Monday, August 02, 2010

ION NEGATIF




Pencemaran industri, pemancaran automobil, peralatan elektrik yang menghasilkan impuls elektromagnet, bahan kimia dari bahan pembinaan, dan sebagainya mengandungi ion positif dalam jumlah yang sangat besar. Ini memberi kesan buruk terhadap keseimbangan ion dalam badan manusia.

Mengapa kita memerlukan banyak ion negatif? Mengapa ion negatif menyegarkan kita? Jawapannya mudah sahaja iaitu kita perlu banyak ion negatif bagi menyeimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif.

Ion negatif menjadikan darah kita mengalir lebih lancar. Ini adalah kerana ion negatif akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita. Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan toksik yang menyebabkan berlakunya kanser mempunyai kandungan ion positif yang banyak seperti kandungan toksik pada asap rokok dan sinar ultra ungu.

Ion Negatif Mengurangkan Sakit Otot.
Ion negatif dapat meneutralkan asid laktik dan juga membantutkan pengeluaran “oksigen aktif” dan radikal bebas untuk mengurangkan bahan atau toksin yang menyebabkan keletihan atau penyakit.

Mengubah Keadaan Berasid kepada Keadaan Lebih Beralkali
Pencemaran udara dan sinar U.V meningkatkan ion positif di dalam atmosfera, menyebabkan pengasidan badan. Ini merupakan salah satu punca penyakit kronik pada zaman moden ini. Ion negatif mampu mengubah keadaan dalaman badan kepada keadaan lebih beralkali lalu memperbaiki metabolisme badan.

Memperbaiki Kualiti Tidur.
Ion negatif dapat mengatur keseimbangan sistem saraf, memperbaiki peredaran darah, dan mengurangkan tekanan yang menghasilkan tidur yang lebih berkualiti.

Meneutralkan Radikal Bebas kepada Bahan Tidak Berbahaya.
Oksigen yang menjadi keperluan utama kita mempunyai peluang untuk bertukar menjadi radikal bebas yang berbahaya. 2 hingga 3% udara yang disedut akan menjadi bahan berbahaya termasuk toksin daripada pencemaran seperti klorin, asap, dan sebagainya. Radikal bebas boleh menyebabkan kita berdebar dan mengurangkan kebolehan semulajadi kita untuk sembuah dari penyakit. Disebabkan kekurangan elektron dalam strukturnya, radikal bebas menjadi sangat tidak stabil. Sebaliknya, ion negatif mempunyai lebih elektron yang membolehkan ia meneutralkan radikal bebas dengan mendermakan elektronnya. Ini akan mengubah radikal bebas tadi menjadi bahan yang tidak berbahaya.

Membersihkan darah.
Ion negatif dapat meningkatkan fungsi lima faktor utama dalam darah (Nitrogen,oxygen, calcium, sodium dan potassium) sehingga menjadikan darah kita menjadi lebih bersih dan lancar.

Memperbaiki sel.
Tubuh manusia dianggarkan mempunyai 6 trilion sel, dan jika tubuh dan darah kita dapat menerima jumlah ion negatif yang cukup, maka pergerakan sel akan menjadi lebih aktif, dan ion negatif membantu menyediakan nutrisi keseluruh sel didalam tubuh, dengan gerakan ini maka sel yang sakit dan sel yang sudah mati akan diperbaiki semula, serta akan meningkatkan kalsium sehingga otot akan bergerak lebih aktif terutama otot jantung.

Peningkatan daya tahan tubuh adalah ion negatif meningkat dalam tubuh manusia maka secara langsung akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh terutama dari virus dan bakteri.

Kemampuan menyesuaikan sistem saraf
Sistem saraf secara langsung akan mengawal tubuh tanpa disedari, jumlah ion negatif akan membantu kemampuan sistem saraf dalam menjalankan tugasnya terutama dalam mengawal darah dan organ-organ tubuh kita yang lain sehingga tubuh akan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Mengurangkan rasa sakit.
Ion negatif akan meningkatan ionisasi serta membantu memulihkan tubuh dari lesu, letih dan lemah serta mengembalikan keadaan seperti sediakala, sama baiknya ketika sel tubuh kita membuat orang yang sakit kembali menjadi sihat, peredaran darah semakin baik, dan menghilangkan rasa sakit.

No comments: