Thursday, December 21, 2006

REUNION STTJ, SEREMBAN

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera buat semua Warga Ex-STTJ,

MEGA REUNION EX STTJ AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT :-

TARIKH : 27 JANUARI 2007 (Sabtu)
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, SEKOLAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR (STTJ)
MASA : 08:00 MALAM (DINNER) - T/MALAM
PAKAIAN : BATIK (Terbuka untuk bekas pelajar & pasangan saja)

TARIKH : 28 JANUARI 2007 (Ahad)
TEMPAT : PADANG, SEKOLAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR (STTJ)
MASA : MULA 08:00 PAGI - PETANG
PAKAIAN : PAKAIAN SUKAN (BEBAS)

ATURCARA : SUKANIKA & TELEMATCH (DEWASA & KANAK-KANAK)
PERLAWANAN PERSAHABATAN (DEWASA SAHAJA)

MENU & ATURCARA MAJLIS AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA AJK BERTUGAS. SEBANYAK 50 BUAH BILIK (STANDARD ROOM) TELAH AKAN DISEDIAKAN DI ALSON KLANA UNTUK TEMPAHAN. HARGA SEBILIK AKAN DINAKLUMKAN KEMUDIAN APABILA TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA PIHAK ALSON KLANA.

BAYARAN : BEKAS PELAJAR - RM100.00 seorang
PASANGAN - RM50.00 seorang
KANAK-KANAK - PERCUMA

Note : Bayaran adalah termasuk kos-kos program pada 27 & 28 Januari 2007 seperti makan, minum, hadiah, katering, sewa peralatan, percetakan, alatulis, perhubungan dan lain-lain. Wakil daripada setiap batch perlu dilantik bagi mengutip dan mengumpulkan bayaran yang dikenakan. Akaun bank akan dibuka bagi memudahkan segala urusan pembayaran dilakukan.

Satu mesyuarat ke-3 akan diadakan sebagaimana berikut :-

TARIKH : 05 JANUARI 2007 (JUMAAT)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
MK Planning Consultations
No 27, Jalan 9/2,Taman IKS Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
MASA : 08:30 MALAM

NOTE : SEMUA WAKIL BATCH (5 ORANG) DAN AJK YANG TELAH DILANTIK/DIPILIH SEBELUM INI DIMINTA HADIR UNTUK MENYELARAS DAN MENJAYAKAN PROGRAM YANG DIRANCANGKAN.

Diharap semua wakil batch 1975-2006 dapat menghantar wakil (sekurang-kurangnya 2 orang) untuk menyelaras dan menjalan program-program yang telah dirancangkan. Pihak AJK memerlukan kerjasama daripada semua wakil-wakil batch untuk hadir supaya majlis MEGA REUNION STTJ dapat diurus dan dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Wakil-wakil daripada batch berikut masih belum memberikan nama 2 wakil iaitu :-
1. Batch 1985 - 1986
2. Batch 1988 - 1989
3. Batch 1989 - 1990
4. Batch 1991 - 2000
5. Batch 2002 - 2006

Diharap kerjasama daripada semua bekas-bekas pelajar yang masih belum menghantar wakil untuk melantik 2 orang wakil untuk menghadirkan diri bagi sesi ke- 3 mesyuarat Mega REUNION STTJ supaya semua program yang sedang diatur dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur. Nama 2 orang wakil yang masih belum memberikan nama diminta berhubung dengan saya, Mansor Bin Adam untuk sebaran maklumat lanjut wakil batch.

Kepada rakan-rakan lain yang dapat saudara/i hubungi, sila panjangkan emailkan ini kepada mereka dan maklumkan saya no telefon dan email untuk tindakan susulan saya nanti. Setakat ini seramai 80 orang telah mendaftarkan diri didalam rekod saya. Sila maklumkan saya jika ada
perubahan/kesilapan.

IKHLAS DARIPADA :
MANSOR BIN ADAM
mansoradam@gmail.com
mansor_adam@yahoo.com

WAKIL STTJ - BATCH 87/88

STTJ - KENANGAN YANG TERINDAH

~salam ceria selalu

1 comment:

otaistillkick said...

salam buat teman dari http://smttjs.ning.com