan kami. Kadang gendang di main sekerat hari. walaupun ini jarang mengikut kematian tp ia buat jiran-jiran tak boleh duduk kat rumah kerana bising gendang yg di palu. Bolehkan penganut buddha bertolak ansur jangan main gendang kuat-kuat lama-lama. Mengapa tak di palu kat jirat sahaja. Azan kami tak sampai pun 5 minit.

4. JANGAN BUNYI LOCENG AISKRIM WAKTU PETANG - Penganut hindu pula akan goncang loceng aiskrim waktu ritual agama mereka, selalunya waktu petang. Sebagaimana gendang orang mati ia juga bising, gemerincing dan membuat gigi jiran-jiran sengau dan ngilu.

5. HENTIKAN PEMBAZIRAN LETAK KUIH DAN BUAH YG MENDATANGKAN LALAT DAN SEMUT- Rumah-rumah tokong penganut buddha di depan rumah penuh dengan buah dan kuih. Kalau letak kuih, buah tipu (plastik) tak apa, tapi kuih, buah mendatangkan lalat dan semut. Juga ia satu kepelikan jadi boleh di hapuskan amalan letak buah dan kuih kat tokong kecil tu.

6, 7, 8, 9..... ada lagi, tp cukup 5 dahulu, boleh tolak ansur ke.. sebagimana orang bukan Islam mahu orang Islam bertolak ansur jangan azan subuh di kuat. Sedangkan azan tu memang di pasang untuk di dengar jauh, jadi mestilah kuat dengarnya.

Banyak lagi yang orang Islam selama ini tolak ansur. Dan sebagaimana orang bukan Islam memandang azan orang Islam itu bising, tak patut, mengganggu dan patut samada di hapuskan terus, pada masa sama orang Islam dan bukan penganut agama seperti kamu juga tidak sukakan asap-asap colok, pembakaran dupa, gendang orang mati dan jamuan buah dan kuih yang tak bertamadun.

Azan orang Islam bising sekejap. Tapi asap penganut agama lain yang membakar colok, dupa merupakan pencemaran udara dan menjejas kesihatan.
Sekarang apa perasaan penganut agama lain, baik cina, india.. jika orang Islam dan bukan penganut agama seperti mula menuntut seperti diatas ? Bolehkah bertolak ansur ?

Dan jika sedikit persoalan yang di utarakan di atas di rasakan amat melampau maka pikirlah sendiri tuntutan anda, orang bukan Islam yang menyentuh perihal azan kami orang Islam.
Sekurang nya kami orang Islam di ajar menghormati hak penganut agama lain.
Jadi setiap kali penganut agama lain rasa azan orang Islam itu tak patut cuba fikir ritual agama sendiri dulu adakah patut.

Sekurang nya orang Islam tak pernah menyentuh hak orang lain. Jadi jangan biadap sentuh hak orang Islam. Sama-sama kita bertolak ansur.

~salam ceria selalu
roxannezy

KENAPA TIDAK MAHU BERTAUBAT?

Note : Bacalah biarpun artikel ini panjang tetapi sarat dengan kebenaran dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, insya"ALLAH.
KENAPA TIDAK MAHU BERTAUBAT?
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Pepatah Melayu ada menyatakan: "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi."

Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan merasa penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita fikirkan secara mendalam adalah penyesalan di hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di mana segala amalan kita semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka.
Ya, apabila ditunjukkan kepada seseorang hamba Allah segala keburukan ketika di dunia dahlu, maka akan timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu.
Namun sayang seribu kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak melakukan segala dosa-dosa tersebut. Hmm alahai, apakan daya… tak ada apa lagi yang mampu hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab Allah S.W.T. atas kesilapannya yang lalu.
Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui firman-Nya:
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "

"Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan. –al-Munaafiquun (6) : 11

Seorang manusia yang banyak melakukan dosa ketika menghadapi Malakul Maut pasti akan meminta untuk dilewatkan ajalnya walaupun hanya seketika demi untuk bertaubat kepada ALLAH S.W.T. dan mengerjakan amal-amal soleh. Namun begitu permintaan tersebut pasti akan ditempelak oleh Malakul Maut kerana waktu datangnya ajal itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. tanpa awal mahupun lewat walaupun sesaat. Seorang ulamak tafsir ketika mengulas firman ALLAH S.W.T. di atas telah berkata:

Manusia yang lalai itu apabila sudah tiba saat kematiannya lalu berkata kepada Malakul Maut: Hai Malakul Maut, sudilah kiranya tuan lewatkan kematianku ini sebentar sahaja, sehari pun jadilah, agar saya berkesempatan untuk bertaubat kepada ALLAH pada hari itu serta beramal soleh untuk kematianku ini.
Jawab Malakul Maut: Itu tidak mungkin terjadi, sebab hari-hari yang lalu sudah kau buang sia-sia sahaja. Jadi tidak boleh ditambah sekalipun hanya sehari.

Katanya pula: Jika demikian sesaat sahaja pun cukuplah.

Jawab Malakul Maut: Dahulu sudah berjuta-juta saat yang kau sia-siakan. Jadi sesaat pun tidak dapat dipenuhi permohonan itu.

Setelah itu, lalu ditutup pintu taubat untuknya. Kemudan nafasnya tercungap-cungap beberapa kali sehingga akhirnya hilanglah nafasnya dan meninggal dunia dalam keadaan penyesalan. – Dinukil dari kitab Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin – Ringkasan Dari Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi (tajuk asalnya adalah Mau’izah al-Mukminin min Ihya’ ‘Uluum al-Deen), Victory Agencie, Kuala Lumpur, 2005, jilid 2, ms. 415.

Apatah lagi sekiranya orang yang ingkar kepada perintah Allah tersebut ketika hidupnya begitu sombong terhadap peringatan yang diberikan kepadanya. Kononnya kehidupan yang dilalui dengan berpakaian mendedah aurat, berpacaran bersama pasangan yang bukan muhrim, minum arak, seks bebas, menjadi pengunjung tetap di kelab-kelab malam dan lain-lain lagi merupakan kehidupan yang sesuai pada zaman serba moden.
Golongan yang cuba membawanya ke arah kebenaran ditempelak sebagai golongan yang jumud lagi ketinggalan zaman dan mengganggu hak asasinya untuk hidup sebagaimana yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Pasti penyesalannya ketika di hari penghitungan akan lebih mencengkam
jiwanya. Pasti terdetik di benak hatinya alangkah baik sekiranya aku dahulu menuruti nasihat mereka yang ingin mengembalikan aku ke jalan yang lurus serta diredhai Allah S.W.T.. Tentu juga terdetik di dalam hatinya alangkah baik sekiranya aku diberi kesempatan untuk kembali ke dunia agar aku boleh menjadi insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Hmm alahai segala-galanya sudah terlewat. Kesempatan yang Allah S.W.T telah berikan kepada kamu telah dipersiakan dan kini kamu sudah tidak memilki jalan untuk berpatah ke belakang melainkan meletakkan untuk nasib kamu di atas kehendak Allah S.W.T.. Senario sebegini juga telah digambarkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-NYA:
"Atau berkata semasa dia melihat azab: "Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!" (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firman-Nya):
"Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjuk-Ku (melalui Rasul-Ku), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur? – al-Zumar (39) : 58-60
Namun begitu berita baik bagi mereka yang sedang menatap risalah ini; KAMU MASIH HIDUP…. Pintu taubat sedang dibuka seluas-luasnya untuk kamu. Ini bermakna kita semua berpeluang untuk mengelak penyesalan yang begitu mengerikan seperti yang tergambar di dalam kedua-dua ayat al-Qur’an di atas.
TAHNIAH… oleh itu ayuh kita bertaubat atas segala kesalahan kita yang lalu. Namun begitu apa makna taubat dan adakah taubat bagi mereka yang telah terlalu jauh terperangkap dialam maksiat dan kesesatan itu masih diterima oleh Allah S.W.T.?
Insya-Allah melalui risalah yan ringkas ini penulis akan cuba untuk menjawab persoalan
tersebut.
APA ITU TAUBAT?
===============
Taubat dari segi bahasa ertinya kembali. Menurut istilah maksudnya kembali kepada jalan yang benar dari jalan yang sesat. Ianya bukan sekadar permohonan maaf tetapi ianya disertai penyesalan terhadap sesuatu kesalahan lalu berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
Taubat yang diterima oleh Allah S.W.T hanyalah taubat seorang Muslim. Adapun taubat bagi orang kafir hanyalah dengan baginya meninggalkan agama asalnya lalu memeluk Islam.
Firman Allah S.W.T.: Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah dia:
"Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – al-Nisaa’ (4) :18

Taubat itu memilki tiga komponen yang penting iaitu ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmu merupakan pengetahuan terhadap perkara-perkara yang distilahkan sebagai maksiat serta menyedari akan bahayanya kesesatan tersebut terhadap diri seseorang.
Keinginan untuk bertaubat hanya akan terdetik apabila timbul kesedaran bahawa perilakuknya tersebut adalah salah, boleh menghancurkan hidupnya, meragut kebahagiaan di akhirat kelak, membunuh jiwanya serta menjadi punca renggangnya hubungan di antara Allah S.W.T. dengan hambanya sehingga menyebabkan seseorang itu terhalang dari mencapai rahmat-Nya di duniamahupun di akhirat. Hal ini akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang itu memiliki ilmu yang benar bersumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah dan tentu sekali golongan yang paling mudah bertaubat adalah mereka yang berilmu terutamanya dari kalangan para ulamak.

Setelah kita menyedari akan kesalahan yang kita lakukan itu sebagai perbuatan yang menyanggahi perintah Allah dan Rasul-Nya maka akan timbul keadaan penyesalan di dalam jiwa seseorang sehingga timbul keazaman untuk menjauhi dari perbuatan tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Penyesalan itu adalah taubat. - Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 4242.

Lantaran itu akan timbul komponen yang ketiga iaitu perbuatan untuk meninggalkan perlakuan yang telah kita bertaubat darinya serta keinginan yang mendalam untuk tidak mengulanginya kembali pada masa yang akan datang. Keinginan untuk bertaubat itu akan timbul dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana faktor-faktor selain untuk mencapai keredhaan-Nya. Penyesalan yang terbit dalam jiwa seseorang akan menimbulkan semangat untuk dia mengerjakan amal-amal yang soleh demi untuk menebus kesalahan-kesalahannya yang lampau.
Firman AllahS.W.T:
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – al-Furqaan (25) : 68-70

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:
Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan maka kebaikan akan menghilangkan keburukan tadi – Hadis riwayat Imam al-Nawawi di dalam al-Adzkar, hadis no: 1084 dan Imamal-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, hadis no: 115.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:
Taubat itu wajib dari tiap-tiap dosa. Sekiranya maksiat (dosa) itu hanya di antara dia dengan ALLAH, tiada berhubungan dengan hak manusia maka ada tiga syarat taubat:
1)Harus menghentikan maksiat
2)Harus menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukannya
3)Niat bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan itu kembali.

Dan apabila dosa itu ada hubungan dengan hak manusia maka taubatnya ditambah syarat yang ke empat iaitu:
4)Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak dengan minta maaf atau halalnya atau mengembalikan apa yang harus dikembalikan - Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Terjamah Riadhus Shalihin, (Victory Agencie, 1995, Kuala Lumpur), jilid 1, ms. 29

Ada di kalangan ulamak yang telah menggariskan beberapa syarat lain untuk menjamin kesempurnaan taubat seseorang. Di antaranya adalah seperti berikut:
1)Hendaklah dia meninggal dosa tersebut ikhlas semata-mata kerana Allah.
2)Hendaklah dia merasa bahawa dosa-dosa tersebut memberi kesan yang buruk serta merbahaya kepada pelakunya.
3)Hendaklah seseorang itu bersegera untuk bertaubat apabila menyedari kesalahan yang dilakukan kerana menunda taubat juga merupakan satu bentuk dosa.
4)Hendaklah dia merasa khuatir bahawa taubatnya tersebut memiliki kekurangan dan kemungkinan tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Sifat ini pasti akan menyebabkan seseorang itu bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan taubatnya agar diterima oleh Allah S.W.T.
5)Hendaklah dia menyempurnakan hak-hak Allah yang dia tinggalkan pada masa lampau. Contohnya sekiranya dia tidak menunaikan zakat maka hendaklah ditunaikannya kerana ianya menjadi hak golongan fakir dan miskin.
6)Hendaklah dia meninggalkan serta menjauhi tempat-tempat maksiat demi untuk mengelakkannya dari mengulangi perbuatan maksiat tersebut.
7)Hendaklah dia menjauhkan diri daripada orang-orang yang mendorongnya untuk melakukan maksiat.
8)Hendaklah dia memusnahkan segala barang-barang haram miliknya yang boleh mendorongnya untuk melakukan dosa-dosa.
9)Hendaklah dia memilih kawan-kawan yang boleh mendorongnya mengerjakan amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada Allah S.W.T.. Hendaklah dia rajin menghadiri kelas-kelas agama serta mendekatkan diri dengan para ulamak.
10)Hendaklah dia membersihkan tubuhnya yang telah tumbuh dari hasil pendapatan yang haram dengan bersungguh-sungguh mengerjakan amal-amal yang soleh 11)Hendaklah taubat tersebut dilakukan sebelum ajal hampir tiba dan sebelum matahari terbit di sebelah barat. Ini adalah kerana pintu taubat akan ditutup rapat di dalam dua keadaan yang disebutkan di atas.
Dalilnya adalah seperti berikut:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubat dan memaafkannya. –Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2703.

Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya selama ruh (nyawanya) belum sampai di tenggorokan (hampir mati). Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 3460 - Diringkaskan dari kitab Uriidu An Atuuba Wa Lakin karya Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid Edisi terjemahan dengan tajuk Taubat, Jalan Pintas Menebus Dosa, At-Tibyan, Solo 2005, ms. 22-31.

Taubat yang sempurna dikenali dengan nama Taubat Nasuha. Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim (66) : 8.

Maksud perkataan Nasuha dalam firman-Nya di atas adalah suatu bentuk taubat dilakukan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T dan jauh dari tujuan-tujuan yang lain. Taubat jenis ini akan menyebab seseorang itu dimasukkan ke syurga.

KEWAJIPAN BERTAUBAT
====================
Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan adalah mereka yang segera bertaubat serta memohon keampunan Allah S.W.T.. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Setiap anak Adam (manusia) berbuat kesalahan dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat. – Hadis riwayat Imam Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, Hadis no: 2423.
Perasaan untuk bersegera bertaubat timbul kerana wujud keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa dosa-dosa yang telah dilakukannya itu adalah berbentuk kedurhakaan kepada Allah S.W.T, ianya menjauhkan dirinya daripada Allah dan ianya bakal mengundang azab yang pedih Oleh itu Allah S.W.T amat menganjurkan hamba-hmabanya untuk memohon keampunan dari-Nya serta bertaubat.
Firman-Nya:
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. – al-Nisaa’ (4) : 17

Hukum taubat adalah Fardu ‘Ain iaitu menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Dalilnya adalah firman Allah S.W.T.:
…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. – al-Nuur (24) : 31

Ayat di atas berbentuk kata kerja perintah (ism f’il‘amar) dan ia meggambarkan Allah S.W.T. telah mewajibkan setiap hamba-Nya untuk bertaubat kepada-Nya sekiranya telah terlanjur melakukan kesalahan. Hal ini juga telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya malah baginda seorang yang bersih dari segala bentuk dosa juga senantiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T setiap hari.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan Istighfarlah (mintalah ampun) kepada-Nya maka sungguh saya bertaubat Istighfar setiap hari seratus kali. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2702.
Sabdanya lagi:
Demi Allah, sesungguhnya saya membaca Istighfar (meminta ampun) kepada–Nya dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih dari 70 kali. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukari, hadis no: 6307.

Adakah kita merasakan diri kita lebih mulia dari Rasulullah s.a.w. ataupun kita juga bebas dari
melakukan sebarang dosa sehingga memberatkan diri kita untuk memohon ampun serta bertaubat kepada Allah S.W.T.? Oleh itu hendaklah kita senantiasa memohon ampun kepada Allah S.W.T. serta bersegera untuk bertaubat kepada-Nya apabila kita terlanjur melakukan maksiat.

Justeru itu ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah telah bersepakat akan kewajipan untuk bertaubat. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qurthubi:
(Para ulamak) umat Islam telah ijmak (bersepakat) bahawa hukum bertaubat adalah fardu (wajib) atas seluruh mukminin. – Imam al-Qurthubi, al-Jaami’ Li Ahkam al-Qur’an, jilid 5, ms. 90.

Pendapat ini juga telah disokong oleh Imam Ibnu Qudamah di dalam Minhaj al-Qashidin serta Imam al-Nawawi di dalam Riadhus Shalihin.
KEUTAMAAN BERTAUBAT
====================
Amalan bertaubat ini memiliki banyak keutamaannya. Di antaranya adalah seperti berikut.
1)Bertaubat dapat mensucikan seseorang dari dosa-dosanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang yang bertaubat dari dosanya itu adalah sama dengan orang yang tidak mempunyai dosa lagi. – Hadis Riwayat Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis
no: 4240. Baginda juga menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat akan memudahkan pengampunan Allah S.W.T terhadap dosa-dosanya.
Sabdanya:
Tiada seorang yang melakukan suatu dosa kemudian dia pergi berwuduk dan mengerjakan solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada Allah melainkan Allah akan mengampuninya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi,hadis no: 2932.
2)Bertaubat dapat mensucikan hati seseorang dari noda yang mengotorinya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya seorang mukmin bila melakukan dosa, maka akan timbul satu titik noda hitam di hatinya, Jika dia bertaubat, meninggalkan perbuatan tersebut dan memohon keampunan (kepada Allah), maka hatinya kembali bersih. Tetapi bila menambah (perbuatan dosa), maka bertambahlah noda hitam tersebut sampai memenuhi hatinya. Maka itulah al-Raan (penutup hati) yang telah disebutkan Allah dalam firman-Nya:
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (alMutaffifiin (83) : 14) – Hadis riwayat Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 4234.

3)Allah mengasihi mereka yang bertaubat. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. – al-Baqarah (2) : 222
4)Sikap bersegera untuk bertaubat merupakan ciri-ciri mereka yang berjaya.
…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. – al-Nuur (24) : 31
5)Mereka yang bertaubat akan diberi ganjaran syurga Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai… - Al-Tahriim (66) : 8

6)Bertaubat dapat mengelakkan seseorang dari menerima balasan yang pedih daripada Allah S.W.T di dunia mahupun di akhirat. Firman-Nya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong. –al-Tawbah (9) : 74

Sebaliknya bagi mereka yang bertaubat Allah S.W.T memberi nikmat kesenanngan hidup di dunia mahupun di akhirat. Firman-Nya:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). – Hud (11) : 3

7)Mereka yang bertaubat bebas dari sifat gololongan yang zalim kerana Allah S.W.T menyifatkan mereka yang enggan bertaubat sebagi zalim. Firman Allah S.W.T.: Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim. – al-Hujuraat (49) : 11
Demikianlah beberapa keutamaan bertaubat yang sempat penulis perturunkan. Semoga ianya dapat menjadi sumber motivasi kepada kita semua untuk bersegera melakukan taubat di atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.

ADAKAH ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT HAMBANYA YANG
BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT?
================================================
Ramai di antara mereka yang telah melakukan pelbagai jenis maksiat merasakan mereka sudah tiada harapan lagi untuk bertaubat serta menerima kemaafan daripada Allah S.W.T.. Sikap ini sebenarnya tidak tepat kerana ianya menyalahi sifat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih serta Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya malah di antara sifat-Nya yang mulia adalah menerima permohonan taubat dari hamba-hamba-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:
"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan". – al-Syuura (42) : 25

Tambahan lagi Allah S.W.T amat kasih kepada hamba-hambanya yang bertaubat dan menyukai untuk menerima taubat mereka bahkan memperkenankan taubat hamba-hamba-Nya merupakan sesuatu yang benar-benar mudah bagi-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya, melebihi dari kesenangan seorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang telah
hilang di tengah hutan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6309.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seseorang hamba-Nya, melebihi dari kesenangan orang yang berkenderaan di hutan, kemudian hilang, sedang kenderaan itu penuh membawa bekal makanan dan minumannya, sehingga dia putus harapan untuk mendapatkannya kembali, lalu dia duduk di bawah pohon dengan kecewa dan putus asa; tiba-tiba ketika dia bangun dari tidurnya, kenderaannya telah ada kembali di depannya lengkap dengan bekalnya, maka segera dia pegang kendalinya sambil berkata:
"Ya Allah, Engkau hambaku, dan aku Tuhannya. Terlanjur (keliru) lidahnya kerana sangat gembira. Terbaliknya lidahnya sebagaimana di atas itu maka Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kegembiraan orang yang menemu kembali harapannya itu. – Hadisriwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2747.

Oleh itu dapat kita fahami bahawa walau bagaimana besar sekalipun dosa yang dipikul oleh seseorang itu maka Tangan Allah sentiasa terbuka untuk menerima taubat hamba-hamba-Nya.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla melebarkan Tangan-Nya untuk menerima taubat bagi seseorang yang berbuat keburukan pada waktu malam hingga siang hari dan untuk orang-orang yang berbuat keburukan di waktu siang hingga malam hari. Hal ini berterusan sehingga terbitnya matahari dari sebelah barat (yakni setelah hampir waktu kiamat). – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2759.

Allah S.W.T akan akan mengampunkan segala bentuk dosa yang dilakukan oleh hamba-hambanya selagimana mereka tidak melakukan perbuatan syirik. Berikut penulis paparkan firman Allah S.W.T. di dalam dua buah hadis qudsi untuk membuktikan kenyataan di atas:
Firman Allah Ta’ala:
"Barangsiapa yang mengetahui bahawa Aku mempunyai kekuasaan untuk mengampuni dosa-dosa, nescaya Aku telah mengampuni dosa-dosanya dan Aku tidak peduli (terhadap dosanya yang banyak), selagi dia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu apapun". – Hadis riwayat Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, hadis no: 6054

Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang telah lampau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai petala langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau mendatangi-Ku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, kemudian engkau mendatangi-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan sepenuh bumi ampunan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 3463.

Berikut pula disertakan sebuah kisah di mana seorang yang telah membunuh seratus manusia lalu dia ingin melakukan taubat maka Allah S.W.T telah mempermudahkan urusannya serta menerima taubatnya. Nabi s.a.w. bersabda:
Dahulu pada umat-umat yang terdahulu, terjadi seorang telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, kemudian dia ingin bertaubat, maka dia mencari seorang alim, dan ditunjukkan kepada seorang pendeta, maka dia bertanya bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa maka apakah ada jalan untuk bertaubat?

Jawab pendeta tersebut tidak ada. Maka segera dibunuh pendeta tersebut sehingga genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian dia mencari orang alim yang lainnya, dan ketika telah ditunjukkan maka dia menerangkan bahawa dia telah membunuh seratus orang, apakah ada jalan baginya untuk bertaubat?
Jawab si alim tersebut: Ya ada, dan siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke dusun itu kerana di sana banyak orang-orang yang taat kepada Allah, maka berbuatlah sebagaimana perbuatan mereka, dan jangan kembali ke negerimu ini kerana ianya tempat penjahat. Maka pergilah orang itu ke sana. Tatkala di tengah perjalalanan dia mati secara mendadak. Maka bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Siksa.

Berkata Malaikat Rahmat: Dia telah berjalan untuk taubat kepada Allah dengan sepenuh hatinya.
Berkata Malaikat Siksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Maka datanglah seorang malaikat yang menyerupai manusia dan dijadikannya sebagai juri (hakim) di antara mereka. Maka dia berkata: Ukurlah sahaja di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang ditujui, maka ke mana dia lebih dekat maksukkanlah dia kepada golongan orang di sana. Maka diukurnya dan didapati dia lebih dekat kepada dusun baik yang ditujunya berukuran sejengkal, maka dipegang ruhnya oleh Malaikat Rahmat. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2766.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam riwayat lain Allah memerintahkan kepada bumi yang dituju supaya mendekat dan menyuruh bumi yang ditinggalkan supaya menjauh – Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Terjemahan Riadhus Shalihin (Victory Agencie, 1995 Kuala Lumpur), jilid 1, ms. 35.

Lihatlah bagaimana Allah S.W.T, membantu hamba-Nya yang benar-benar ikhlas untuk bertaubat kepada-Nya sedangkan hamba-Nya tersebut telah melakukan dosa yang amat besar. Oleh itu bagi mereka yang sepanjang hidupnya telah bergelumang dengan pelbagai jenis dosa janganlah mereka putus harapan dan hendaklah segera bertaubat.
Firman Allah S.W.T.:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. – al-Zumar (39) : 53-54

KESIMPULAN
==========
Generasi umat Islam pada zaman ini bukan sekadar tidak melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T serta Rasul-Nya malah mereka juga meremeh-remehkan perkara-pekara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Hal ini juga telah wujud pada zaman para sahabat r.a masih hidup.
Anas bin Malik r.a umpamanya pernah mengkritik mereka yang hidup pada zamannya dengan berkata: Sesungguhnya kalian melakukan perbuatan dosa yang menurut pandangan kalian lebih lembut dari sehelai rambut, padahal pada zaman Nabi s.a.w. kami memandangnya sebagai sesuatu yang membinasakan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6492.

Hal tersebut terjadi kepada umat Islam yang hidup pada kurun-kurun yang terbaik yang mana para sahabat Nabi masih hidup lagi. Sekiranya Anas bin Malik r.a hidup pada zaman sekarang dan dapat melihat segala kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam secara berleluasa tanpa segan dan silu pasti beliau akan lebih terperanjat dan sedih dengan keadaan ini.

Oleh itu disebabkan kita kini hidup di dalam suasana yang mana maksiat dilakukan sewenang-wenangnya dan pintu-pintu untuk melakukan maksiat terbuka dengan luas maka kita sebenarnya terdedah kepada godaan untuk melakukan perbuatan maksiat malah sering juga kita tertewas ketika berhadaan dengan godaan-godaan tersebut. Justeru itu hendaklah kita sentiasa perbanyakkan permohonan keampunan serta bersegera untuk bertaubat di atas segala kelalaian kita.
Firman Allah S.W.T
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)". – ‘Aali Imraan (3) : 135
WALLAHU' ALAM
~salam ceria selalu
roxannezy

TRAJEDI WCT ADA DALAM AL-QURAN

SubhanAllah...!

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur'an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Hari ini, saya terkejut kerana dapat email dari seorang teman yang mengatakan bahawa Tragedi WTC ternyata sudah dituturkan Allah dalam Surah At-Taubah ayat 109.

Berikut isi email teman saya :

5 tahun yang lalu .....
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :

Terjemahan :
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim."

Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.

Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata "JURUFIN HAR" yang oleh ulama tafsir dulu diterjemahkan sebagai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.

Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.

Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :

1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.

2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.

3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan - berulang sampai 4 kali - bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.

SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu !

Sungguh benarlah firman-Mu :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur'an itu adalah benar. (Al Qur'an, surah Al Fushshilat 53)
~salam ceria selalu
roxannezy

DOA BUAT UMAT ISLAM




"Ya Allah.
Selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iran, Iraq, Chechnya, Selatan Thailand, serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."


"Amin, ya Rabbal A'lamin."
~salam ceria selalu
roxannezy

Tuesday, May 15, 2007

INDAHNYA SOLAT KITA


Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini.


Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat ukhwatul muslimin dan muslimat.
Just to share something that is quite interesting.



Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Tidak"

Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu AKU lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."


Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap Jibrail AS mengembangkan dua sayapnya Jibrail AS boleh menempuh jarak perjalanan selama 3,000 tahun. Terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya Jibrail AS turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun AKU memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."


Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan solat sunat 2 rakaat Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau rajin, tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia
.


~salam ceria selalu

roxannezy

SAJAK BUAT ISTERIKU


"Monolog sebuah sajak yang dihantar oleh seorang teman....."


Jiwaku
Kau kan ku rindu selagi ada mentari
Yang memanaskah kalbu ku
Usah lah kau merintih lagi

Ku kan disisi mu
Bila kau dalam keresahan
Ku kan tiba dalam roh mu
Kan kita berterbangan di angkasa
Melayan kata hati ku dan jiwa mu
Pegang lah akan janji janji ku
Cinta ku hanya untuk mu

Kini sayang bagaikan kita
Di awangan di saksi bulan
Beribu bintang menerangi cinta mu
Bagai kasih ku yang melilitimu
Kata hati mu …kan ku tunaikan sumpah
Yang kita lafaz kan
Bila roh ku dan roh mu bersatu
Di awangan pegang lah janji-janji itu
Pasti tidur mu nyenyak
Juadah mu indah di rasai
Dan minum akan hilangkan dahaga mu
Mandi kau kan menyegarkan kalbumu

Duhai kasih yang ku rindui
Jangan lah kau ragui lagi..cinta ku satu
Hanya satu itu lah hati yang ku belai..
Biar lah kita bersama mengharung usia
Meniti jambatan cinta yang tak akan
Reput duhai jiwaku dengar lah rayuan ku ini....buat isteri kesayangaku.
~salam ceria selalu
roxannezy

MAIN KAYU 3



Kata orang tua-tua, cemburu itu tanda sayang. Sebenarnya bukan saja isteri yang cemburukan suaminya, suami juga cemburukan isteri. Orang
Melayu (menurut kajian sarjana terdahulu) dalah bangsa yang mana suaminya kuat cemburu.

Mungkin zaman ini cemburu itu semakin bertambah, bila isteri bekerja, atau semakin berkurang kerana sudah faham keadaan. Bagaimana pun, artikel ini ialah berkaitan dengan kecurangan suami dan apakah rahsia
itu dapat diketahui oleh isteri.

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia
mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin.

Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

1) Tiba-tiba jadi terlalu sibuk
Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.


2) Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik?

Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata anda. Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri.

Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

3) Terlalu banyak berahsia
Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap ewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.
Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.


4) Berubah penampilan dan pendapat
Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan. Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.


~salam ceria selalu
roxannezy

BILA HATI LELAKI JATUH CINTA

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.
~salam ceria selalu
roxannezy

Sunday, May 13, 2007

CERITA "CINTA" DAN "KAWAN"


Suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan-jalan beriringan dalam sebuah kampung.


Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.Kenapa? Kerana CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa? Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA.


Di dalam telaga CINTA hilang. Kenapa? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga. CINTA sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.


Sedang KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?


Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia kan? Biarpun dimaki, biarpun diherdik, biarpun dicaci.... ditinggalkan secara tiba-tiba hanya kerana KAWAN tidak memberikan apa yang CINTA inginkan darinya.


So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia benar-benar BERERTI.
Walau kita punya couple, punya ramai teman, punya ramai peminat ... tetapi KAWAN masih yang paling setia.


Walau kita punya harta yang banyak, punya rupa paras yang menawan, punya peminat yang beribu.... tetapi KAWAN masih yang paling berharga.


Tidak sependapat bukan bermakna tiada nilai persahabatan

Tidak beriringan bukan bermakna tiada erti persamaan

Tidak menyebelahi bukan bermakna tiada maksud persaudaraan

Kerana mungkin kita yang tidak mentafsirkan dengan hati yang terbuka dan ikhlas

Apakah kita sendiri yang terlalu mengikut kata hati.... emosi dan kelebihan diri.

Sehingga sanggup meninggalkan seorang KAWAN yang tetap setia disisi demi mengejar CINTA yang tak pasti.


~salam ceria selalu

roxannezy

Sunday, April 22, 2007

Wardah....

Maafkan saya, bacalah pandangan saya dengan hati yang terbuka, bukan dengan emosional... bukan dengan cara yang awak lakukan pada saya tadi. Tapi saya tidak berasa sedih atau kecewa kerana mungkin fikiran awak yang berada dalam kesedihan dan keriasauan membuatkan awak berpelakuan begitu.

Saya faham maksud cerita dan masalah awak. Mimpi mak dengan menyatakan arwah ayah hadir dalam mimpi mak sebagai tanda yang masa mak seolah-olah tiba.... atau hampir tiba. Itu maksud awak... sebagaimana contoh isteri yang bermimpi suaminya hadir dalam mimpi menyatakan masa isteri telah tiba dan arwah suami datang menjemputnya sebagai tanda situasi itu akan atau bakal berlaku.

Disini, saya ingin nyatakan 2 pendapat :-

Pertama, mimpa dari mainan syaitan dan kedua mimpi datanganya dari ALLAH buat manusia yang terpilih sahaja.

Pertama, mimpi mainan syaitan.
Dengan tujuan dan matlamat untuk mewujudkan suasana sedih, bercelaru.... gundah-gulana.. dan sebagainya. Dan siatuasi inilah yang berjaya diwujudkan dalam keadaan awak....(dan juga mungkin ahli keluarga yang lainnya sekarang ini) dengan mengandaikan, masa mak telah tiba.... atau hampir tiba pada bila-bila masa sahaja.... dengan mengandaikan bahawa mimpi mak yang arwah abah wujud dalam mimpi mak untuk menjemput mak ke alam yang lagi satu...dengan kata lain, mimpi mak menandakan bahawa masa mak untuk pergi telah atau hampir tiba. Saat kematian mak.

Dalam hal ini, saya suka menyatakan bahawa mimpi hanyalah suatu mainan dan rekaan syaitan semata-mata yang tidak pasti kebenaran akan kemungkinan berlakunya apa yang dimimpikan. Kalaupun ianya berlaku, mungkin secara kebetulan. Saya mencadangkan agar awak selalu beristighfar dan banyak berselawat pada ALLAH agar syaitan tidak menjadikan arwah bapa sebagai mainan mimpi mak awak.... atau sesiapa jua, adik-beradik, saudara-mara atau ahli keluarga yang lain.
Dengan bacaan fatihah dan yaasin .... atau apa-apa sahaja ayat-ayat dalam al-quran yang dibacakan untuk arwah bapa, apatah lagi bacaan itu datangnya daripada anak-anak si arwah akan menjadi penolong, membantu dan bekalan untuk arwah bapa. Hadis nabi menyatakan, tidak akan putus amalam simati apabila telah kembali ke alam barzakh melainkan 3 perkara :-
1.Sedekah jariah yang bermanfaat yang dibuat oleh simati semasa hayatnya.
2.Ilmu bermanfaat yang telah diajar oleh simati dan diamalkan oleh orang lain
3.Doa anak yang soleh dan solehah, untuk arwah simati... sebagai sedekah yang berpanjang dari ALLAH swt.

Dalam kes ini, doa sia anak, bacaan yaasin atau mana-mana surat Al-Quran, atau sekurang-kurangnya Al-fatihah, dapat membantu arwah simati...menerang kuburnya... meringankan siksa kuburnya atau mampu menjadikan kuburan si mati lapang dan berada dalam keadaan aman damai. Dan dalam kes mimpi mak yang berlaku juga, dengan bacaan selawat, istighfar dan bacaan ayat-ayat al-quran, insya'ALLAH akan mengelakkan mimpi mak hasil dari mainan syaitan tidak lagi berulang jika benar mimpi itu datangnya dari mainan syaitan... sebagaimana yang saya cerita diatas.


Kedua, mimpi datangnya dari ALLAH swt....sebagai petanda sesuatu itu telah ALLAH berikan petunjuk dan tanda, yang mana apa yang berlaku dalam mimpi mak bahawa arwah abah datang untuk menjemputnya.

Dalam kes dan situasi ini, ALLAH swt boleh dengan limpah Ar-Rahmah dan Ar-RahimNya, memberikan petanda-petanda awal... dengan pelbagai cara sebenarnya, bahawa sesuatu yang bakal berlaku.... dalam kes awak kematian mak yang bakal menjelang sebagaimana mimpi arwah bapa datang untuk menjemputnya.
Awak, ajal maut semuanya ditangan ALLAH swt. DIA yang menentukan. Mungkin jika mimpi ini datangnya dari ALLAH, sebagai tanda saat kematiannya bakal menjelma, maka ini adalah satu petanda yang ALLAH berikan hanya untuk manusia-manusia terpilih sahaja yang hanya ALLAH sahaja kehendaki dan kurniakan.

Mungkin sebagai tanda untuk "Persediaan".... untuk mereka yang masih hidup, mak yang bermimpi, anak-anak, keluarga dan sesiapa sahaja. Tidak semua orang mendapat kurniaan ini.... kerana ada yang mati dalam keadaan tidak sedar. Datang secara tiba-tiba. Dan yang lebih menakutkan lagi jika kita mati dalam keadaan tidak bersedia... kurang kelengakapan persediaan... amalan, dosa dan pahala. Tapi dengan limpah dan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAh swt buat mereka yang terpilih sahaja, telah diberikan tanda-tanda ini terlebih dahulu. Antaranya melalui mimpi.... melalui pintasan perasaan.... melalui kejadian-kejadian pelik atau apa sahaja.
Bagi mereka yang boleh mentafsir apa yang tersirat mungkin akan dapat mengagak apa yang bakal berlaku disebalik kejadian ini.

Dalam kes mimpi mak dengan hadiran arwah ayah menjemput mak awak, saya merasakan jika ianya dari ALLAH swt sebagai tandanya, awak dan ahli keluarga semua janganlah bersedih dan berasa risau atau dukacita. Semua yang hidup akan mati.... awak, saya,, keluarga kita.... orang amat kita sayangi mak dan ayah kita.....!

Selalulah berselawat dan beristighfar pada ALLAH swt.... dan dikesempatan ini, mungkin cara terbaik seorang anak untuk menghadapi saat-saat yang telah ALLAH berikan petunjuk dan tanda, saat itu semakin hampir, eloklah awak dan semua ahli keluarga selalu bersama dan berdampingan dengan mak. Mungkin masa dan saatnya hampir akan tiba.... tetapi entah bila? Hanya ALLAH swt yang mengetahuinya.
Ambillah kesempatan ini untuk membantu mak dalam menghadapi saat-saat itu..... memberikan semangat padanya, memberikan ingatan untuk selalu bertistighfar dan berselawat pada ALLAH dan Rasul, setiap masa dan keaadaan. Jika mak masih mampu, bantu mak untuk pertingkatkan amalan solat selain solat-solat fardhu tetapi juga solat-solat sunat yang lain. Jika tidak mampu, ingatkan mak supaya jangan lupakan solat fardhu... biarpun terpaksa melakukan dalam keadaan terbaring atau hanya dengan gerakan hati sahaja.

Selalulah bisikkan pada telinga kalimat TOIYIBAH, supaya dibibirnya selalu menyebut "Laa Illah Haillahh" kerana saat inilah sahaja yang diharapkan oleh meraka yang dalam saat sakratulmaut yang kita semua umat Muhammad harapkan tidak akan terlepas dari ucapan akhir kita bila kita semua akan pergi menemui Illah kelak. Awak, saya.... semuanya.

Kalau padangan saya tidak awak persetujui, maafkan saya. Dan terserahlah pada awak untuk menerima atau menolaknya....!

Sebagai seorang sahabat, saya mendoakan yang terbaik untuk mak awak sekeluarga. Andai umurnya masih dipanjangkan ALLAH biarlah penuh dengan keberkatan dan rahmahNya. Andainya mimpi mak menjadi kenyataan, saya doakan agar awak dan adik-beradik yang lainnya dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Luangkan lebih banyak masa dengan mak di saat ini.... kerana mungkin masa itu tidak lagi awak dapat merasainya.
Salaing memohon kemaafan dan kemampunan adalah perkara terbaik untuk semua ahli keluarga lakukan juga meredhai apa juga yang telah kita semua lakukan... mak, anak, saudara mara dan ahli keluarga yang lain.
Saya lebih suka merasakan bahawa mimpi itu datanganya dari petanda ALLAH swt... yang tersirat seribu satu hikmah dan rahmahNya, bukan datang dari mainan mimpi syaitan semata-mata.

Wallahu alam.

-- TIADA YANG LEBIH INDAH SELAIN SELALU MENGINGAT ALLAH SWT.....pencipta yang maha agung.

"Ya ALLAH, kembalikan aku dalam keadaan kau redha seluruh kehidupanku."

~ roxannezy
23 April 2007
11:45 am

Friday, March 16, 2007

WALAU TIADA LAGI KAMU

Walau pun kita semakin jauh
Tapi kau sentiasa dalam ingatanku.
.
Walau pun kita tidak lagi bersama
Tapi kau sentiasa dalam bayanganku.
.
Walau pun kita selalu berasingan
Tapi kau sentiasa dalam dakapanku.
.
Walau pun kita sering mendiamkan diri
Tapi kau sentiasa dalam bicaraku.
.
Walau pun kita semakin jauh terpisah
Tapi kau sentiasa dalam diari kehidupanku.
.
.

~ mengertilah buat yang sudi, sahabatku.


~salam ceria selalu
roxannezy

HIKMAH SUJUD PADA ILLAHI

Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

SAYANGNYA ALLAH SWT PADA WANITA

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
~salam ceria selalu
roxannezy

PERNAHKAH KITA LIHAT SEBALIKNYA?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
~salam ceria selalu
roxannezy

AKU, KAU BERBEZA.... AKU, KAU ISTIMEWA

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
~salam ceria selalu
roxannezy

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,
"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
~salam ceria selalu

Monday, March 12, 2007

30 LARANGAN BUAT WANITA


1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

~salam ceria selalu
roxannezy

Friday, February 09, 2007

PENCARIAN KITA



















Tak perlu mencari teman secantik BALQIS
Andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA.

Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM
Andai diri tak sekuat HAJAR.

Mengapa di dambakan teman hidup sesempurna MUHAMMAD
Jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikkan
Carilah kebaikan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
Berdoalah dia milik kita.

~salam ceria selalu
roxannezy

Saturday, January 27, 2007

HARI ASYURA - 10 MUHARRAM (ISNIN : 29/01/2007)



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Isnin, 29/1/2007)


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat -
Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat -
Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah fadhilat -
Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat -
Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat -
Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat -
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat -
Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat -
Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat :
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak fadhilat -
tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat -
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat -
Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini, insya'ALLAH .
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat -
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala" fadhilat -
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
WALLAHU'ALAM
~salam ceria selalu

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA




Kecantikan Lelaki.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.





Lelaki yang cantik, adalah :-



1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.






Kegagahan Wanita.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.






Perempuan yang gagah, adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


~salam ceria selalu