Kecantikan Lelaki.
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
~salam ceria selalu
2 comments:
'tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa di dambakan teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikkan,carilah kebaikan pada dirinya. bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita'
Assalamualaikum wbt,
Terima kasih atas komen ANDA. Cuma tak dinyatakan siapakah gerangan orangnya.... semoga kita sama-sama mensyukuri nikmat dah rahmat yang telah ALLAH swt berikan pada kita semua, insya'ALLAH.
~salam ceria selalu
Post a Comment