Sunday, April 22, 2007

Wardah....

Maafkan saya, bacalah pandangan saya dengan hati yang terbuka, bukan dengan emosional... bukan dengan cara yang awak lakukan pada saya tadi. Tapi saya tidak berasa sedih atau kecewa kerana mungkin fikiran awak yang berada dalam kesedihan dan keriasauan membuatkan awak berpelakuan begitu.

Saya faham maksud cerita dan masalah awak. Mimpi mak dengan menyatakan arwah ayah hadir dalam mimpi mak sebagai tanda yang masa mak seolah-olah tiba.... atau hampir tiba. Itu maksud awak... sebagaimana contoh isteri yang bermimpi suaminya hadir dalam mimpi menyatakan masa isteri telah tiba dan arwah suami datang menjemputnya sebagai tanda situasi itu akan atau bakal berlaku.

Disini, saya ingin nyatakan 2 pendapat :-

Pertama, mimpa dari mainan syaitan dan kedua mimpi datanganya dari ALLAH buat manusia yang terpilih sahaja.

Pertama, mimpi mainan syaitan.
Dengan tujuan dan matlamat untuk mewujudkan suasana sedih, bercelaru.... gundah-gulana.. dan sebagainya. Dan siatuasi inilah yang berjaya diwujudkan dalam keadaan awak....(dan juga mungkin ahli keluarga yang lainnya sekarang ini) dengan mengandaikan, masa mak telah tiba.... atau hampir tiba pada bila-bila masa sahaja.... dengan mengandaikan bahawa mimpi mak yang arwah abah wujud dalam mimpi mak untuk menjemput mak ke alam yang lagi satu...dengan kata lain, mimpi mak menandakan bahawa masa mak untuk pergi telah atau hampir tiba. Saat kematian mak.

Dalam hal ini, saya suka menyatakan bahawa mimpi hanyalah suatu mainan dan rekaan syaitan semata-mata yang tidak pasti kebenaran akan kemungkinan berlakunya apa yang dimimpikan. Kalaupun ianya berlaku, mungkin secara kebetulan. Saya mencadangkan agar awak selalu beristighfar dan banyak berselawat pada ALLAH agar syaitan tidak menjadikan arwah bapa sebagai mainan mimpi mak awak.... atau sesiapa jua, adik-beradik, saudara-mara atau ahli keluarga yang lain.
Dengan bacaan fatihah dan yaasin .... atau apa-apa sahaja ayat-ayat dalam al-quran yang dibacakan untuk arwah bapa, apatah lagi bacaan itu datangnya daripada anak-anak si arwah akan menjadi penolong, membantu dan bekalan untuk arwah bapa. Hadis nabi menyatakan, tidak akan putus amalam simati apabila telah kembali ke alam barzakh melainkan 3 perkara :-
1.Sedekah jariah yang bermanfaat yang dibuat oleh simati semasa hayatnya.
2.Ilmu bermanfaat yang telah diajar oleh simati dan diamalkan oleh orang lain
3.Doa anak yang soleh dan solehah, untuk arwah simati... sebagai sedekah yang berpanjang dari ALLAH swt.

Dalam kes ini, doa sia anak, bacaan yaasin atau mana-mana surat Al-Quran, atau sekurang-kurangnya Al-fatihah, dapat membantu arwah simati...menerang kuburnya... meringankan siksa kuburnya atau mampu menjadikan kuburan si mati lapang dan berada dalam keadaan aman damai. Dan dalam kes mimpi mak yang berlaku juga, dengan bacaan selawat, istighfar dan bacaan ayat-ayat al-quran, insya'ALLAH akan mengelakkan mimpi mak hasil dari mainan syaitan tidak lagi berulang jika benar mimpi itu datangnya dari mainan syaitan... sebagaimana yang saya cerita diatas.


Kedua, mimpi datangnya dari ALLAH swt....sebagai petanda sesuatu itu telah ALLAH berikan petunjuk dan tanda, yang mana apa yang berlaku dalam mimpi mak bahawa arwah abah datang untuk menjemputnya.

Dalam kes dan situasi ini, ALLAH swt boleh dengan limpah Ar-Rahmah dan Ar-RahimNya, memberikan petanda-petanda awal... dengan pelbagai cara sebenarnya, bahawa sesuatu yang bakal berlaku.... dalam kes awak kematian mak yang bakal menjelang sebagaimana mimpi arwah bapa datang untuk menjemputnya.
Awak, ajal maut semuanya ditangan ALLAH swt. DIA yang menentukan. Mungkin jika mimpi ini datangnya dari ALLAH, sebagai tanda saat kematiannya bakal menjelma, maka ini adalah satu petanda yang ALLAH berikan hanya untuk manusia-manusia terpilih sahaja yang hanya ALLAH sahaja kehendaki dan kurniakan.

Mungkin sebagai tanda untuk "Persediaan".... untuk mereka yang masih hidup, mak yang bermimpi, anak-anak, keluarga dan sesiapa sahaja. Tidak semua orang mendapat kurniaan ini.... kerana ada yang mati dalam keadaan tidak sedar. Datang secara tiba-tiba. Dan yang lebih menakutkan lagi jika kita mati dalam keadaan tidak bersedia... kurang kelengakapan persediaan... amalan, dosa dan pahala. Tapi dengan limpah dan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAh swt buat mereka yang terpilih sahaja, telah diberikan tanda-tanda ini terlebih dahulu. Antaranya melalui mimpi.... melalui pintasan perasaan.... melalui kejadian-kejadian pelik atau apa sahaja.
Bagi mereka yang boleh mentafsir apa yang tersirat mungkin akan dapat mengagak apa yang bakal berlaku disebalik kejadian ini.

Dalam kes mimpi mak dengan hadiran arwah ayah menjemput mak awak, saya merasakan jika ianya dari ALLAH swt sebagai tandanya, awak dan ahli keluarga semua janganlah bersedih dan berasa risau atau dukacita. Semua yang hidup akan mati.... awak, saya,, keluarga kita.... orang amat kita sayangi mak dan ayah kita.....!

Selalulah berselawat dan beristighfar pada ALLAH swt.... dan dikesempatan ini, mungkin cara terbaik seorang anak untuk menghadapi saat-saat yang telah ALLAH berikan petunjuk dan tanda, saat itu semakin hampir, eloklah awak dan semua ahli keluarga selalu bersama dan berdampingan dengan mak. Mungkin masa dan saatnya hampir akan tiba.... tetapi entah bila? Hanya ALLAH swt yang mengetahuinya.
Ambillah kesempatan ini untuk membantu mak dalam menghadapi saat-saat itu..... memberikan semangat padanya, memberikan ingatan untuk selalu bertistighfar dan berselawat pada ALLAH dan Rasul, setiap masa dan keaadaan. Jika mak masih mampu, bantu mak untuk pertingkatkan amalan solat selain solat-solat fardhu tetapi juga solat-solat sunat yang lain. Jika tidak mampu, ingatkan mak supaya jangan lupakan solat fardhu... biarpun terpaksa melakukan dalam keadaan terbaring atau hanya dengan gerakan hati sahaja.

Selalulah bisikkan pada telinga kalimat TOIYIBAH, supaya dibibirnya selalu menyebut "Laa Illah Haillahh" kerana saat inilah sahaja yang diharapkan oleh meraka yang dalam saat sakratulmaut yang kita semua umat Muhammad harapkan tidak akan terlepas dari ucapan akhir kita bila kita semua akan pergi menemui Illah kelak. Awak, saya.... semuanya.

Kalau padangan saya tidak awak persetujui, maafkan saya. Dan terserahlah pada awak untuk menerima atau menolaknya....!

Sebagai seorang sahabat, saya mendoakan yang terbaik untuk mak awak sekeluarga. Andai umurnya masih dipanjangkan ALLAH biarlah penuh dengan keberkatan dan rahmahNya. Andainya mimpi mak menjadi kenyataan, saya doakan agar awak dan adik-beradik yang lainnya dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Luangkan lebih banyak masa dengan mak di saat ini.... kerana mungkin masa itu tidak lagi awak dapat merasainya.
Salaing memohon kemaafan dan kemampunan adalah perkara terbaik untuk semua ahli keluarga lakukan juga meredhai apa juga yang telah kita semua lakukan... mak, anak, saudara mara dan ahli keluarga yang lain.
Saya lebih suka merasakan bahawa mimpi itu datanganya dari petanda ALLAH swt... yang tersirat seribu satu hikmah dan rahmahNya, bukan datang dari mainan mimpi syaitan semata-mata.

Wallahu alam.

-- TIADA YANG LEBIH INDAH SELAIN SELALU MENGINGAT ALLAH SWT.....pencipta yang maha agung.

"Ya ALLAH, kembalikan aku dalam keadaan kau redha seluruh kehidupanku."

~ roxannezy
23 April 2007
11:45 am

1 comment:

Anonymous said...

Saudara roxannezy

Saya telah membaca warkah awak untuk saudari wardah. Kata2 awak memang benar tapi mungkin cara awak menyampaikan mungkin tidak sesuai dlm sesuana org sdg dlm keadaan sedih. Kita dengar apa yang disampaikan sahaja tapi kita tidak tahu bgm sebenar2nya keadaan ibu saudari wardah sebenarnya. lebih2 lagi wardah adalah seorg wanita yg terlalu lembut hati. pasti dia akan merasakan sesuatu. bgm pun ribuaan terima kasih kerana pandangan yg bernas and berdasarkan hadis. insyallah pelan2 wardah akan dapat menerima pandangan anda dgn rela hati selepas hilangnya perasaan emosinya