Wednesday, November 01, 2006

KISAH 'KASIH SAYANG', 'KEJAYAAN' dan 'KEKAYAAN'

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya
apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut
panjang danberwarna putih sedang duduk
dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali
anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti
sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan
makan sesuatu."


"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,
wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan
menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki
tua itu masuk ke dalam.


"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama"
mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin
tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk
kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan,
dan saya adalah Kasih Sayang."


Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke
dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak,
siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput
ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam
dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya
berasa sungguh gembira.


"Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah
Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita
dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput
Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga
sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah
yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih
Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan
Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata
suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu
kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki
tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih
Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang
bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua
lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat,
wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu
juga ikut sekali?"


Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada
Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar,
tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang,
kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya.


Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada
Kekayaan dan Kejayaan!"


~salam ceria selalu
http://bicara-sepi-buat-teman.blogspot.com
roxannezy

1 comment:

Anonymous said...

whichyou advicercn capped recruitment stocks gentle could greetham claudius calibrated scottthe
lolikneri havaqatsu