Thursday, November 30, 2006

















PROLOG BUAT SI "CHOMOT"KU
(ikhlas : Syed Omar Huzaimi Alqudcy)


AKU BUKAN MENCARI SUATU YANG TAK PASTI
SEKADAR INGIN MENCARI PERSAHABATANMU
AKU BUKAN MENCARI YANG TELAH HILANG
KALAU IANYA TIDAK BERNILAI DAN TIADA HARGA
AKU BUKAN MENYELAMI ISI HATIMU
KALAU SEKADAR MENGISI KEDAMAIANKU
AKU BUKAN MENDAKI GUNUNG HARAPAN
KALAU BUKAN TAKUT JATUH TERLENTANG
AKU BUKAN TAKUT TERJUN MENJUNAM
KALAU TAKUT AIR OMBAK MENDATANG.
fikir-fikirkanlan, sahabatku.
~salam ceria selalu

PERANG PEMIKIRAN


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."
Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH KAWAN-KAWAN SEMUA..TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA.
AMIINN.

"a man can falls many times in life but he's never a failure until he refuses to get up."

TANDA-TANDA KEMATIAN



(KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH

USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT
DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT,
KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3.Tanda 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Note : YA ALLAH SWT,
KEMBALIKANLAH AKU
DALAM KEADAAN
KAU REDHA
KESELURUHAN
KEHIDUPANKU, AMIN.


Wallahua`lam.


~salam ceria selalu

NASIHAT : PILIH SAHABAT





Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat



PNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka
melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan
yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang
jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan
kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu
serta menghiburkanmu.

Kelima, pilihlah sahabat yang
jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat
dia suka mengusahakannya dan
jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat
kita hendaklah memilih sahabat yang baik
agar segala matlamat dan hasrat
untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
~salam ceria selalu

UCAPAN "LAILLAHAILLALLAH"



Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah
maka keluarlah dari mulutnya yang
menggucapkan perkataan yang mulia itu
seekor burung hijau. Maka burung hijau akan
naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy.
Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga
Arasy Allah memerintahkan kepada
burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak
dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan
yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang
menjaga Arasy mengadap Allah SWT
menceritakan kejadian itu. Maka Allah
memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam.
Apabila perintah itu diberitahu kepada
mereka. Maka berkatalah burung-burung itu
"Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah,
kami boleh mendiamkan diri kami tetapi
dengan satu permintaan".
Bertanyalah Malaikat "Apakah permintaan
mu itu?". Berkata burung-burung itu
"Jika Allah SWT ampunkan dosa-dosa
orang yang mengucapkan kalimah
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,
barulah aku akan tidak membuat bising
disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku
akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah
dan disampaikan permintaan tadi kepada
Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi
maha penyayang menerima permintaan
tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa
dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa Allah telah menerima permintaan
mereka. Maka dengan segera mereka
tidak membuat bising dan mereka
bergantungan di Arasy Allah swt sambil
berzikir dan memohon keampunan untuk
orang yang mengucap Lailahaillallah tadi
sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak
terlepaskan peluang yang diberi oleh
Allah swt itu. Dengan hanya mengucap
kalimat yang disukai oleh Allah SWT maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat.
Maha Suci Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
~salam ceria selalu

MENGAPA PERLU BERJEMAAH DIMASJID


Sabda Rasulullah: "Sesunggguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia, sepertimana serigala yang menyerang kambing-kambing yang terpisah dari kumpulannya. Maka hati-hatilah kamu, jangan menyendiri di lembah-lembah tetapi hendaklah menyertai jemaah dan berada di masjid".

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas : "Demi Keagungan dan KebesaranKu,jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi, lalu Aku melihat mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu (masjid), dan yang saling kasih keranaKu, dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam, maka aku elakkan azab itu dari mereka."

~salam ceria selalu


Moga-moga kita dapat kongsikan bersama. InsyaALLAH.


Doa kepada ibubapa kita.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka
rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya
sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku izinkanlah mereka memberi
syafa'at untukku tetapi jika sebaliknya,
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at
untuk mereka, sehingga kami semua
berkumpul Bersama dengan santunan-Mu
di tempat Kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu Ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia Maha Agung Serta anugerah yang
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha
Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin.


Nota :
Marilah kita kenangkan dosa kita
kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.

Istighfarlah...! Istighfarlah.....!

Barangsiapa yang matanya pernah sinis
melihat orang tuanya. Atau kata-katanya
sering mengguris hatinya, atau yang
jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

~salam ceria selalu

SUAMI CEMERLANG KELUARGA GEMILANG



Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri Langkah Bestari Suami Mithali
( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)


1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.
Di luar dan di dalam rumah serupa.
50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


~salam ceria selalu

10 AMALAN TERBAIK TAPI 'TERBALIK'


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.


Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnyakalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

(Riwayat Bukhari)

~salam ceria selalu

MEMBANTU MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Nordin . Semoga ilmu ini dapat lagi
dihebah-hebahkan kepada semua saudara seIslam kita yang lain moga kita dapat
sama-sama mempraktikkannya .

BAGAIMANA /APA HARUS KITA LAKUKAN BAGI MEMBANTU IBU / BAPA, SAUDARA-MARA / KAWAN-KAWAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ( BERADA DI ALAM BERZAKH) .

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, TERDAPAT 3 CARA KITA BOLEH MEMBANTU
ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :-

1. Bantuan oleh anak kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.

2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak
pahala akan terus berpanjangan.


SEBAGAI SEORANG ANAK :-
Rasulullah S.A.W telah mengingatkan terdapat 7 perkara harus dilakukan oleh seorang anak bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.

i. Hendaklah sianak itu sendiri yang menjadi Imam untuk Solat Jenazah Ibu / Bapanya. Rasionalnya, semasa solat jenazah tersebut ada doa maka sudah pastinya doa sianak serta diaminkan para jemaah lain terlebih mustajab/afdal berbanding bila jenazah diimamkan oleh orang lain yang tiada kena-mengena . Tambahan pula pahala kebajikan daripada solat itu tadi akan terus sampai kepada Ibu /Bapa yang telah meninggal dunia tadi.

ii. Sentiasa mendoakan kepada ibu/bapa.
Selain berdoa setiapkali selepas solat fardhu, kita boleh juga amalkan berdoa. Contohnya -agar semua dosa-dosa lalu ibu/ bapa diampunkan Allah SWT tak kira masa sepanjang ibu/bapa masih hidup dahulu.

iii. Sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu/bapa ketika hayatnya. Rajin-rajin pergi ziarah ke rumah / hadiri kenduri-kendara, bantu sahabat / kawan-kawan mereka terdahulu. Bertanya khabar dan teruskan silaturrahim yang terjalin sebelum ini. Setiapkali kita menziarahi kenalan lama mereka, pahala tersebut akan dapat/sampai kepada Allahyarham/Allahyarhamah secara terus, InsyaAllah.

iv. Membayar nazar puasa / hajat yang masih tertangguh.
Sekiranya semasa hayat mereka pernah bernazar puasa dan kita tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka kita wajib menggantikan puasanya. Hanya Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya ibu/bapa yang meninggal dunia tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan, maka sianak boleh membayar fidyah saja, sekiranya sianak tak mampu nak mengqada’kan puasa bagi pihak arwah. Atau, jika kita tahu arwah ada hajat nak bantu jiran/kawannya sekiranya ada rezeki lebih(Contoh yang diberikan Ustaz : Niatnya sebelum ini kalau dapat duit KWSP nak tolong jiran buat tangga baru .Sianak haruslah bantu jiran tersebut bagi memberitahu hajat mereka yang tak sempat ditunaikan semasa ibu/bapa masih hidup).

v. Gantikan haji bagi ibu / bapa yang tak sempat tunaikan ibadah haji.
Upah haji untuk ibu / bapa yang tak berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya.

vi. Buat amal soleh dan kebajikan dan niatkan untuk mereka.
Setiap kali kita bersedeqah , mengaji, dan lakukan sesuatu kebajikan, selalulah NIATKAN sekali untuk mereka. Pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara langsung (sepantas cahaya) dan akan berpanjangan pahalanya.

vii. Menunaikan janji mereka.
Menunaikan janji-janji yang kita ketahui mereka tak sempat ditunaikan.

SEBAGAI SEORANG KAWAN /SAUDARA :-
1. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut.
Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklah kita membaca talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut / mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok / tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombak-ombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat juga amalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa
proses nyawa ditarik keluar daripada jasad.

ii. Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka.
Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu mereka tak sempat jelaskannya. Contohnya , kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya. Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yang tak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai.


BANTU DIRI SENDIRI
i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah.
Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akan berpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz : Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah.
WALLAHU ALAM
~salam ceria selalu

Thursday, November 23, 2006

DARI MEJA PENGARANG


Assalamualaikum wbt, buat semua pembaca dan peminat laman blog saya, BICARA SEPI BUAT TEMAN' ini. Saya memohon ribuan kemaafan kerana telah hampir 2 minggu tidak ada sebarang berita dan cerita yang dapat dikongsikan bersama-sama kalian semua.

Bukan tiada bahan, bukan tiada cerita
Tetapi masa dan kesempatan yang tidak mengizinkan.
Masa begitu cemburukan saya untuk menulis dan berkongsi cerita.

Ini semua gara-gara kesibukan tugasan harian di pejabat yang agak memberatkan dengan deatline yang begitu menyesakkan.

Dalam kesibukan ini, sempat juga saya selitkan 4 cerita buat tatapan semua. Semoga ianya bermanfaat untuk kita sama-sama baca dan renung-renungkan. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Sudi-sudikanlah memberikan pandangan dan komen demi memperbaiki kekurangan diri yang ada, insya'ALLAH. Kepada yang selalu memberikan respon, komen, pandangan dan nasihat... terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda semua.

Semoga semua diberkati ALLAH swt.


Salam ceria selalu daripada saya.... ROXANNEZY.

ARE YOU A GOOD LEADER?



Are You A Good Leader?

Why....Read below 5 secrets being a GOOD LEADER:



1. Leaders Build Relationships with People - Network marketing success is built on good relationships and leaders know that to be a success you must understand how to really connect with people. People like to do business with people that they like and trust. People know when someone really cares about them and their success and when the don't. It's been said before - if you help enough people to get what they want - you'll get what you want. Leaders know that building relationships takes time and effort, but it's an investment in your future and theirs.


2. Leaders Stay Connected - Regular communication is essential to building a business. Leaders keep in contact in a variety of ways using newsletters, telephones, e-mail etc. They know that staying connected with their downline is one of the most important responsibilities of being a good upline leader and that regular communication shows the commitment they have to their downline's success.


3. Leaders Keep Learning - Leaders know that they should always keep learning so they can continue to improve their leadership and business building skills. Leaders are constantly reading books, magazines and newsletters, listening to tapes and sharing what they learn with their downlines.


4. Leaders Take Time for Themselves - Taking time off to replenish your batteries is a must for Leaders. They know that taking short vacations, exercising, doing something fun with their families or having a hobby helps them to relax and stay healthy and energized so they can keep themselves and their business in top shape. One of my rejuvenation secrets is to go to one of the major hotels close to my home nor a day or two for a mini vacation (you feel like you've been far away from everything even if you are only a few miles away from home).


5. Leaders are Good Listeners - Leaders listen to people and really hear what they say about what's important to them and what their goals are. They know that if they find out what motivates their downline, they can help them to achieve their goals.


So GUYS....stay FOCUS and MOVE FORWARD and DO NOT LOOK BACK as THERE IS NO WAY HOME ....YOU COULD ONLY SEE FORWARD, FORWARD and FORWARD.


~ one of the harde
st things you'll ever have to do is stop loving someone because they've stopped loving you......LoVeLyN ~

~salam ceria selalu

IBLIS MENANGIS PABILA MANUSIA BERSALAMAN



RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."


Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."


Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?"


Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."


Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"


Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:-

* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.

* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.

* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."


Note : Bagi yang bukan muhrim, adalah berdosa untuk bersalaman kerana bersentuhan tangan adalah kemaksiatan yang terang lagi nyata.


~salam ceria selalu

DOA BUAT KEDUA IBU DAN BAPAKU





Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.



Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan0
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
Kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau
Hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Jadikanlah itu semua penyebab hilangnya dosa-dosa mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.



Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.



Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
Di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu
Keampunan-Mu serta Rahmat-Mu.



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



Amin Ya Rabbul Alamin.




~salam ceria selalu


PESAN ROH KEPADA MANUSIA



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.


Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.


Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.


" Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Nota :- Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.


~salam ceria selalu

Thursday, November 16, 2006

SEDEKAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR





1. Berikan Al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak ilmu yang beik dan bermanfaat.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a dan sesiapa yang membaca, menghafal dan mengamalkannya, anda akan mendapat hasanah.
7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan) .
8. Tempatkan water cooler di tempat umum, sesiapa yang meminumnya, anda akan mendapat hasanah.

9. Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, anda dapat hasanah.

Semoga amal kita diberkati ALLAH swt dan diberikan hasanah yang berpanjangan jika ikhlas, insya'ALLAH.


~salam ceria selalu

Tuesday, November 14, 2006

PEDOMAN BUAT SANG PENCINTA



Ingatan dan doa buat teman2 yang sedang asyik memadu kasih...semoga kita tak terlupa PENCINTA kita yang benar2 sejati...Ingatan buat diri ini yang terkadang selalu tergelincir.


"Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!.


Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!


Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!.


Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti.


Amin.


~salam ceria selalu

PAGI ISLAM, PETANG KAFIR.... NAU ZUBILLAH!





Pernahkah anda terfikir tentang


BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakan Yahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew".

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dan saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebih terancang, lebih terperinci lagi.Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.

Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi.

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam. "Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati. 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY. Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke Tanah Melayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannya makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekas kuburnya di Bukit St. Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian di Melaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubaligh Kristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.
Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai.
Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI. Justeru itu, mereka mengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnya mesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat REVOLUSI untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pula...
Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Kerna itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg ni kepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, tolong panjangkan(forward) mesej ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari- cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tp kebanyakan kita buat tak kisah, tak sedar, pentingkan diri sendiri... Fikir-fikirkanlah.
~salam ceria selalu

SIAPA YANG TAHU MAKSUD ALLAH SWT?



Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang kawan untuk dikongsi bersama.


Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.


Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.


Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.


Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.


Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.


Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.


Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"


Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"


"Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"


Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.


Pelajaran pertama adalah:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.


Pelajaran kedua adalah:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita.Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.


Pelajaran ketiga adalah:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.


Pelajaran keempat adalah:
Siapa yang tahu maksud Allah?


WALLAHU ALAM.


~salam ceria selalu