Thursday, November 09, 2006

KAK LANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL LAGI


Assalamulaikum wbt.


Kepada rakan-rakan semua, disini saya ingin memohon kemaafan kerana tidak mengemaskinikan blog saya. Masa yang tidak mengizinkan saya biarpun banyak cerita yang boleh dikemaskinikan.


Untuk makluman, anak ke tiga saya Mirza Syazreen Nafisah (Kak Lang) telah sekali lagi dimasukkan ke dalam hospital sejak pagi Khamis disebabkan masalah usus dan cirit-birit berdarah. Kak Lang kan genab berusia 5 bulan pada 11/11/2006 nanti (Sabtu) tetapi ini merupakan kali ke 3 Kak Lang ditahan wad akibat pelbagai penyakit.


Pertama dalam usia baru 2 bulan dulu untuk melakukan pembedahan usus dan pusat yang terkeluar jika dia menangis terlalu kuat di PUSRAWI Kuala Lumpur. Kos pembedahan hampir 2 ribu ringgit. Alhamdulillah, keadaan pusat Kak Lang baik selepas itu.


Kemudian, kali ke dua 5 hari 4 malam juga di PUSRAWI Kuala Lumpur akibat batuk kuat berpanjangan dari 19-23 Oktober 2006 yang lepas. Sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri barulah Kak Lang dibenarkan keluar wad tetapi keadaan Kak Lang pada masa itu masih batuk sikit (tak serius). Kos rawatan yang dikenakan oleh pihak PUSRAWI +/- RM2,100. Masay'ALLAH, tingginya kos rawatan di hospital pakar. Tak mengapa, asalkan Kak Lang segera sembuh. Saya dan isteri pula yang menjangkit... batuk dan demam sepanjang menyambut minggu raya yang lepas.


Dan kali ketiga sekarang ni.... setelah klinik panel merujuk kes Kak Lang ke hospital disebab keadaan darah yang keluar bercampur dengan najis setiap kali Kak Lang buang air besar. Keadaan Kak Lang aktif.......sentiasa senyum, bergerak, makan berselera, selalu bercakap ...(dalam bahasa dialah...!!!!) tak menggambarkan dia sedang sakit. Tetapi setiap kali buang air besar, akan keluar sama darah dan lendir.


Semalam doktor sudah mengambil sampel najis, lendir dan darah yang keluar dan keputusan analisis dijangka akan diketahui lewat petang jumaat nanti. Lebih kurang jam 4-5 petang nanti. Malam tadi hanya isteri saya yang menjaganya di wad disebabkan peraturan hospital yang hanya membenarkan seorang sahaja menemani pesakit. Mungkin hospital kerajaan, semuanya peraturan diseragamkan begitu, agaknya. Jadi lepas jam 10:00 malam saya kembali ke Rawang meninggalkan anak dan isteri sahaja di wad. Lagipun 2 lagi anak kami ada dirumah.


Insya'ALLAH hari Jumaat esok, saya akan kembali ke wad menemani mereka hingga malam. Tambahan pula untuk mengetahui keputusan analisisi najis tadi. Semoga keputusan doktor tidak melibatkan penyakit atau jangkitan yang kritikal, insya'ALLAH.


Kepada keluarga dan kawan-kawan sepejabat dan yang mengenali kami sekeluarga, terima kasih atas semua bentuk ucapan takziah dan kata-kata semangat dan dorongan supaya kami bersabar dengan dugaan ALLAH swt pada Kak Lang. Semua bentuk dorongan, kakat-kata semangat dan doa samada ada dalam bentuk sms, email atau telefon sudah cukup memberi kami sekeluarga kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ALLAH swt ini. Apatah lagi yang telah sudi datang ke hospital meluangkan masa walaupun seminit, besarlah harapan dan impian kami agar doa dan permohoan kamu semua moga-moga dirahmati dan diredhai oleh ALLAH swt. Semoga Kak Lang segera sembuh dan terhindar dari segala bentuk penyakit yang kritikal mahupun tidak.


Kami sekeluarga amat menyayangi Kak Lang.... ayah, ibu Kak Long dan Kak Ngah sentiasa ingin melihat Kak Lang ceria dan gembira selalu. Semoga Kak Lang segera sembuh.


Kak Lang, ayah, ibu, Kak Long dan Kak Ngah sayangkan kamu.....!

Note : Saya akan kembali bertugas setelah keadaan Kak Lang kembali normal dan sihat. Jika ada kesempatan dan keluangan masa saya akan kemaskinikan blog saya..... terutamanya keadaan terkini Kak Lang, insya'ALLAH.


Wassalam.


~salam ceria selalu.

No comments: