Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Wednesday, August 04, 2010
JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU
Jika isteri menangis dihadapanmu
hargailah ia sebelum terlewat
Jika aseorang isteri menangi dihadapanmu
Itu bererti dia tidak dapat menahannya
Jika kau tak hargai tangisan seorang isteri dihadapanmu
janganlah kau kata kau telah setia menyanjungi hati sucinya
saat dia menerima mu sebagai suami
saat dia melahirkan zuriatmu yang comel
saat susah mu dia di sisi
saat senang mu dia gembira sekali
dan janganlah kau letakkan hatinya
dalam daerah yang paling sunyi
dalam hati keras mu yang tak pernah hargai
pada apa isterimu tangisi dihadapanmu.
Jika kau tak hargai tangisan seorang isteri dihadapanmu
janganlah kau sakiti hati sucinya lagi
dengan dusta dan puramu seorang suami
yang meletakkan tangisan isterimu
dalam dasar yang sepi tak berpenghuni
layarilah ia dengan bahagia dan tawamu
bawakan dia dalam lena panjang mu
agar kau dan dia, suami dan isteri yang tahu
saling hargai dan kasihi....
roxannezy
04/08/2010
08:30 pm
bukit jelutong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment