Assalamulaikum wbt.
Sambutan Hari Raya tahun 1427 H ini saya sambut dalam serba sederhana disebabkan keadaan keluarga yang tidak berapa baik. Anak ke-tiga dimasukkan ke dalam PUSRAWI Kuala Lumpur dari hari Khamis (19 Okt 2006) dan hanya dibenarkan keluar wad pada hari Isnin (23 Okt 2006). Keadaan batuknya masih belum reda walaupun tidak seteruk mula-mula dimasukkan ke wad minggu sudah.
Saya dan isteri tidur diwad menjaganya memandangkan usianya baru mencecah 4 bulan. Namanya Mirza Syazreen Nafisah. Puteri ketiga kami. Dua kakaknya yang lain juga batuk tetapi tidak serius dan hanya berihat dirumah. Semoga puteri-puteri kesayangan ayah kembali ceria seperti selalu.
Sepanjang minggu raya, kami hanya menetap dikampung (Seremban & Melaka) dan langsung tidak ke rumah saudara-mara bagi mengelakkan keadaan anak-anak kami semakin teruk. Alhamdulillah, hari Ahad semuanya dah beransur baik.... sedihnya, saya dan isteri pula yang batuk, demam dan selesema. Sampai tak ada suara dibuatnya....! Bila batuk, hanya tuhan sahajalah yang tahu sakitnya dada....! Semasa keluarga buat rumah terbuka dan majlis doa selamat di Seremban pada hari Ahad pun kami tak dapat melayan tetamu dan saudara-mara yang hadir. Takut sakit bertambah teruk.... terutamanya 3 puteri kesayangan kami. Banyak duduk dibilik.... tidur dan berihat sahaja. Tapi sekurang-kurang kami tahu.... antara kami saling menyayangi antara satu sama lain.... seorang sakit yang lain pun sakit juga. Seorang demam yang seorang pun demam juga. Semoga semua sembuh cepat, insyta'ALLAH.
~salam ceria selalu.
No comments:
Post a Comment