RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."
Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."
Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?"
Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:-
* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.
* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.
* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."
Note : Bagi yang bukan muhrim, adalah berdosa untuk bersalaman kerana bersentuhan tangan adalah kemaksiatan yang terang lagi nyata.
~salam ceria selalu
No comments:
Post a Comment