Sunday, November 05, 2006

PANDANGAN IKHLAS DARIPADA NORIHAN

Berikut adalah kata-kata yang saya terima daripada Norihan berkaitan blog saya dibawah tajuk :"Antara Kereta Sport dengan Sebuah Al-Quran." Terima kasih atas pandangan anda. Cukup menyentuh perasaan dan sarat dengan moral dan nasihat baik untuk semua.
~salam ceria selalu, roxanney

"Anak-anak ialah permata hati, jadi gilaplah ia saban hari agar sentiasa memancarkan cahaya yang gemilang.Anak-anak akan membesar mengikut acuan atau caragaya pendidikan yang mereka terima sejak kecil. Jika sejak kecil kita tarbiahkan mereka dengan solat dan ilmu agama, kita kenalkan mereka dengan Allah dan Rasul nescaya itulah pegangan mereka sepanjang proses pembesaran sehinggalah memasuki alam dewasa. Akan tetapi seandainya kita hanya melambakkan mereka dengan kemewahan dunia dan keseronokan duniawi semata-mata maka apabila mereka dewasa kelak, berlapang dadalah dengan segala kerenah dan kedurhakaan yang bakal mereka hadiahkan untuk kita nanti.Sesungguhnya inilah hasil tanaman yang perlu kita tuai. B eristighfarlah sekarang daripada kita beristighfar pada hari esok."
~norihan.

No comments: