Saturday, October 21, 2006

JIKA AKU JATUH CINTA LAGI

Jika Aku Jatuh Cinta Lagi

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.


Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada ketaatan pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.


Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Note : - Bila kita mencintai yang lain,Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang.... padamu
Ya-ALLAH Rabbul Jalil.
Amin....!
~salam ceria selalu

3 comments:

MANSOR PGTM said...

Cintaku hanya padaNYA
Kerana cinta padaNYa akan kekal untuk selamanya, insya'ALLAH.

ummiraihan said...

Tiada cinta yang agung setanding cinta kepada Allah kerana Dia tidak pernah melupakanmu dan meninggalkan kamu dalam keadaan apa jua. Hanya Dialah tempat kamu mengadu dan mencurahkan segala isi hati yang tidak mungkin terungkap kepada orang lain.

MANSOR PGTM said...

Terima kasih Norihan atas komen anda. Saya amat bersetuju dengan kamu... kerana rasa cinta pada-Nya sahajalah yang akan kekal selamanya. Semoga kita semua tidak lalai pada cinta manusia yang bersifat sementara ini, insya'ALLAH.