Sebuah lagu yang penuh dengan harapan dan impian buat bangsa melayu fikir dan renung-renungkan. Liriknya baik, puitis dan tersirat seribu makna dan harapan. Fikir-fikirkanlah wahai bangsa kesayangaku, bangsa MELAYU.
Anak kecil main api,
terbakar hatinya yg sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesama lah kita,
cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan orang lain
peribumi merintih sendiri
Kini kita cuma tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai, teruskan usaha,
Melayu kan gagah di Nusantara.
Note : Bangsa yang lemah adalah bangsa yang tidak mahu memperbaiki kekurangan mereka. Dan bangsa yang kuat adalah bangsa yang sentiasa mahu mencari ilmu dan kecemerlangan diri.
~salam ceria selalu
No comments:
Post a Comment