Sunday, October 22, 2006

SALAM PENGENALAN DARIPADA SAYA



Assalamulaikum WBT
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog saya.
Nama saya, Mansor Bin Adam. Saya berusia 35 tahun. Telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang, Sartinah Binti Dolah. Dikurniakan 3 orang puteri kesayangan, Mirza Syafiqah (7 tahun), Mirza Syfreena (7 tahun) dan Mirza Syazreen Nafisah (4 bulan). Kami menetap di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Berasal dari keluarga yang besar, 8 orang anak ke 4,
dari Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Saya bekerja di salah sebuah syarikat IT Bumiputera
ternama di Kuala Lumpur sebagai System Analyst.
Berbintang Gemini dan gemar menghabiskan waktu
dengan menulis dan membaca puisi, cerpen dan novel.
Dikala lapang, saya berminat menternak
binatang kesayangan seperti ayam serama dan kucing
serta bercucuk tanam buah-buahan dan sayur-sayuran
sebagi aktiviti hujung minggu.
Diharap blog saya akan dapat digunakan untuk
kita saling sama-sama bertukar-tukar fikiran,
berkongsi ilmu dan pendapat dalam segala bentuk
cabang ilmu asalkan boleh mendatangkan faedah dan
kebaikan untuk semua pembaca.
Kepada pembaca yang punyai pandangan, komen,
pendapat dan teguran, silalah... jangan malu jangan segan.
Email daripada anda semua amat saya nantikan.
Insya'ALLAH kita semua diberkati ALLAH swt.
~SALAM CERIA SELALU
WASSALAM

No comments: