Tuesday, October 31, 2006

Antara Sebab Kenapa Manusia Ke Neraka ALLAH swt (Nau'zubillah)

1. Mereka yang mengekutukan ALLAH swt.
2. Mereka yang tidak beriman dengan perintah dan larangan ALLAH swt.
3. Mereka yang mati tanpa iman (murtad) atau kafir laknatulullah.
4. Mereka yang amalan dosa lebih berat dari amalam pahala tanpa mendapat syafaat dan pertolongan ALLAH swt dan baginda RAsulullah saw.
5. Membuat tuduhan atau fitnah terhadap seseorang
mukmin pada dosa yang tidak dilakukan olehnya.
6. Mencari dan memakan rezeki dari sumber yang haram.
7. Pemimpin yang mati dalam keadaan menzalimi dan

menipu rakyatnya.
8. Orang yang membunuh dirinya sendiri.
9. Mereka yang sering membuat dusta dan sentiasa

berada di dalam kejahatan.
10. Mereka yang berkekalan dalam meminum arak,

pelayan, penjual, pembeli, pengupah, pengedar dan
sebagainya yang berkaitan denganya.
11. Anak-anak yang derhaka terhadap kedua orang tuanya.
12. Mereka yang suka membangkit-bangkitkan akan kebaikan,

pertolongan, dan pemberiannya.
13. Mereka yang bersifat angkuh, sombong dan tinggi diri.
14. Mereka yang memutuskan hubungan tali silaturahim

terhadap kekeluargaan ataupun persaudaraan.
15. Para isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa

ada keuzuran syar'ie.
16. Mengangggu jiran tetangganya dengan perasaan iri hati,

hasad dengki dan dendam.
17. Membunuh orang mukmin yang beriman dengan

segaja ataupun tanpa hak.
18. Mereka yang menahan dan merosakkan hak seseorang

muslim dengan sengaja walaupun sepotong kayu sugi.
19. Mereka yang membuat tipu helah dalam hukum-hakam

Allah untuk kepentingan diri mereka sendiri.
20. Membuat penanda pada muka haiwan ataupun

memukul pada mukanya sendiri.
21. Mereka yang menjadikan hidupan bernyawa sebagai sasaran

dalam latihan memanah, menembak atau sebagainya.
22. Mereka yang memberi rasuah, penerima rasuah dan juga

yang menulisnya.
23. Mengacukan senjata kepada saudaranya.
24. Suami yang mendatangi isterinya dari jalan belakang (dubur).
25. Mencuri barang-barang dari kubur atau dalam kubur.
26. Orang mukmin yang tidak mengeluarkan zakat sedang dia

mampu untuk berbuat demikian.
27. Memakan harta riba, pemberi riba dan penulis riba.
28. Wanita yang mencabut rambut, kening dan mengasah giginya

supaya kelihatan cantik.
29. Mereka yang meratap, mengoyak dan mencarikan pakaian

serta mencakar muka sendiri dikala mendapat ujian atau
musibah daripada Allah swt.
30. Isteri yang mengelakkan diri dari tidur bersama suaminya.
31. Lelaki yang menyerupai perempuan manakala

perempuan yang menyerupai lelaki.
32. Mereka yang menyembelih bukan atas nama Allah swt.
33. Mereka yang memberi perlindungan kepada ahli bid'ah.
34. Mereka yang mengubah arah panduan jalan

seperti rumah api dan sebagainya.
35. Mereka yang mencaci sahabat-sahabat Rasullah s.a.w
36. Orang yang menghalalkan perkahwinan cina buta dan

yang memperhalalkan kahwin.
37. Mereka yang membinkan anak kepada yang bukan bapanya.
38. Mereka yang menyembunyikan panduan dan keterangan

yang telah diturunkan oleh Allah swt.
39. Wanita yang memakai rambut palsu dan yang meminta

dipakaikan rambut palsu.
40. Menuduh wanita mukmin yang beriman lagi beramal soleh

melakukan perbuatan curang.

~salam ceria selalu

01 November Menjenguk Lagi

Buat renungan kita bersama....
01 November 2006 menjengok lagi.
Menyinari hari Rabu yang serba hening,
tenang dan mendamaikan hatiku.
Apakah kita bisa bertemu lagi di pagi
01 November di tahun-tahun yang mendatang?
Adakah kita bisa bertemu lagi
Apa yang telah kita tempuhi dan lalui kini?
Kerna esok tidak pasti lagi buat kita
Masihkah ada kesempatan untuk kita
Menjengok 01 November ditahun-tahun
Yang mendatang.
~salam ceria selalu, 01 november, 2006

KUPU-KUPU SYURGA


Plolog : Ingat buat Ibu Bapa yang mempunyai anak anak

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila
anak-anak anda boleh digelar kupu-kupu syurga, insya'ALLAH.


1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan
Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan

satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke

dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang

dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk
anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah swt
dan tidak diseksa di akhirat kelak, nau'zubillah.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan
ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam
keadaan jahil, dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu. Dan barangsiapa membekalkan

dengan ilmu dan anak-anak mengamalkannya, dia turut
diperolehinya, insya'ALLAH
.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada
seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang
yang tidak menyayang tidak pula akan disayang".

7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia
memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh

tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang
apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan
dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus

aku berbakti?" Jawab baginda, "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi, "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.,
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap
dirimu Dan anakmu pula berhak atas dirimu".

Wallah'ualam.

~salam ceria selalu

Monday, October 30, 2006

NASIHAT DARI ABUYA & UMMI

Memoir :~ Sebuah sketsa yang panjang untuk dibaca dan direnung, tetapi sarat dengan ilmu dan panduan berguna untuk manfaat bersama. Terima kasih atas yang mencipta, menulis dan mengolahkan dengan begitu baik sekali.......!

Untuk pengetahuan buat anak-anakku
Anak-anakku yang tercinta!
Abuya ingin bercerita kalau sudi dengarlah!
Anak-anakku yang tersayang
Cerita ini jadikanlah ingatan kalau mahu selamat
Anak-anakku, cara kita menilai sesuatu tidak sama, sangat berbeza?
Cara kita berfikir tidak sama
Bezanya terlalu jauh macam langit dengan bumi
Kemahuan kita, perasaan kita, nilaian kita tidak sama terlalu jauh
Jauhnya macam langit dengan bumi
Seolah-olahnya seorang hendakke hulu seorang hendak ke hilir
Seorang hendak ke lurah seorang hendak ke bukit bilalah hendak bertemu
Yang saya maksudkan perbezaan kita ini adalah bersifat rohani atau maknawi
Tidak bertemu yang bersifat maknawi dan rohani
Lebih berbahaya dari tidak bertemu secara fizik
Apakah yang sedang dan telah berlaku?
Apakah yang telah terjadi di antara kita wahai anak-anakku?!
Apa yang dianggap baik oleh Abuya dianggap jahat oleh kamu
Apa yang dianggap menyelamatkan oleh Abuya dianggap tidak selamat oleh kamu
Bukankah begitu wahai anak-anakku?

Apa yang menghiburkan dan membahagiakan buatku
Padamu boring dan menjemukan kamu
Apa yang menguntungkan buatku
Ia dianggap merugikan buatmu, bukankah begitu?

Sebagai contoh aku catatkan di sini
Buat Abuya
Tuhan, iman, Islam, ihsan, nabi, Akhirat, berjuang, beribadah adalah terlalu agung dan mulia
Pada Abuya perkara-perkara tadi tidak boleh ditukar ganti
Ia adalah hiburanku, ia adalah kebahagiaanku
Ia adalah hidup matiku, tebusannya adalah nyawaku

Tapi padamu anak-anakku
Makan, minum, pakaian, rumah, keluar bersantai-santai, mandi-manda adalah utama
Adalah dipandang besar di dalam kehidupanmu
Kalau tidak sempurna atau tidak didapati, akan jadi masalah besar padamu
Ia adalah dianggap hiburan dan kebahagiaanmu.

Kalau Abuya tidak beri itu semuanya
Kamu anggap Abuya tidak sayang padamu
Kamu anggap Abuya sudah benci kamu, sudah tidak ada dalam hati Abuya
Perkara-perkara tadi adalah hidup matimu
Kamu sanggup menggadai nyawa kerananya
Tuhan ada atau tidak, tidak ada erti apa-apa bagimu
Nabi, iman, islam, ihsan, akhirat, berjuang untuk Tuhan kamu anggap menyusahkan
Boring, menjemukan, meletihkan, menyusahkan, merugikan
Bukankah begitu tanggapanmu?
Apabila Abuya mendorong ke arah kemahuan kamu
Dianggap Abuya sayang semua anak-anakku
Jika kamu diarah kepada kehendak Abuya dianggap Abuya benci.
Ini adalah sebahagian kecil perbezaan di antara kita
Yang lain banyak lagi tidak payah diceritakan.
Kiaskan sahaja, kamukan tahu kehendakmu sendiri
Anak-anakku yang tercinta!
Betapa fikiran, pandangan, perasaan, kehendak kita sangat berbeza?!
Perbezaan ini terjadi tentu banyak faktornya
Di antaranya seperti berikut renungkanlah wahai anak-anakku:
Abuya adalah ayahmu,
Kesusahanmu adalah kesusahanku,
Kesenangan Abuya adalah kesenanganmu
Sejahat-jahat seorang ayah lebih murni pandangannya
Daripada anaknya yang tidak tahu apa-apa
Secuai mana pun seorang ayah
Masih ada rasa tanggung jawab kepada anak-anaknya
Berbeza kepada anak-anak rasa itu tidak ada kepadamu wahai anak-anakku.
Pengajaran, pengalaman hidup ayahmu
Lebih banyak daripada apa yang ada padamu
Nilaiannya sudah tentu lebih adil daripada anak-anaknya yang belum ada pengalaman dan ilmu
Bahkan nasib hidupnya pada lahirnya masih bersandar kepadaku,
Walaupun pada hakikatnya ada kepada Tuhan
Orang yang bersandar hidup dengan orang lain
Tentulah tidak sama dengan orang yang tempat bersandar hidup
Orang yang tempat bersandar masih ada rasa tanggungjawab
Yang bersandar tidak ada rasa tanggungjawab.

Apa yang mereka mahu, mesti ada, mesti selesa
Kehendak kamu mesti ditunaikan tanpa memikirkan buruk baiknya
Kemahuan kamu jangan dihalang tanpa timbang untung ruginya
Sedangkan seorang ayah yang bertanggungjawab
Setiap kehendak anak-anaknya perlu ditimbang dahulu
Jika baik, sekiranya mampu, dia tunaikan, jika jahat tidak ditunaikan
Bagi si anak yang tidak ada tanggungjawab
Walaupun pada diri sendiri tidak begitu
Hati kecil tentu berkata, "Abuya tidak sayang anak-anak....!"
Abuya sudah benci kepadaku
Kehendak kita tidak pun ditunaikan. Ayah apakah Abuya ini?
Tidak ada ayah lebih baik padaku."
Begitulah anak-anak berfikir,
Begitulah anak-anakku berperasaan,
Bukankah begitu?

Faktor-faktor lain, seorang anak yang masih mentah tentu belum ada cita-cita
Anak-anak yang pandangannya belum jauh,
sudah tentu pandangannya perkara-perkara yang mudah sahaja
Terangsang oleh perkara yang dapat diihat oleh mata sahaja
Hanya mudah dirangsang oleh makan minum, pakaian, tempat tinggal.

Anak-anakku yang disayangi!
Untuk kamu lebih dapat memahaminya,
Abuya datangkan satu contoh lagi
Kamu yang abang-abang dan kakak-kakaknya dulu
Pernah berhadapan dengan adik-adik yang belum mengerti.
Ada adik-adik yang suka main api
Api kan dilihat cantik, bercahaya, menghiburkan,
Kamu kan tahu api itu sangat merbahaya
Sedangkan adik kamu tidak tahu api merbahaya
Jika kamu melarangnya, apakah kamu dianggap zalim?
Kalau kamu menyegahnya kerana bahaya
Apakah kamu dianggap oleh adik kamu tidak sayang
Apakah kerana hendak menghiburkan adik-adik
Kamu biarkan sahaja, takut dianggap tidak sayang
Wahai Anak-anak kesayangan Abuya,
Kalau anak-anak boleh menjawabnya
Begitulah Abuya dan Ummi terhadap kamu

Apa yang kami larang kamu tidak tahu bahayanya macam adik tadi
Bila kami larang kesukaan kamu, tentu kamu mengatakan kami zalim
Lantas kamu anggap kami tidak sayang
Jika kami biarkan, kami disayangi
Tetapi kami sudah jadi pengkhianat kepadamu
Begitulah wahai anak-anakku bilamana satu perkara tidak sama nilainya
Yang seorang menganggap perbuatan itu baik
Yang seorang lagi perbuatan itu jahat.

Wahai anak-anak kesayangan Abuya,
Ada faktor lain yang kita ini tidak sejalan
Faktor apakah itu, anal-anakku?
Faktor yang berbeza ialah faktor ilmu
Faktor ilmu membuat kita berbeza memberi nilai hidup
Kamu masih belajar, banyak perkara yang kamu tidak tahu
Bila banyak yang tidak tahu
Banyak pula perkara yang kamu tidak tahu baik buruknya
Mungkin akan terjadi yang baik dianggap jahat,
Yang jahat dianggap baik.

Anak-anak kesayangan Abuya,
Abuya dan ibumu walaupun tidak pandai tidak cerdik sebagaimana anak-anakku
Tapi sudah banyak pengalaman dan ilmu yang telah kami lalui
Banyak hal sudah tahu baik buruknya sedangkan kamu tidak tahu
Setengah hal nampak lahirnya baik tetapi tersembunyi kejahatannya
Ada hal nampaknya macam tidak baik tetapi tersirat di dalamnya kebaikan
Semua ini perlu kepada ilmu yang cukup memberitahu, mendidik dan mendewasakan kami.

Wahai anak-anak kesayangan Abuya,
Perlu kepada ilmu dan pengetahuan yang banyak,
Baru boleh menilai buruk dan baiknya
Oleh itu berbaik sangka dengan Abuya dan Ummi itu lebih baik
Urusanmu serah sahaja kepada Abuya dan Ummimu
Apa yang baik kami berdua, baiklah untuk kamu
Apa yang dianggap jahat atau bahaya,
Itu adalah jahat dan bahaya bagimu
Bukankah begitu orang yang baik sangka dengan Abuya dan Ummimu
Jika kita masing-masing hendak mempertahankan pendapat masing-masing
Kita tidak boleh duduk serumah
Kalau tidak badan berpisah, hati kita yang berpisah
Oleh itu anak-anakku ingin Abuya beritahukan kepada kamu semua
Fahamilah sikap Abuya dan Ummi agar kamu tidak terkeliru dan tersesat jalan.

Kami mengerti kamu inginkan kasih sayang ku
Kami mengerti kamu inginkan perhatian ku
Memanglah fitrah manusia semuanya begitu
Perasaanmu dan perasaanku sama sahaja wahai anak-anakku
Kasih sayang itu amat diperlu
Ia makanan jiwa bagi manusia.
Anak-anakku inginkan kasih sayang
Abuya dan Ummi pun begitu juga.

Kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya
Kenalah faham bagaimana bentuknya?!
Kasih sayang seorang ayah bukan seperti yang kamu mahu
Kasih sayang hanya mengikut nilai akal, mengikut rasa, mengikut nafsu
Sedangkan kasih sayang seorang ayah
lihatlah tanggungjawabnya yang dia lakukan
kepada anak-anaknya
Apabila tanggungjawabnya ditunaikan itulah kasih sayangnya.

Wahai anak-anak kesayangan Abuya
Apabila seorang ayah mengajar anak-anaknya ketuhanan
Mengajak anak-anaknya mengutamakan akhirat dari dunia
Di samping dunia tidak pula diabaikan
Itulah kasih sayang yang paling utama dari ayahnya.

Kalau seorang ayah memberi anak-anaknya hanya semata-mata yang bernilai dunia
Untungnya sekejap, menderitanya lama
Kalau hanya makan minumnya dijaga, pakaiannya diurus, tempat tinggal selesa
Tapi Tuhan tidak dikenalkan jauh sekali untuk dicintai
Binatang pun tahu mengurus anak-anaknya wahai anak-anak kesayangan Abuya

Kalau secara dunia dan nafsu atau perasaan
Memanglah itu kasih sayang namanya
Itu kasih sayang murahan namanya wahai anak-anakku
Di sebalik itu dianggap pengkhianat kepada anaknya secara tidak sedar
Kerana tidak memberikan ketuhanan kepada anak-anaknya
ALLAH swt adalah keselamatan dan kebahagiaan yang kekal abadi
Memberi kemewahan dunia adalah kebahagiaan dan keselamatan sementara waktu
Bahkan adakalanya di dunia lagi ia menipu lagi palsu
Betapalah selepas mati tipuannya sangat bahaya lagi celaka yang tidak ada taranya
Untung sekarung rugi segunung
Indahnya tidak sampai ke mana, mati masuk Neraka ...... Na'uzubillah!

Wahai anak-anakku fahamilah erti kasih sayang dari Abuyamu
Bukan pula kasih sayang itu hanya bermesra atau bergurau senda selalu
Kasih sayang tidak boleh dinilai sekadar diajak makan-makan, bawa berhibur mengikut nafsu
Apa sahaja kehendak anak-anaknya dikabulkan selalu
Apa sahaja yang dibuat oleh anak-anaknya dibiarkan sahaja
Demi kebahagiaannya konon?
Bukan begitu anak-anak kesayangan Abuya.

Anak-anaknya tentu sayang kepadanya
Tapi untuk kehidupan yang kekal abadi, selepas mati diabaikan
Untuk anak-anaknya ayahnya tidak pernah memberi keselamatan yang hakiki dan abadi
Tidak pernah mengenal ALLAH swt
Tidak pernah mengajak utamakan kehidupan selepas mati
Ibadah tidak pernah diajak bersama, akhlak mulia tidak dipeduli
Sungguh malang sekali, sungguh rugi
Untungnya sedikit ruginya sebukit wahai anak-anakku
Bahagianya tidak sampai ke hujung,
Penderitaannya nanti tidak ada penghujung
Wahai anak-anakku fahamilah erti kasih sayang yang sejati
Agar kamu tidak tertipu, supaya kita tidak merugikan diri sendiri
Anak-anakku jangan salah tafsir erti sayang dari sikap ayahmu?
Nanti yang rugi adalah kamu sendiri
Kasih sayang dari ayahmu ada cara tersendiri
Abuya harap dari anak-anakku
Biarlah sesuatu itu kita terima nilainya sama
Apa yang abuya faham itulah yang aku harap anak-anakku faham
Agar kita seia sekata, seperasaan agar kita tidak ada krisis dalaman
Agar tidak berlaku krisis nilai antara kita
Supaya aku tidak membenci kamu, dan kamu tidak membenci aku.

Wahai anak-anakku yang tersayang ketahuilah
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
Bukan semata-mata memberi makan, memberi pakaian,
Bukan hanya memberi hiburan yang bersifat nafsu
Kasih sayang yang semacam ini dijangka masa panjang
Bisa menjadi racun rohani pada dirimu sendiri.

Membinasakan, mencelakakan, merugikan, membahayakan
Kasih sayang seorang ayah yang sebenarnya bukan yang itu
Itu adalah kasih sayang murahan namanya.

Adakalanya di dunia lagi mencelakakan dan membahayakan
Kasih sayang seorang bapa yang bertanggungjawab lebih jauh dari itu
Hendaklah anak-anakku mengerti hal ini agar tidak susah hati,
Supaya Abuya tidak dibenci
Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya mengenalkan Pencipta-Nya
Ialah yang kekal abadi dan paling suci.

Mengajak anak-anaknya mencintai ALLAH swt, takut dan tunduk kepada-Nya
Menyelamatkan anak-anaknya dari azab danseksa kubur
Penderitaan Mahsyar, penderitaan Neraka Jahannam.

Abuya memelatih anak-anak mengenal erti kesusahan
Agar anak-anaknya faham erti penderitaan
Supaya boleh bertimbang rasa kepada orang yang menderita
Ini bukanlah bererti Abuya itu benci... Abuya itu zalim
Sebaliknya ia adalah didikan dan pengajaran yang mendewasakanmu
Ia adalah kerana sayang Abuya kepada anak-anaknya
Tetapi anak-anak tidak mahu mengerti
Macamlah anak-anak yang masih kecil
Hiburannya di jalan-jalan raya, suka main di tepi parit, suka main api
Jika dilarang oleh ayahnya dia menganggap ayahnya benci
Padahal larang itu adalah kasih sayang ayahnya kepada anak-anaknya
Kerana di situ ada bahaya
Tapi anak-anaknya tidak mahu mengerti.

Begitulah sikapku terhadapmu wahai anak-anakku
Padaku laranganku dan suruhanku selama ini itu adalah kasih sayangku
Kerana abuya tahu ia adalah memberi kebaikan kepada kamu
Kamu tidak akan faham dan tidak mengerti
Padamu itu adalah Abuya bencikan kamu
Hanya kerana kamu tidak mengerti yang hakiki sebenarnya.

Jika kamu tahu itu adalah kebaikan untukmu
Sudah tentu kamu ucap terima kasih kepadaku
Tapi malangnya kamu tidak faham dan tidak mengerti
Ukuran kamu adalah nafsu, ukuranku hanyalah Penciptaku
Bila ukurannya tidak sama dan selari, kamu makan hati dan benci
Akhirnya susah hati, ingin lari tapi tidak boleh berdikari.

Wahai anak-anakku fahamilah sikap Abuya dan Ummi
Agar kamu tidak terkeliru dan celaru lagi
Kasih sayangku padamu menunaikan tanggungjawab untuk masa depanmu
Terutama di Akhirat sana yang kekal abadi
Tapi kamu tidak tahu, ilmu kamu pendek sekali.

Kasih sayangku hanya di dalam hati
Aku tidak perlihatkan kepadamu
Bahagia yang kamu dapat dari tindakanku itu lambat tidak segera
Kamu mahu segera sedangkan masa depan yang panjang
Kamu tidak ambil kira secara terbuka.

Bahagianya segera, penderitaannya lama ..... tidak ada kesudahannya
Wahai anak-anakku!

Biarlah susah-susah dahulu senang-senang kemudian
Kalau kamu faham sikapku terhadapmu
Agar anak-anakku akan bersangka baik dengan Abuya dan Ummi
Kamu adalah anak-anakku di bawah tanggungjawabku
Sejauh mana pun sakit mata memandang
Tidak sama beratnya bahu memikul
Baik sangkalah wahai anak-anakku denga kami.

Aku hendak membawamu kepada Tuhan bersamaku
Biarlah kita bersusah-susah dan menderita dahulu
Berbahagia kemudian yang berpanjangan kekal abadi
Marilah bersamaku kepada Tuhan wahai anak-anakku
Tuhan adalah segala-galanya buat kita, jangan tinggalkan Tuhan
Insya-Allah kita akan selamat di Hari Kemudian
Terima kasih wahai anak-anakku
Kalau mahu terima pandanganku
Terima kasih wahai anak-anakku
Kalau mahu menuruti kehendakku.

Allah swt, Pencipta Abuya, Ummi dan semua anak-anakku
Akan selalu bersamamu.....!
~salam ceria selalu
roxannezy