Monday, December 11, 2006

CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak ada tempat duduk."

Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yang kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sangat, mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak ditengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . takada air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya.

Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


~salam ceria selalu

No comments: