Sunday, November 12, 2006

BAGAIMANAKAN SOLAT KITA?





Nota ini saya terima dari rakan saya. Rasanya sesuai
untuk bahan bacaan kita hari nie.
Sekadar proses ulangan untuk kita semua.
Semoga kita boleh mencapai peringkat solat yang diterima oleh Allah S.W.T.

Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin
meningkat amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat,
sekarang ni semakin rajin mencecah dahi ke sejadah.

Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat.
Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima,
1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3
lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.

Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang
langsung? Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi
dalam neraka. Anyway mari kita sama-sama muhasabah
diri kita sendiri, apakah 7 peringkat sembahyang ini:-

1. Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun
dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak
belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya
tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan
ataupun baca surah yang panjang.

2. Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir
'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap
melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun
boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah
banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-tiba saja dah
toleh kanan, toleh kiri........selesai.
Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan
hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang
yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang,
tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya
nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan
member-member dan sebab-senan yang lain.
Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan
keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal
dengan bersungguh-sungguh kerana ALLAH swt

4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa
ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam
sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat
disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak.
Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh
berperang dengan syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak
azab. Orang kategori ini kena banyak beristighfar dan
perbaiki lagi amalan ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut
oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat
sembahyang tidak terasa olehnya.
Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu
diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga
dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan
keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan.
Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah
diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar
lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan
dinikmati rasanya.
Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat dan
rahmat bersembahyang yang tidak terucap juga akan
dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam
keagungan Allah swt, tak dapat tergambar keindahan
dan kenikmatannya.

So, tingkat mana solat kita?
Wallahua'lam.


~salam ceria selalu

No comments: