Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Thursday, December 21, 2006
ILMU FARDHU 'AIN
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim."
"Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim."
Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu 'ain itu, ialah ilmu pengetahuan yang bakal mengenalkan asas tauhid (MengEsakan Allah) yang dengannya pula dapat diketahui Zat Allah Ta'ala dan sifat-sifatNya.
Termasuk fardhu 'ain juga ilmu pengetahuan yang dengannya dapat dituntut cara-cara beribadat,dibedakan antara yang halal dan yang haram, dan mana satu yang dilarang oleh agama, dan mana yang pula yang dibolehkan dalam urusan agama, dan mana pula yang dibolehkan dalam urusan hidup sehari-hari.
Termasuk juga ilmu yang fardhu ' ain ialah ilmu yang mengenalkan hal-ehwal hati, mengenai sifat-sifatnya yang terpuji, seperti bersabar, bersyukur, bermurah hati, berakhlak tinggi, bergaul baik, berkata benar dan iklas. Begitu juga dengan sifat-sifatnya yang terkeji, seperti balas-dendam, dengki, menipu, meninggi diri, riya', marah berseteru, membenci dan kikir.
Maka mengetahui apa-apa yang harus dilakukan dari sifat-sifat yang pertama dan apa-apa yang harus ditinggalkan dari sifat-sifat yang kedua itu adalah fardhu 'ain. Seperti mana hukumnya membersihkan hal-hal mengenai kepercayaan, ibadat atau mu'amalat.
~salam ceria selalu
KEUTAMAAN MENGAJAR
Ayat-ayat al-Quran mengenai keutamaan mengajar ini, ialah di antaranya firman Allah Ta'ala:
"Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati." (at-Taubah: 122)
Maksudnya ialah memperingatkan mereka itu dengan pelajaran dan petunjuk yang diperolehinya.
"Dan di waktu Tuhan mengambil janji orang-orang yang diberikan olehnya kitab; iaitu hendaklah kamu sekalian menerangkan perkara-perkara yang tersebut di dalam kitab itu, dan jangan sampai kamu menyembunyikannya." (ali-Imran: 187)
Maksudnya ialah mewajibkan orang yang berilmu itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar.
"Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya)." (al-Baqarah: 146)
Maksudnya menghukumkan salah atau haram orang yang menyembunyikan ilmu pengetahuanya, sebagaimana dihukumkan haram pula orang yang menyembunyikan penyaksiannya.
Firman Allah Ta'ala:
"Barangsiapa menyembunyikannya (penyaksian), maka berdosalah hatinya." (al-Baqarah: 283)
"Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan." (Fushshilat: 32)
Allah berfirman lagi:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik." (an-Nahal: 125)
"Dan dia mengajarkan kepada mereka (kandungan) kitab dan kebijaksanaan." (al-Baqarah: 151)
Adapun Hadis-hadis yang menunjukkan tentang keutamaan mengajar, umpamanya pesanan baginda Rasulullah s.a.w. ketika mengirim Mu'az ke Yaman, bunyinya:
"Andaikata Allah s.w.t memberikan hidayat kepada seorang dari hasil usahamu, adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya."
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, niscaya di Hari Kiamat nanti, ia akan dikekang oleh Allah s.w.t. dengan tali kekang dari api neraka."
"Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para MalaikatNya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan yang di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai."
"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang saleh yang mendoakan baginya."
"Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama saperti mengerjakan baginya."
Ada satu sabda lagi berbunyi: " Moga-moga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas Khalifah-khalifahku." Baginda lalu ditanya: " Siapakah mereka khalifah-khalifahmu?" Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: " mereka itu adalah orang-orang yang menghidupkan sunnatku serta mengajarkannya kepada hamba-hamba Allah."
Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari Mua'z, katanya: " Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman dalam masa kesunyian. Dialah petunjuk jalan kepada agama, dan pendorong kesabaran dalam masa kepayahan dan kesempatan."
Allah mengangkat setengah-setengah kamu karena ilmu pengetahuannya, maka dijadikannya pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan kebaikan yang diikut oleh orang ramai. Orang yang berilmu pengetahuan itu juga menjadi model utama dalam amalan kebajikan, dicontohi segala jejak-langkahnya, dan dituruti segala kelakuannya.
Dengan ilmu pengetahuan seorang hamba itu akan sampai ke peringkat orang-orang yang terpuji ketaatannya dan tertinggi kedudukannya. Memikirkan perihal ilmu pengetahuan setanding pahalanya dengan berpuasa, dan menelaahnya setanding pahalanya dengan bangun beribadat di tengah malam. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah Azzawajalla, memperhambakan diri kepadaNya, MengEsakanNya dan membesarkanNya.
Dengan ilmu pengetahuan juga manusia boleh mencapai darjat kewajiban kewara'an, dan dengannya pula manusia menyambung silatur-rahmi. Dengan ilmu pengetahuan juga, ia akan mengenal yang halal dan yang haram. Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya, dan berbahagialah orang yang menerima ilham dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan.
Berkata al-Hassan r.a.:
" Kalaulah tidak kerana para ulama, niscayalah manusia sekaliannya sama seperti binatang."
Maksudnya dengan adanya para ulama yang mengajar manusia terkeluarlah mereka dari peringkat-peringkat kebinatangan dan memasuki peringkat kemanusiaan.
~salam ceria selalu
mansoradam@gmail.com

KEUTAMAAN BELAJAR
Adapun ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan keutamaan belajar itu, di antaranya ialah:
"Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama." (at-Taubah: 122)
"Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti." (an-Nahal: 43)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya jalan ke syurga."
"Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pemgetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat."
"Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim."
Abu Darda' berkata:
"Kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cinta daripada saya bangun beribadat sepanjang malam."
"Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya adalah sesia belaka. Tiada bangun sama sekali.
Iman Syafi'i.r.a. berkata pula:
" Menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunnat."
Berkata Fatah al-Maushili rahimahullah:
"Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati!"
Orang ramai menjawab:
"Benar katamu!"
Dia berkata pula:
" Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia."
Sungguh tepat sekali ucapan Fatah al-Maushili itu, kerana makanan hati ialah ilmu pengetahuan dan hikmat, dan dengan kedua benda itulah ia boleh hidup, sebagaimana tubuh badan itu hidup dengan makanan, Seorang yang tiada mempunyai ilmu pengetahuan, hatinya menjadi sakit dan kematiannya sudah pasti. Akan tetapi ia tidak akan merasakan yang demikian itu, kerana kecintaannya kepada dunia dan kesibukannya tentang dunia itu akan melenyapkan perasaannya. Kita berlindung dengan Allah pada hari di mana segala tabir akan tersingkap. Sesungguhnya manusia itu sedang nyenyak dalam tidurnya, nanti ia bila mati akan tersedar.
Berkata Ibnu Mas'ud r.a.:
"Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."

KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN
Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di antaranya ialah:
"Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan." (ali-Imran: 18)
Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah s.w.t. telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.
Allah berfirman pula:
"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat." (al-Mujadalah: 11)
"Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan." (az-Zumar: 9)
"Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan." (Fatir: 28)
"Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan diantara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu". (an-Nisa': 83).
Jadi hukum mengenai perkara-perkara yang berlaku itu harus dikembalikan kepada kebijaksanaan orang-orang yang berilmu pengetahuan, kerana martabat mereka ditingkatkan dengan martabat para Nabi dalam menyingkap hukum-hukum Allah s.w.t.
Adapun Hadis-hadis yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak juga, seperti:
" Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya"
"Para ulama itu adalah warisan para Nabi".
Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalia, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu."
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menentukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya:
"Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku."
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Kelebihan seorang alim atas seorang 'abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-gemintang."
Di antara wasiat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah;
Wahai anakku! Pergauilah para alim-ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

9 JENIS ANAK SETAN
Simpanlah baik-baik email ini dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Wa! lahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia kh! ! ususny a ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

REUNION STTJ, SEREMBAN
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera buat semua Warga Ex-STTJ,
MEGA REUNION EX STTJ AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT :-
TARIKH : 27 JANUARI 2007 (Sabtu)
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, SEKOLAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR (STTJ)
MASA : 08:00 MALAM (DINNER) - T/MALAM
PAKAIAN : BATIK (Terbuka untuk bekas pelajar & pasangan saja)
TARIKH : 28 JANUARI 2007 (Ahad)
TEMPAT : PADANG, SEKOLAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR (STTJ)
MASA : MULA 08:00 PAGI - PETANG
PAKAIAN : PAKAIAN SUKAN (BEBAS)
ATURCARA : SUKANIKA & TELEMATCH (DEWASA & KANAK-KANAK)
PERLAWANAN PERSAHABATAN (DEWASA SAHAJA)
MENU & ATURCARA MAJLIS AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA AJK BERTUGAS. SEBANYAK 50 BUAH BILIK (STANDARD ROOM) TELAH AKAN DISEDIAKAN DI ALSON KLANA UNTUK TEMPAHAN. HARGA SEBILIK AKAN DINAKLUMKAN KEMUDIAN APABILA TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA PIHAK ALSON KLANA.
BAYARAN : BEKAS PELAJAR - RM100.00 seorang
PASANGAN - RM50.00 seorang
KANAK-KANAK - PERCUMA
Note : Bayaran adalah termasuk kos-kos program pada 27 & 28 Januari 2007 seperti makan, minum, hadiah, katering, sewa peralatan, percetakan, alatulis, perhubungan dan lain-lain. Wakil daripada setiap batch perlu dilantik bagi mengutip dan mengumpulkan bayaran yang dikenakan. Akaun bank akan dibuka bagi memudahkan segala urusan pembayaran dilakukan.
Satu mesyuarat ke-3 akan diadakan sebagaimana berikut :-
TARIKH : 05 JANUARI 2007 (JUMAAT)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
MK Planning Consultations
No 27, Jalan 9/2,Taman IKS Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
MASA : 08:30 MALAM
NOTE : SEMUA WAKIL BATCH (5 ORANG) DAN AJK YANG TELAH DILANTIK/DIPILIH SEBELUM INI DIMINTA HADIR UNTUK MENYELARAS DAN MENJAYAKAN PROGRAM YANG DIRANCANGKAN.
Diharap semua wakil batch 1975-2006 dapat menghantar wakil (sekurang-kurangnya 2 orang) untuk menyelaras dan menjalan program-program yang telah dirancangkan. Pihak AJK memerlukan kerjasama daripada semua wakil-wakil batch untuk hadir supaya majlis MEGA REUNION STTJ dapat diurus dan dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.
Wakil-wakil daripada batch berikut masih belum memberikan nama 2 wakil iaitu :-
1. Batch 1985 - 1986
2. Batch 1988 - 1989
3. Batch 1989 - 1990
4. Batch 1991 - 2000
5. Batch 2002 - 2006
Diharap kerjasama daripada semua bekas-bekas pelajar yang masih belum menghantar wakil untuk melantik 2 orang wakil untuk menghadirkan diri bagi sesi ke- 3 mesyuarat Mega REUNION STTJ supaya semua program yang sedang diatur dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur. Nama 2 orang wakil yang masih belum memberikan nama diminta berhubung dengan saya, Mansor Bin Adam untuk sebaran maklumat lanjut wakil batch.
Kepada rakan-rakan lain yang dapat saudara/i hubungi, sila panjangkan emailkan ini kepada mereka dan maklumkan saya no telefon dan email untuk tindakan susulan saya nanti. Setakat ini seramai 80 orang telah mendaftarkan diri didalam rekod saya. Sila maklumkan saya jika ada
perubahan/kesilapan.
IKHLAS DARIPADA :
MANSOR BIN ADAM
mansoradam@gmail.com
mansor_adam@yahoo.com
WAKIL STTJ - BATCH 87/88
STTJ - KENANGAN YANG TERINDAH

Thursday, December 14, 2006
SEBUAH KEMATIAN YANG PASTI
Note : Gambar mayat di kapan dibawah hanyalah sebuah lakonan sewaktu kursus pengurusan jenazah diikuti sebelum ini. Bukan gambar mayat sebenar. HARAP MAKLUM.
KEMATIAN sering dianggap sebagai peristiwa menakutkan, bahkan mungkin paling mengerikan dalam setiap fikiran makhluk yang bernyawa yang bernama manusia. Dalam pengalaman hidup manusia, kematian selalu menjadi bentuk pengalaman terburuk. Kerananya kematian sering menitiskan air mata kesedihan, kepiluan, bahkan kekecewaan. Di sini, kematian sering dianggap sebagai pengakhir dari segalanya, satu tanggapan yang salah dan tidak benar sebenarnya.
Setiap individu pasti akan merasakan mati. Ungkapan tersebut banyak muncul dalam ayat-ayat Al-Quran, di antaranya Surat Ali Imran: 185, Al-Anbiya: 35, dan Al-Ankabut: 57. Hal itu dapat dijadikan sebagai peringatan bagi setiap makhluk yang bernafas, juga sebagai ketegasan Al-Quran bahawa kematian adalah kemutlakan dan ketetapan yang harus terjadi. Bukankah kehidupan adalah permulaan menuju sebuah kematian?
Kematian memang merupakan sebuah misteri Ilahi. Misteri yang teramat sulit jika hanya difikir rasional dan mengandaikan hal-hal yang bersifat ghaib. Tidak seorang pun yang tahu akan proses kematian, apalagi untuk memajukan atau mengakhirkan waktu kematian itu sendiri. Sebagaimana firman Allah dalam Al-A'raf: 34, "Tiap umat memiliki batas waktu (ajal); apabila telah datang waktunya (kematian/ajal) mereka tidak dapat melewatkannya barang sesaat pun malahan tidak akan dapat pula mempercepatkannya walau sedetik".
Kematian adalah salah satu dari sekian banyak senario yang ditetapkan oleh Allah SWT di samping perjodohan, kebahagiaan, dan kecelakaan manusia. Pengakuan akan masalah tersebut harus dilandasi keimanan yang merupakan asas keyakinan dan kepercayaan bagi para muttaqin. Kejadian kematian adalah sebahagian dari kejadian ghaib milik ALLAH swt dan bagi setiap individu bertakwa menjadi keharusan untuk mengimaninya (Q.S. Al-Baqarah: 2).
Berbagai dalil dari setiap ajaran agama mengakui akan datangnya kematian pada tiap-tiap makhluk yang hidup. Namun anehnya, banyak orang-orang yang jika diamati dari tingkah lakunya seolah-olah mereka tidak akan merasai mati. Tilikan itu terlihat dari beberapa orang yang begitu "gigihnya" mencari, mengumpul, menunjuk-nunjuk, bahkan menghitung-hitung hartanya setiap hari. Selain itu, banyak di antara mereka yang begitu bangganya dengan kehidupan yang bermegah-megahan, berfoya-foya maupun kehidupan yang dipenuhi kegemerlapan duniawi lainnya yang pada hakikatnya bersifat sementara sahaja.
Akibat dari sikap seperti itu menunjukkan kealpaan mereka atau bahkan sengaja melupakan kehidupan yang akan muncul setelah kehidupan di dunia ini berakhir. Padahal Allah SWT menciptakan kehidupan manusia di dunia dalam posisi baik maupun buruk merupakan batu ujian untuk kelulusan menghadapi kehidupan selanjutnya. Dan ukuran kebahagian mereka kelak ditentukan berlandaskan segala amalan mereka hari ini.
Bukankah Allah Azza wa Jalla telah mengungkapkan dalam Al-Quran, "Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya ia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya ia akan melihat balasannya pula" (Q.S. Az-Zalzalah: 7-8).
Ayat tersebut memberikan pilihan bagi kita untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya. Kedua pilihan hidup tersebut memiliki akibat yang sama atas pilihan kita itu. Ertinya, sesuatu yang akan kita peroleh bergantung pada proses awal yang kita lakukan. Rasulullah mengungkapkan dalam sebuah hadisnya, "Setiap pekerjaan (amal) diiringi dengan niat, dan setiap orang akan bergantung dari apa yang diniatkannya itu".
Masalahnya, kita jarang memahami erti dari kehidupan kita di dunia ini. Kita sering beranggapan bahawa Allah peduli, saat kebahagiaan menghampiri kita. Namun sebaliknya saat musibah atau keburukan pula yang menimpa, kita menilai bahawa Allah tidak pedulikan kita lagi. Akibatnya, tidak jarang kita melakukan sesuatu di dunia ini tanpa berpandukan oleh nilai-nilai Illahiyah. Sebaliknya kita lebih sering melihat kehidupan kita ini dengan ukuran-ukuran keduniaan yang sering menipu dan membodohkan kehidupan dunia kita.
Kecintaan kita terhadap dunia sering melupakan kita akan datangnya kematian, sehingga ketika ditinggalkan oleh orang-orang yang kita cintai maka kiamat seakan telah dekat.
Islam mengajarkan bahwa kematian bukanlah akhir dari keseluruhan kehidupan manusia. Menurut Nurcholis Madjid (2000: 190), kematian bukanlah akhir pengalaman penghidupan makhluk (manusia). Kematian, menurut beliau, adalah "pintu" untuk memasuki kehidupan manusia selanjutnya, suatu kehidupan yang sama sekali lain dari yang sekarang kita alami, yaitu kehidupan ukhrawi. Pandangan seperti ini banyak dipegang oleh setiap orang Islam bahkan lebih cenderung sebagai suatu hal yang "taken for granted".
Sebagai contoh kehidupan itu tetap berlangsung adalah bagi orang yang berjihad di jalan Allah (fii sabilillah). Meskipun secara jasmani telah ada keterlepasan antara nyawa dari jasadnya, secara eksistensial ia akan tetap hidup. Hidup kerana kebaikan, kerja keras, kegigihan maupun pengorbanan yang dikerjakan selama hidupnya. Selain itu, orang-orang yang meninggal dalam perjuangan di jalan Allah tentunya akan menikmati kehidupan hakiki pasca-kematiannya di dunia.
Demikian itu diabadikan dalam firman Allah SWT, "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya" (Q.S. Al-Baqarah: 154).
Dalam konteks ini, sungguh sangat disayangkan jika setiap individu yang beragama Islam hanya berkudrat dan mengurusi hal-hal yang bersifat duniawi belaka. Apalagi, kehidupan sebenar kita justru dipenuhi oleh keburukan-keburukan yang kita sendiri lakukan. Keburukan yang tidak saja merusak pribadinya, tetapi juga kehormatan agama dan bangsanya, seperti membunuh jiwa orang lain ataupun menciptakan kekotoran pada setiap jiwa manusia.
Padahal jika kita menyedari akan hakikat sebuah kematian itu, setiap gerak kehidupan kita akan selalu diwarnai oleh kegiatan-kegiatan yang bermakna dan berguna bagi setiap makhluk. Kehidupan kita akan terasa selalu diawasi oleh Sang Maha Pencipta. Maka, geraknya adalah untuk kebaikan, kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang memiliki nilai kemanfaatan bagi manusia lainnya (khiru an naasi anfa’uhum li an naasi).
Sekiranya kita belum mampu memahami hakikat kematian itu, maka jangan begitu saja melupakan kematian dengan hanya memikirkan kehidupan keduniawian semata-mata. Allah SWT tidak melarang manusia untuk mencari kesenangan mereka di dunia. Tapi akan sungguh sangat adil jika kita pun tidak melupakan untuk mempersiapkan kehidupan di akhirat kelak.
Subhanallah, sekiranya kehidupan di dunia ini dipenuhi oleh orang-orang yang selalu mengingat mati dan mempersiapkan kematiannya kelak. Semoga kita digolongkan kepada orang-orang yang mampu memahami erti dari kematian kita.
~salam ceria selalu
Wednesday, December 13, 2006
LARANGAN DALAM IBADAH KURBAN
Larangan Menjadikan Bahagian Kurban Sebagai Upah
Oleh SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis Darussunnah
Menjelang musim hari raya kurban, maka peringatan-peringatan yang berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya tidak melanggari batasan yang digariskan.
Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid:
"Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban" (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut).
"Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban" (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut).
Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.
Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:"Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya." (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317).
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: "Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri". Walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah kurban.
Apa yang penting ialah larangan dari menjadi sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan kurban atau al-hadi (sembelihan haji). Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya: Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang kurban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun
darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukan sebagai upah. Hukum sembelihan kurban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.

(jld. 4, m.s. 148 cetakan Daral-Ma'rifah, Lubnan)
Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan kurban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang kurban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah.
Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: "Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah".
(juz. 9 m.s. 435 Cetakan Daral-Khair, Beirut)
Ketika mengulas hadith ini, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: "Hadith ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan kurban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan"
(juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).
Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging kurban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Ini juga boleh dikiaskan dengan sebarang upah yang diberikan dari sembelihan korban maka sama hukumnya iaitu haram.
Al-Imam al-Nawawi sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`i di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu': "Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan
tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan kurban dijual. Samada ia kurban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih".

(juz. 8 m.s. 419-420 ctk. Dar al-Fikr, Beirut)
Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: "Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih
walaupun kurban itu adalah kurban sunat.
( m.s. 149 ctk. Dar So`ab, Beirut.)
Kata Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fial-Islam: "Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan kurban memberi walaupun sedikit bahagian kurban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.
( m.s. 143. Ctk.: Maktabah al-Manar, Jordan)
Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian kurban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kurban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya. Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadith-hadith tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah.
Larangan dalam hadith-hadith berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian kurban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian kurban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: "Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian kurban.
Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang kurban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala kurban yang dijanji dan kurban kita terbatal.
Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh kurban di dalam mazhab al-Syafi`i: "Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan kurban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikurbankan dan merosakkannya".
( juz 1 m.s.235. Ctk.Dar al-Qalam, Damsyik.)
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian kurban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapahtidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya.
Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan kurban.
Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: "Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikurban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa".
(juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang.
Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian kurban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi. Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian kurban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian kurban).
( juz. 5 / m.s. 221, Ctk. Daral-Jil, Beirut).
Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan kurban.
Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya seperti yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang kita lakukan. Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.
Kurban ada peraturannya yang ditentukan syarak. Pastikan agar kurban itu diterima di sisi Allah.
Note : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1427H dan
MENJALANI IBADAH KORBAN BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
~salam ceria selalu
Monday, December 11, 2006
APABILA IBLIS MENANGIS.....
RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."
Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."
Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua.
Mereka ialah:-
* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.
* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.
* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin tu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."
~salam ceria selalu
CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak ada tempat duduk."
Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yang kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sangat, mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak ditengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . takada air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yang salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
~salam ceria selalu
WHAT DO YOU LOOK INTO YOUR PARTNER?
What do you look into your partner? What do you expect form him/her? Every person has an image of their partner in their minds and think that their partner should be loving, considerate, joyful, have a great sense of humour and should love them crazily. Following are a few things that one always tries to search in their partner and which not only makes a great partner but also are the characteristics of a great relationship.
1.Someone who is religious, caring and honest.
2.Someone who laughs with you and cries with you and is there for you at all the times.
3.Someone who truly listens to what you say and understands that though listening is a key, but using what is heard is even more important.
4.Someone who knows what you want before you say it.
5.Someone who respects you for what you are and does not flatter you unnecessarily.
6.Someone who is open and responsive and with whom you can confide in like a friend.
7.Someone who is never critical and ill tempered and knows how to compromised in the relationship.
8.Someone who loves you with all his heart.
9.Someone who likes everything that you do.
10.Someone with whom you have many common interests to share.
11.Someone who is trustworthy and who will risk his/her life for you.
12.Someone who takes time to listen and enjoy you for who you are and tries not to make you something else.
13.Someone that has a personality with qualities you don't have yourself, but admire greatly in them.
14.Someone who loves the stupid stuff you do without making fun of you.
15.Someone who appreciates your food even if it is not tasty but loves it because you have worked so hard to prepare it.
16.Someone who can make you happy when you are sad.
17.Someone who tells you the truth even if you don't want to hear it.
18.Someone who is a sweet, romantic person who cherishes you no matter what.
19.Someone who knows you're not perfect but treats you as though you are.
20.Someone who is a great person, a great kisser, and a great lover!

YANG AJAIB.... TAPI BENAR.
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada: "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin."
~salam ceria selalu
IKHLAS
"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas..."
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.." Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
~salam ceria selalu
CAHAYA MUKA RASULULLAH SAW
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208) .
~salam ceria selalu
Thursday, November 30, 2006
PROLOG BUAT SI "CHOMOT"KU
(ikhlas : Syed Omar Huzaimi Alqudcy)
AKU BUKAN MENCARI SUATU YANG TAK PASTI
SEKADAR INGIN MENCARI PERSAHABATANMU
AKU BUKAN MENCARI YANG TELAH HILANG
KALAU IANYA TIDAK BERNILAI DAN TIADA HARGA
AKU BUKAN MENYELAMI ISI HATIMU
KALAU SEKADAR MENGISI KEDAMAIANKU
AKU BUKAN MENDAKI GUNUNG HARAPAN
KALAU BUKAN TAKUT JATUH TERLENTANG
AKU BUKAN TAKUT TERJUN MENJUNAM
KALAU TAKUT AIR OMBAK MENDATANG.
fikir-fikirkanlan, sahabatku.
~salam ceria selalu
PERANG PEMIKIRAN
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."
Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH KAWAN-KAWAN SEMUA..TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA.
AMIINN.
"a man can falls many times in life but he's never a failure until he refuses to get up."
TANDA-TANDA KEMATIAN
(KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH
USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT
DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT,
KUALA LUMPUR)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3.Tanda 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Note : YA ALLAH SWT,
KEMBALIKANLAH AKU
DALAM KEADAAN
KAU REDHA
KESELURUHAN
KEHIDUPANKU, AMIN.
Wallahua`lam.
~salam ceria selalu
NASIHAT : PILIH SAHABAT
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
PNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka
melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan
yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna,
terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang
jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi,
daripadanya, pasti ia memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan
kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu
dia suka membantu dan meringankanmu
serta menghiburkanmu.
Kelima, pilihlah sahabat yang
jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja.
dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat
sesuatu persoalan yang berat
dia suka mengusahakannya dan
jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat
kita hendaklah memilih sahabat yang baik
agar segala matlamat dan hasrat
untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
~salam ceria selalu
UCAPAN "LAILLAHAILLALLAH"
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah
maka keluarlah dari mulutnya yang
menggucapkan perkataan yang mulia itu
seekor burung hijau. Maka burung hijau akan
naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy.
Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga
Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga
Arasy Allah memerintahkan kepada
burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak
dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan
yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang
menjaga Arasy mengadap Allah SWT
menceritakan kejadian itu. Maka Allah
memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam.
Apabila perintah itu diberitahu kepada
mereka. Maka berkatalah burung-burung itu
"Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah,
kami boleh mendiamkan diri kami tetapi
dengan satu permintaan".
Bertanyalah Malaikat "Apakah permintaan
mu itu?". Berkata burung-burung itu
"Jika Allah SWT ampunkan dosa-dosa
orang yang mengucapkan kalimah
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,
barulah aku akan tidak membuat bising
disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku
akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah
dan disampaikan permintaan tadi kepada
Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi
maha penyayang menerima permintaan
tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa
dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa Allah telah menerima permintaan
mereka. Maka dengan segera mereka
tidak membuat bising dan mereka
bergantungan di Arasy Allah swt sambil
berzikir dan memohon keampunan untuk
orang yang mengucap Lailahaillallah tadi
sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak
terlepaskan peluang yang diberi oleh
Allah swt itu. Dengan hanya mengucap
kalimat yang disukai oleh Allah SWT maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat.
Maha Suci Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
~salam ceria selalu
Subscribe to:
Posts (Atom)