Thursday, November 30, 2006

MEMBANTU MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Nordin . Semoga ilmu ini dapat lagi
dihebah-hebahkan kepada semua saudara seIslam kita yang lain moga kita dapat
sama-sama mempraktikkannya .

BAGAIMANA /APA HARUS KITA LAKUKAN BAGI MEMBANTU IBU / BAPA, SAUDARA-MARA / KAWAN-KAWAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ( BERADA DI ALAM BERZAKH) .

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, TERDAPAT 3 CARA KITA BOLEH MEMBANTU
ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :-

1. Bantuan oleh anak kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.

2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak
pahala akan terus berpanjangan.


SEBAGAI SEORANG ANAK :-
Rasulullah S.A.W telah mengingatkan terdapat 7 perkara harus dilakukan oleh seorang anak bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.

i. Hendaklah sianak itu sendiri yang menjadi Imam untuk Solat Jenazah Ibu / Bapanya. Rasionalnya, semasa solat jenazah tersebut ada doa maka sudah pastinya doa sianak serta diaminkan para jemaah lain terlebih mustajab/afdal berbanding bila jenazah diimamkan oleh orang lain yang tiada kena-mengena . Tambahan pula pahala kebajikan daripada solat itu tadi akan terus sampai kepada Ibu /Bapa yang telah meninggal dunia tadi.

ii. Sentiasa mendoakan kepada ibu/bapa.
Selain berdoa setiapkali selepas solat fardhu, kita boleh juga amalkan berdoa. Contohnya -agar semua dosa-dosa lalu ibu/ bapa diampunkan Allah SWT tak kira masa sepanjang ibu/bapa masih hidup dahulu.

iii. Sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu/bapa ketika hayatnya. Rajin-rajin pergi ziarah ke rumah / hadiri kenduri-kendara, bantu sahabat / kawan-kawan mereka terdahulu. Bertanya khabar dan teruskan silaturrahim yang terjalin sebelum ini. Setiapkali kita menziarahi kenalan lama mereka, pahala tersebut akan dapat/sampai kepada Allahyarham/Allahyarhamah secara terus, InsyaAllah.

iv. Membayar nazar puasa / hajat yang masih tertangguh.
Sekiranya semasa hayat mereka pernah bernazar puasa dan kita tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka kita wajib menggantikan puasanya. Hanya Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya ibu/bapa yang meninggal dunia tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan, maka sianak boleh membayar fidyah saja, sekiranya sianak tak mampu nak mengqada’kan puasa bagi pihak arwah. Atau, jika kita tahu arwah ada hajat nak bantu jiran/kawannya sekiranya ada rezeki lebih(Contoh yang diberikan Ustaz : Niatnya sebelum ini kalau dapat duit KWSP nak tolong jiran buat tangga baru .Sianak haruslah bantu jiran tersebut bagi memberitahu hajat mereka yang tak sempat ditunaikan semasa ibu/bapa masih hidup).

v. Gantikan haji bagi ibu / bapa yang tak sempat tunaikan ibadah haji.
Upah haji untuk ibu / bapa yang tak berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya.

vi. Buat amal soleh dan kebajikan dan niatkan untuk mereka.
Setiap kali kita bersedeqah , mengaji, dan lakukan sesuatu kebajikan, selalulah NIATKAN sekali untuk mereka. Pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara langsung (sepantas cahaya) dan akan berpanjangan pahalanya.

vii. Menunaikan janji mereka.
Menunaikan janji-janji yang kita ketahui mereka tak sempat ditunaikan.

SEBAGAI SEORANG KAWAN /SAUDARA :-
1. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut.
Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklah kita membaca talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut / mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok / tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombak-ombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat juga amalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa
proses nyawa ditarik keluar daripada jasad.

ii. Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka.
Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu mereka tak sempat jelaskannya. Contohnya , kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya. Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yang tak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai.


BANTU DIRI SENDIRI
i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah.
Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akan berpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz : Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah.
WALLAHU ALAM
~salam ceria selalu

No comments: