Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Thursday, July 29, 2010
YAKINLAH, ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM PADA MANUSIA
Pernah ada seorang pemuda datang menghampiri saya dan mengatakan, 'Kenapa hidup saya selalu tidak beruntung, wajah saya terbilang jelek, saya miskin, tidak memiliki teman, saya kalau berjalan terlihat aneh, saya selalu gugup berkumpul dengan orang banyak. Saya ingin tampil percaya diri, banyak teman, tidak gugup. Saya ingin sempurna, saya ingin bahagia.'
Itulah gambaran, apabila kita mengejar impian tidak tercapai, hidup kita menjadi terasa hina, jatuh dan tersungkur. Kepercayaan diri juga ikut terjatuh, yang dirasakan hidupnya semakin jauh dari harapan yang diinginkannya kerana disebabkan ketidaksempurnaan yang ada pada dirinya.
Ketika dalam kehidupan kita sudah seperti itu, dirundung dalam kegagalan dan kesedihan. Cara pandang terhadap diri kita dan terhadap orang lain menjadi berubah. Menginginkan diri sempurna, menganggap Allah tidak adil, bahkan semakin iri apabila orang lain lebih baik daripada dirinya.
Pada dasarnya Allah sudah menetapkan rizeki, jodoh, kehidupan pada setiap orang dengan keadilanNya. Namun disaat kita sedang tertimpa kegagalan dan kesedihan terasa berat kita menjalaninya. Seolah Allah Subhanahu Wa Ta'ala berlaku tidak adil, kenapa Allah menciptakan penderitaan? Kenapa Allah harus menurunkan ujian atau musibah hanya untukku?
Memang terkadang hidup ini terasa berat, bila kita merasa dirundung kesedihan. Kegagalan menggapai impian bukanlah akhir dari segalanya. Percayalah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan pernah menjerumuskan kita namun Allah telah memberikan yang terbaik dalam hidup kita karena kegagalan dan kesedihan kita saat ini tidak bisa kita melihat yang terbaik yang ada pada diri kita. Apa yang ada pada diri kita saat ini dan apa yang kita miliki saat ini itulah yang terbaik pada diri kita.
Boleh jadi engkau membenci sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui apa-apa.
(QS. al-Baqarah : 216).
MARHABAN YA-RAMADHAN
Ada sekuntum hari
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu
Karena saat itulah kemahamurahan sang Khaliq berlimpah
Menyatu pada segala inti hidup
Adalah Ramadhan
Ia bertelaga bening
Airnya mutiara maghfiroh
Gericiknya dzikir dan tadarrus
Tepianya doa lemah lembut, lirih dan berpasrah hati
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia
Ia rahasia
Tak sekedar lapar dahaga
Tapi sesungguhnya itulah hakekat cinta
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah
Karena dengan lapar dan haus
Kita bisa lebih menyadari bahwa kita tak berpunya
Bisa lebih memahami
Bahwa kita tak lebih dari sebutir debu
Di antara kemahaluasan-Nya
Ia sepantasnya dirindukan
Kerana ia lebih
Di cakrawala bertebar pengampunan, rahmat
Dan segala kebaikan
Juga nuzulul qur’an dan lailatur qodar
ANA SUDAH BERTUNANG
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.
Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.
Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.
Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang..
"Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.
”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.
Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.
Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."
Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!"
Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.
Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
............ ......... ......... .........
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "
"Ya Allah, tenangnya... "
"Moga Allah memberkatinya. ..."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...
Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab...
"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar. .."
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya."
Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.
Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
CINTA NAN INDAH
RAMADHAH AL-MUBARAKH
بسم الله الر حمن الر حيم
يا يها الد ين ء ا منو اكتب عليكم ا لصيا م كما كتب علي الد ين من قبلكم لعلكم تتقون *
شهر ر مضان الدي ا نز ل فيه القر ء ا ن هدي للنا س و بينت من الهد ي و ا لفر قا ن فمن سهد منكم ا لشهر فليصمه
Firman Allah SWT (Surah Al Baqarah ayat 183 dan 185)
Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan -keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikkan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu...)
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, SELAMAT BERPUASA & BERAMAL IBADAH~ SEMOGA AMAL IBADAHNYA DITERIMAH ALLAH SWT & BERTAMBAH LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA... MOHON MAAF ZAHIR & BATHIN , AMPUN MAAF DIPINTA MENYUSUN SEPULUH JARI MOHON KEMAAFAN DARI SAHABAT2 FB SEMUA TULUS IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA, HALALKAN MAKAN & MINUM, HALALKAN ILMU YG SHAREING BERSAMA... DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT.
CHAK-YA-NUN-TA-ALIF
"Chak – Ya – Nun – Ta – Alif".....cinta
Kalau kekasih mengucapkan pada kita, “Kalau dikau mendekat sejengkal, ku sambut ia sehasta. Kalau dikau mendekat sehasta, ku sambut ia sedepa. Kalau dikau mendekat padaku berjalan, ku mendekat padamu berlari”, ah sungguh romantik bukan!
Pastinya hati kita berbunga-bunga tak layu-layu. Ini apa lagi kalau yang berkata pada kita itu adalah Kekasih Yang Maha Agung, yang bukan setakat mahu mendekat pada kita sehasta, sedepa atau berlari, bahkan menyiapkan syurga untuk kita, cuma syaratnya satu, berserah diri pada-Nya sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian (penghambaan).
Tapi bukankah penyerahan diri sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian itu sangat berbaloi dengan tukarannya yang sangat mahal? SYURGA! Yang luasnya seluas langit dan bumi (saintis pun tidak tahu seluas apakah langit dan bumi itu?), yang di bawahnya mengalir sungai-sungai nan indah dari arak atau susu, yang di dalamnya bidadari-bidadari yang tiada tandingan cantiknya hingga nampak tegukan air demi tegukan air tatkala si dia minum, yang berdiri megah singgahsana-singgahsana tersedia untuk tempat bersantai dan rehat buat selamanya, dikelilingi pepohon hijau rendang yang buahnya rendah dan mudah dicapai tangan bila-bila masa mahu makan, istana-istana dari permata, telaga yang sekali minum airnya hilang haus sampai bila-bila, pakaian halus dari sutera, minuman-minuman dalam piala, dan serba macam kenikmatan syurga yang bertingkat-tingkat tersedia untuk kita mengikut darjat itu, dengan syarat kita bersedia untuk patuh taat dan menyerah diri menghambai pada-Nya sepenuh hati sepanjang masa setiap tempat.
Apakah berbaloi untuk mengorbankan CINTA ILAHI kepada kita dan cinta kita kepada ilahi semata-mata untuk mengejar cinta terlarang kita kepada mahkluk Ilahi atau cinta makhluk Ilahi kepada kita? Kita sesama makhluk ini adalah hamba. Apakah bercinta sesama hamba lebih tinggi darjatnya daripada bercinta dengan Tuannya? Pastilah percintaan dengan Tuan lebih ekslusif daripada percintaan sesama hamba yang sama rendah darjatnya.
Cintalah langit (‘Arasy), itu cinta tinggi. Ayuh berlari ke langit! (macam mana nak berlari ke langit, bole ke? Hehe )
*** faham maksud saya bukan?
7 AYAT-AYAT CINTA
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan
oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAKH
Bagaimana kita mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadan? Amal apa yang paling utama di bulan yang mulia ini?
Alhamdulillah.
Pertama: Sungguh bagus sekali pertanyaan anda wahai saudaraku yang mulia. Karena anda bertanya tentang cara mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan, yang banyak di antara manusia menyimpang dari hakekat puasa. Mereka menjadikannya sebagai musim untuk makan, minum, menghidangkan kue-kue, begadang atau menonton televisi. Mereka mempersiapkan makanan jauh-jauh hari sebelum Ramadan, karena khawatir kehabisan atau harganya naik, maka mereka memborong makanan dan minuman. Kemudian mereka mencari-cari informasi di chanel televisi untuk mengetahui acara apa yang menarik diikuti dan yang layak ditinggalkan. Mereka sungguh telah bodoh –dengan sebenarnya- hakekat puasa di bulan Ramadan. Mereka abaikan ibadah dan ketaqwaan, dan kemudian hanya memenuhi kebutuhan perut dan pandangan matanya semata.
Kedua: sebagian yang lain sadar akan hakekat puasa di bulan Ramadan, maka mereka mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya’ban. Bahkan ada yang telah mempersiapkan sebelum itu.
Di antara persiapan yang terpuji untuk menyambut bulan Ramadan adalah :
1. Bertaubat dengan jujur.
Taubat pada dasarnya wajib setiap saat. Akan tetapi karena akan (menyambut) kedatangan bulan yang agung dan barokah ini, maka lebih tepat lagi jika seseorang segera bertaubat dari dosa-dosanya yang diperbuat kepada Allah serta dosa-dosa karena hak-hak orang lain yang terzalimi. Agar ketika memasuki bulan yang barokah ini, dia disibukkan melakukan ketaatan dan ibadah dengan dada lapang dan hati tenang.
Allah ta’ala berfirman:
( وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ) سورة النور: 31
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31).
Dan dari Al-Aghar bin Yasar radhiallahu ’anhu dari Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat (kepada Allah) dalam sehari seratus kali” (HR. Muslim, no. 2702)
2. Berdoa.
Diriwayatkan dari sebagian (ulama) salaf, bahwa mereka berdoa kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadan, kemudian mereka berdoa lagi lima bulan setelahnya semoga amalnya diterima. Seorang muslim hendaknya berdoa kepada Tuhannya agar mendapatkan bulan Ramadan dalam keadaan baik, dari sisi agama maupun fisik, juga hendaknya dia berdoa semoga dibantu dalam mentaati-Nya serta berdoa semoga amalnya diterima.
3. Gembira dengan semakin dekatnya kedatangan bulan yang agung ini.
Sesungguhnya mendapatkan bulan Ramadan termasuk nikmat Allah yang agung bagi seorang hamba yang muslim. Karena bulan Ramadan termasuk musim kebaikan, pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ia adalah bulan Al-Qur’an serta bulan terjadinya peperangan-peperangan yang sangat menentukan dalam (sejarah) agama kita.
Allah berfirman: “Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. Yunus: 58)
4. Menyelesaikan tanggungan (qadha) kewajiban puasa.
Dari Abu Salamah, dia berkata, saya mendengar ‘Aisyah radhiallahu ’anha berkata: “Aku memiliki kewajiban berpuasa dari bulan Ramadan lalu, dan aku baru dapat mengqadanya pada bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari, no. 1849, dan Muslim, no. 1146)
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Dari keseriusan beliau (mengqadha) pada bulan Sya’ban disimpulkan bahwa hal itu menunjukkan tidak diperkenankan mengakhirkan qadha sampai memasuki bulan Ramadan berikutnya.” (Fathul Bari, 4/191)
5. Membekali diri dengan ilmu agar dapat mengenal hukum-hukum puasa dan mengetahui keutamaan Ramadan.
6. Segera menyelesaikan pekerjaan yang boleh jadi (jika tidak segera diselesaikan) dapat mengganggu kesibukan ibadah seorang muslim di bulan Ramadan.
7. Berkumpul bersama anggota keluarga, dengan istri dan anak-anak untuk menjelaskan hukum-hukum puasa dan mendorong si kecil untuk berpuasa
8. Mempersiapkan sejumlah buku yang layak untuk dibaca di rumah atau menghadiahkannya kepada imam masjid agar di baca (di depan) jamaahnya pada bulan Ramadan.
9. Berpuasa pada bulan Sya’ban sebagai persiapan untuk berpuasa di bulan Ramadan.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ . (رواه البخاري، رقم 1868، ومسلم، رقم 1156)
Dari ‘Aisyah radhiallahu ’anha: “Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia tidak pernah berbuka. Dan (lain waktu) beliau tidak berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia pernah berpuasa. Dan aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan dan aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam memperbanyak berpuasa selain di bulan Sya’ban”. (HR. Bukhari, no. 1868, Muslim, no 1156)
Dari Usamah bin Zaid radhiallahu ’anhu, dia berkata: “Saya bertanya, Wahai Rasulullah saya tidak pernah melihat anda berpuasa di antara bulan-bulan yang ada seperti engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” (Beliau) bersabda: “Itu adalah bulan yang sering diabaikan orang, antara Rajab dan Ramadan. Yaitu bulan yang di dalamnya diangkat amal (seorang hamba) kepada Tuhan seluruh alam. Dan aku senang saat amalanku diangkat, aku dalam kondisi berpuasa.” (HR. Nasa’i, no. 2357, dinyatakan hasan oleh Al-Albany dalam shahih Nasa’i).
Dalam hadits di atas dijelaskan hikmah berpuasa pada bulan Sya’ban, yaitu bulan diangkatnya amalan. Sebagian ulama menyebutkan hikmah lainnya, yaitu bahwa puasa (pada bulan Sya’ban) kedudukannya seperti sunnah qabliyah dalam shalat fardhu. Agar jiwa merasa siap dan bersemangat dalam menunaikan kewajiban. Demikianlah yang dikatakan terhadap puasa di bulan Sya’ban sebelum Ramadan.
10. Membaca Al-Qur’an.
Salamah bin Kuhail berkata: Dahulu dikatakan bahwa bulan Sya’ban adalah bulan bacaan (Al-Qur’an).
Adalah Amr bin Qais apabila memasuki bulan Sya’ban, beliau menutup tokonya, lalu berkonsetrasi membaca Al-Qur’an.
Abu Bakar Al-Balkhi berkata: “Bulan Rajab adalah bulan menanam, bulan Sya’ban adalah bulan menyirami tanaman dan bulan Ramadan adalah bulan memanen tanaman."
Dia juga berkata: "Perumpamaan bulan Rajab bagaikan angin, sedangkan perumpamaan Sya’ban bagaikan mendung dan perumpamaan Ramadan bagaikan hujan. Barangsiapa yang tidak menanam di bulan Rajab dan tidak menyiram pada bulan Sya’ban, bagaimana dia akan memanen di bulan Ramadan."
Kini bulan Rajab telah berlalu, lalu apa yang akan anda kerjakan pada bulan Sya’ban jika anda ingin bertemu dengan bulan Ramadan. Demikianlah halnya keadaan Nabi anda dan salaf (pendahulu) umat ini di bulan yang barokah. Maka, dimana posisi anda dari amalan dan derajat tersebut?
Wednesday, July 28, 2010
PENAWAR BUAT YANG RINDU
MALAM DAN KEGELAPANKU
Bercerita tentang malam yang datang membawa kegelapan
Tentang suara kehidupan yang tenggelam dalam kelelahan
Disini ku terpojok tak berdaya
Melihat kehampaan
Sendiri kuterjarat dalam ruang tak bercahaya
Berharap akan ada cahaya yang datang menuntunku..
Membawaku pergi ke dunia mimpi..
Untuk merangkai kembali kepingan hati yang telah hancur terserak
Kini ku dapat melihat kembali cahaya kehidupan
Memulihkan sayap-sayapku yang telah patah
Terbang meninggalkan semua masa lalu menuju damai kebahagiaan,
Bersama impian yang terlupa....
Ya rabb..
Jadikanlah kehancuran ini sebagai pengHantar menuju hidayahMu
Tuesday, July 27, 2010
AL-HIKMAH
"Jika kamu diselamatkan dari kesalahan dan kejahatan, waspadalah, dan jangan merasa aman; kerana hasrat dan hawa nafsu akan memperoleh kembali kekuatannya meski hanya dipicu oleh kemaksiatan atau kejahatan yang kecil. Ketenteraman jiwa dapat sirna tiba-tiba. Perintah Al...lah kepada hamba-hamba-Nya untuk menjauhkan diri segala yang diharamkan merupakan peringatan agar mereka senantiasa berwaspada."
[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]
Monday, July 26, 2010
ABAH & SAKIT KANSER HATINYA
26/07/2010 - 10:00 am Wad Hepatobilisati (Bahagian Hati), Hospital Selayang
Pihak Hospital Selayang, telah membuat ujian dan pengesahan berkaitan penyakit abah. Mengikut doktor pakar yang membuat semakan, sakit hati abah telah sampai ke Tahap C iaitu kritikal dimana 90% daripada hati abah telah diserang virus kanser. Hanya 10 % sahaja yang masih baik dan belum diserang virus berkaitan.
Punca penyakit berkemungkinan dari jangkitan virus Hepatitis B atau Hepatitis C tetapi berdasarkan ujian darah yang telah beberapa kali diadakan sebelum ini di klinik dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban gagal mengesan sebarang jangkitan virus Hepatitis berkaitan. Doktor juga tidak dapat memastikan sejak bila virus berkaitan mula menyerang tetapi dalam jangkaan 1-2 tahun sebelum ini cuma kesan pada abah hanya telah dilihat dalam tempoh masa 6 bulan sebelum rawatan intensif dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Selayang.
Jika penyakit kanser hati berada di tahap A atau B, tindakan membuat pembedahan, pemindahan atau kemoterapi masih boleh dilakukan secara berperingkat sehingga sembuh. Malangnya di Tahap C, pihak doktor tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan baki hati yang masih belum dijangkiti hanya 10 % sahaja. Sebarang pembedahan, pemindahan atau kimoterapi akan hanya lebih memudaratkan abah dan boleh membahayakan nyawa.
Doktor hanya boleh memberikan ubat-ubatan untuk melambatkan penyebaran virus merosakkan bahagian hati yang masih baik dan beberapa ubat yang perlu dimakan secara tetap untuk mengeluarkan air yang disebabkan kerosakan hati berkaitan serta 'paint killer' jika terasa sakit.
Antara simpton yang akan dilihat dari masa ke semasa adalah :-
1. Selera makan akan berkurangan
2. Masalah berat badan berkurangan
3. Perut menjadi gemuk @ boncit disebabkan air yang terhasil dari penyakit berkaitan jika tidak dikeluarkan selalu menerusi kencing.
4. Pesakit kurang aktif sebagaimana selalu mungkin akibat kekurangan tenaga dalam badan, badan menjadi lemah dan selalu demam.
Mengkut doktor juga, keadaan abah bergantung kepada bagaimana mudahnya virus merebak. Kawalan dengan pemakanan ubat perlu untuk melambatkan kerosakan hati berkaitan. Semoga abah tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Kesihatan abah perlu diutamakan terutamanya pemakanan dan mendapatkan rehat secukupnya.
Abah, masih seperti biasa tidak pernah menggambarkan kesakitan dialaminya terutama pada mak dan adik-beradik yang lain. Mungkin pada abah, penyakit ini hanyalah dugaan ALLAH swt. Dan abah masih tersenyum bila doktor menjelaskan perkara ini. Abah memang seorang yang tabah dan tidak akan sesekali membiarkan orang lain risau dan bersedih dengan apa yang sedang dia alami.
Disertakan juga beberapa gambar dari CT Scan yang telah diambil pada bahagian hati abah. Bahagian berbintik hitam pada gambar hati abah, disebelah kiri merupakan tempat serangan virus berkaitan di bahagian hati abah. Beberapa gambar kekaitan penyakit yang melibatkan serangan hati dan punca serangan Hepatitis juga diambil sebagai rujukan dan maklumat tambahan.
Kami sekeluarga akan selalu mendoakan yang terbaik untuk abah. Dalam usia abah mengenjak 69 tahun pada 24/10/2010, semoga abah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, insya'ALLAH.
Friday, July 23, 2010
Alleycats : Seribu Bintang (HQ Audio)
Seribu bintang yang bertaburan diangkasa
takkan sama dengan bintang kejora
tidak menawan tiada nilainya dimata
telah lama hidupku melara
telah ku gagal dalam bercinta
kini kau datang bersama seribu bintang
menghiasi malam yang gelap gelita.
Dalam jiwa begelora rasa
dalam hati menangis sendiri
dalam ingatan pergi jauh semuanya
yang telah ada sejak lama dulunya
membuat aku dalam resah selamanya.
Jangan kau pernah mencuba
melupakan sejarah yang telah ada
walau pahit walau kecewa walau derita
kerana semuanya cerita dan rasa
telah tertulis dalam diari kita
tak bisa terpadam tak bisa hilang.
Seribu bintang yang dulunya sembunyi
bintang yang tiada bererti
tapi akukan selalu dekat pada mu
andai masih ada ruang yang kau berikan
untuk aku selami hatimu
untuk aku cari rasa dan impi indah
yang telah kau untukkan buatku
sejak lama dulunya dalam diammu.
Andai seribu bintang kejora itu
telah tiada lagi diangkasa luas
sinarnya tetap akan terus menyala
dalam hatiku yang hilang entah kemana
dalam kenanganku yang terpahat dijiwa
yang dirimu pernah ada
walau hanya untuk seketika cuma.
bicara sepi buat teman....
roxannezy
23 Julai 2010
11:20pm
Alleycats : Senyumlah Kuala Lumpur (HQ Audio)
Kota yang telah menemukan aku dengan DIA...
dan senyuman mu tetap mesra dalam diriku
walau tiada lagi kau seperti yang dulunya.
Kota yang telah menjadikan kita dewasa
tentang alam yang pernah kita lalui bersama
dalam diam kota mengajar kita erti cinta dan rindu
pada kenangan yang berlalu pergi
bersama angin malam yang bertiup perlahan
bersama desir pantai yang mendamaikan
jauh terus tidak terpandang lagi.
Dan kota itu terus megah membangun
meninggalkan kenanagan silam entah kemana
walau telah kucuba mencari damai yang semakin hilang.
sebuah coretan, sebuah kenangan
ikhlas daripada roxannezy
30 Ogos 1999
Alleycats : Sekiranya Ku Tahu (HQ Audio)
Sekiranya ku tahu
dulu ada yang memberikan senyuman
akan ku balas senyum mu dengan tawa yang panjang.
Sekiranya ku tahu
dulu ada yang bertanyakan khabar
akan ku jawab dengan hati yang ikhlas penuh rela.
Sekiranya ku tahu
dulu ada harapan yang belum berjawab
akan ku berikan peluang untuk kau dan aku menggapainya.
Sekiranya ku tahu
ada hati yang suka
akan ku khabarkan pada dunia
yang dia tidak pernah lupa
pada apa yang telah aku harapkan dulunya.
salam dari kejauhan...
14 September 1999
02:30 am
Alleycats : Suratan (HQ Audio)
Sepucuk warkah diterima
dari yang tak punya nama
suratan atau kebetulan
tiada bicara yang terdengar
dalam diam aku membukanya
hanya ada sebaris ayat yang tak ku fahami
...tititk-titik hitam yang berturutan
membentuk tanda soal yang belum terjawab, mengapa?
Bila telah ku cantumkan titik hitam itu
baru ku tahu ada rahsia yang belum terjawab
pada hati yang dulunya pernah mengharap
yang indah cuma sementara....
kerana aku terlalu jauh untuk mentafsirkan
sebuah hati yang dulunya mengharap.
Hati... jangan kau sendiri lagi
kerana suratan ini bukan kebetulan
bukan angan yang tiada sudahnya
kerana jalannya masih jauh terbentang
membawa onak dan duri jauh terbuang
dalam jejak-jejak langkah
yang dulunya perlahan dan suram.
Jiwa... jangan kau lara lagi
kerana kenangan lama itu
tidak akan ada ulangnya
pada cerita yang kau lontarkan jauh
ke dasar kenangan yang mengecewakan
yang belum ada bila akhirnya.
Kerana hati dan jiwa
akan bersatu bersama bahagia
yang telah tuhan janjikan untuk kita
dalam dunia dan suratan yang berbeza
saat kau dan aku tak pernah menjangka
bila dimana dan mengapa?
saat kau dan aku dipertemukan jua
01 Januari 2001
09:35 pm @ Kg Bharu, Kuala Lumpur
10 FAKTA JIKA MANUSIA BERADA DI ANGKASA
1. Selama satu hari Anda akan mengalami 16 matahari terbit
Matahari terbit dan terbenam setiap 90 mInit di orbit rendah Bumi, sehingga sangat sulit untuk tidur dengan baik karena tidak adanya putaran siang-malam. Untuk mengatasi hal ini, ISS astronot administrator mengatur jadual berpandukan pada 24-jam Bumi untuk menjaga aktiviti mereka sebagai rujukan sebaik mungkin. Jam onboard ISS ditetapkan Greenwich Mean Time (GMT), sekitar pertengahan antara Houston, Texas, dan Moscow. Untuk menjaga astronot pada jadual, Misi Control mengirim panggilan ke misi hantar-jemput. Mereka biasanya memainkan muzik, yang diminta oleh astronot atau anggota keluarga astronot. Astronot di ISS, di sisi lain, bangun dengan bantuan alarm.
2. Anda Akan Berasa Lebih Tinggi
Tanpa gaya tekan graviti, tulang belakang anda mengembang dan anda berasa lebih tinggi, biasanya antara 5 - 8 cm. Sayangnya, ketinggian tambahan dapat membawa komplikasi, yang mungkin termasuk sakit punggung dan masalah saraf.
3. Anda dapat berhenti mendengkur
Kajian tahun 2001 menunjukkan bahawa astronot yang tertidur mendengkur di bumi biasa tidak lagi berdengkur di ruang angkasa. Itu kerana graviti memainkan peranan yang dominan dalam generasi apneas, hypopneas, dan mendengkur.
4. Beberapa makanan memerlukan tambahkan air untuk dimakan di luar angkasa
Di ruang angkasa, garam tersedia, tetapi hanya dalam bentuk cair. Hal ini karena astronot tidak bisa menaburi garam pada makanan mereka di luar angkasa. Garam hanya akan pergi jauh. Ada bahaya jika mereka menyumbat saluran udara, mengkontaminasi peralatan atau terkena dalam mata astronot, mulut atau hidung.
5. Waktu terpanjang seseorang tinggal di luar angkasa adalah 438 hari
Rekod untuk sebuah misi jangka panjang dipegang oleh kosmonot Rusia Valeri Polyakov, yang menyelesaikan 438-hari (atau 14 bulan) perggiliran tugas di atas kapal stesyen ruang angkasa Mir pada tahun 1995.
6. Hanya tiga orang yang pernah meninggal di ruang angkasa
Dari 439 ruang astronot yang masuk hingga akhir bulan November 2004, 11 telah meninggal dalam insiden pelatihan dan 18 telah meninggal dalam kecelakaan dalam penerbangan. Dari mereka 18, hanya awak Soyuz 11 pada tahun 1971 yang benar-benar meninggal di ruang angkasa. Amerika Syarikat menetapkan ruang-batas pada ketinggian 50 mil sementara FAI mendefinisikan ruang angkasa sebagai dimulai pada ketinggian 100 km. Penerbangan Challenger terakhir pada tahun 1986 tidak pernah mencapai ketinggian ini. Columbia pecah-berderai di re-entry.
Awak Soyuz 11, Georgi Dobrovolski, Viktor Patsayev dan Vladislav Volkov, tewas setelah undocking dari stesyen ruang angkasa Salyut 1 setelah tiga minggu tinggal disana. Sebuah katup pada pesawat antariksa telah dengan sengaja membuka ketika modul terpisah, yang hanya ditemukan saat modul ini dibuka oleh team pemulihan. Secara teknikal ini merupakan satu-satunya korban di dalam ruang angkasa (di atas 100 km).
7. Hampir setiap astronot ruang angkasa mengalami sakit / mabuk angkasa
Dalam ketiadaan gravitasi, signal dari sistem dan vestibulary reseptor tekanan, efek langsungnya biasanya menyebabkan disorientasi: banyak astronot tiba-tiba merasa diri mereka yang terbalik, misalnya, atau bahkan mengalami kesulitan dalam merasakan lokasi tangan dan kaki mereka sendiri. Kejadian ini adalah penyebab utama yang disebut Sindrom Adaptasi Ruang Angkasa, yang biasanya astronot menggambarkan sebagai “istilah mabuk untuk muntah”. Setengah atau lebih dari semua orang yang pernah ke ruang angkasa menderita sakit, yang membawa serta sakit kepala dan konsentrasi yang buruk serta mual dan muntah. Biasanya, masalah hilang dalam beberapa hari setelah astronot menerima rawatan.
Hal yang paling sulit untuk menyesuaikan diri ketika kembali dari ruang angkasa, adalah ketika melepaskan benda-benda, mereka jatuh.
Ketika mereka kembali ke bumi, astronot harus berhadapan masalah kembali seperti kesakitan sebagaimana ketika mereka pertama kali ke ruang angkasa. Ada satu pemulihan yang dapat mengambil waktu agak lebih lama untuk menyelesaikan, walaupun konsekuensi yang lebih mungkin menyenangkan daripada menyakitkan. Beberapa kosmonot Rusia telah melaporkan bahawa beberapa bulan setelah penerbangan mereka, mereka masih sesekali melepaskan cangkir atau objek lain di udara – dan cukup bingung ketika jatuh ke lantai.
9. Radiasi kosmik membuat Anda melihat kilatan menyilaukan
Menatap keluar dari ruang kapsul, astronot Apollo menyaksikan pemandangan yang belum pernah dilihat sebelumnya. Mereka melihat pemandangan cakra biru bumi sangat terang dengan latar belakang warna hitam pekat. Mereka melihat Bulan di sisi jauh. Mereka juga melihat kilatan cahaya aneh di dalam bola mata mereka! Sejak itu, astronot pesawat Skylab, Shuttle, Mir, dan Stasiun Luar Angkasa Internasional memiliki semua laporan melihat kilatan ini. Apa yang astronot alami itu adalah radiasi ruang zipping melalui mata mereka seperti subatomik peluru. Ketika sebuah “peluru” dilihat retina, memicu signal palsu yang membuat otak menafsirkan sebagai kilatan cahaya. Tak perlu dikatakan, ini tidak baik untuk mata anda. Setidaknya 39 mantan astronot telah mengalami beberapa bentuk katarak setelah terbang.
10. Sementara di angkasa, anda mungkin harus terpaksa menggunakan span mandi untuk kebersihan diri
Sementara stasiun seperti Skylab dan Mir telah dilengkapi dengan shower, kebanyakan astronot mengambil span mandi dengan menggunakan waslap atau towelettes basah. Hal ini akan mengurangi jumlah air yang dibazirkan. Setiap astronot juga akan memiliki alat kebersihan peribadi seperti sikat gigi, penggosok gigi, syampu, pisau cukur dan alat dasar mandi lainnya.
BENARLAH RAMALAN RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW pernah meramalkan perkara ini dan tiada satu pun perkataan Baginda melainkan benar belaka:
“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)
SELALULAH BERBUAT BAIK DAN MULIA
Kala hati masih bergetar
untuk merasakan kebesaran Ilahi
Insha Allah ...
Allah belum kan menutup pintu hati
kan membutakan mata dan
menulikan telinga kita
untuk selalu berbuat kebaikan dan mulia
Selalulah berbuat kebajikan...
Ibarat mendulang emas
kebajikan merupakan biji tambang
yang jika dikumpulkan, akan terus menjadi sengenggam,
dari segenggam akan menjadi sebongkah,
dan dari sebongkah akan menjadi segunung emas
Selalulah berbuat perbuatan mulia....
Ibarat mutiara
perbuatan mulia akan selalu dikenang
walau ia dicampakkan ke dalam
kubangan yang berlumpur, walaupun dibuang ke tempat yang gelap,
ia akan tetap mengeluarkan cahaya nan berkilau
Selalulah berbuat baik dan mulia
Karena ia adalah
benih amal yang jika telah disemai dan tumbuh,
akan berbuah manis melebihi manisnya madu,
akan ringan melebihi seringan angin,
akan berharga melebihi harga emas dan mutiara
Thursday, July 22, 2010
ANDA HARUS KUAT
Sifat yang mendasar pada diri kita bila tertimpa kesedihan adalah hati menjadi lemah. Itulah sebabnya kenapa kita diciptakan dalam situasi yang berbeza secara fisikal dan kejiwaan. Setiap orang memiliki hati yang berbeza-beza sesuai peranan dan tugas masing-masing. Perbezaan tugas dan peranan inilah kemudian Allah swt memberikan ujian, cubaan, musibah dan kesedihan yang berzeda-beza pada setiap insan. Semakin tinggi keimanan seseorang semakin berat cobaannya.
Hati kita menjadi lemah kerana kecintaannya yang berlebihan kepada harta, pasangan hidup, ego, fizikal, jabatan atau bahkan juga status sosial sehingga Allah swt memberikan cobaan dengan 'ujian pada kelemahan itu maka kita merasakan betapa besarnya cobaan yang Allah swt berikan kepada kita.
Ada orang yang sangat mencintai hartanya. Dikumpulkannya setiap hari, begitu tiba-tiba Allah swt mengambil kembali semua hartanya dengan pelbagai cara sehingga papa kedana, tidak ada lagi yang tersisa membuat hatinya menjadi lemah dan akhirnya memberikan tekanan dan kekecewaan padanya.
Ada juga yang lemah dalam pasangan hidup. Orang yang lemah dalam pasangan hidup, tidak akan menderita bila cobaannya adalah harta namun bila ditinggalkan oleh kekasihnya maka hal itu menjadikan hidupnya begitu teramat menderita. Maka hati harus senantiasa dijaga agar tidak turut lemah. Bila hati tersenggol oleh ujian, cobaan dan musibah kita akan merasa sebagai penderitaan yang teramat menyakitkan. jiwa dan raga kita menjadi hancur dalam kesendirian dan kesunyian.
Anda harus kuat, jangan biarkan diri anda melemah. Allah swt menimpa kita dengan penderitaan agar kita menjadi semakin kuat dan bertakwa.
Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.'
(QS. Ali - Imran : 139).
Jangan bersedih atas sesuatu yang tak sepatutnya kita sedihkan ...Jangan Bersedih atas kegagalan kita dalam hidup..kerana kita masih memiliki banyak kenikmatan..Kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya...Dan maafkanlah orang yang berbuat kesedihan kepada kita dan kelukaan kepada kita..
Jangan bersedih
Ingatlah ALLAH menyayangi kita
hilang cinta manusia bukan lah segalanya
hilang cinta ALLAH
hilanglah segalanya
rugi hidup kita dunia dan Akhirat
bantulah diri untuk menyayangi diri sendiri
kerana ALLAH
agar kita lebih kuat menghadapi
segala kesedihan dan kelukaan ...AMIN
PERTOLONGAN ALLAH SWT TANPA HENTI PADA HAMBANYA
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.

TUJUH JENIS PAHALA
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

MENCARI DUNIA DAN AKHIRAT SERENTAK
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
Sesungguhnya aku mencari ‘Dunia’ Dan ‘Akhirat’ Serentak…
Marilah kita berfikir sejenak tentang rancangan berbentuk keagamaan yang banyak disiarkan di TV.
Biasanya akan ada iklan perniagaan /barangan untuk beberapa minit..
Apakah mereka menggunakan agama untuk lariskan pasaran..
Atau mereka mencari ''dunia'' dan ''akhirat'' secara serentak..
Fikir2kanlah dan renung2kanlah. .moga2 terbuka permikiran kita..INSYAALLAH. .

KISAH 5 PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa,
1. "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 5. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
WALLAHUALAM. HANYA ALLAH SWT YANG MENGETAHUI.

SOLAT DALAM KESUNYIAN
** KISAH SEDIH SEORANG TEMAN.... UNTUK DIJADIKAN INGATAN DAN PANDUAN BERSAMA.
Malam hujan turun rintik-rintik. Angin bertiup dingin menusuk tulang. Dipojok ruang yang sempit nampak ada yang sedang menunaikan sholat. Dalam sholatnya terlihat khusyuknya. Air matanya mengalir membasahi baju. Terdengar isak tangis yang membuat hati terasa pilu. Sholat itu menjadi terasa begitu indah. Selesai salam dia memanjatkan doa. Tak lama hanya ada kesunyian dan tarikan napas. Disambil orang yang sholat, ada seorang sahabat yang duduk disampingnya.
'Apa kamu pernah marah sama Allah?' tanya sahabatnya.
Terdengar suara istighfar tak putus-putus. Air matanya masih terus saja mengalir. Beberapa tangannya mengusap pipinya yang basah.
'Pernah..tapi itu dulu, sekarang tidak.'
'Kenapa?'
'Karena Dia tidak adil, hanya penderitaan yang selalu Dia berikan. Bertahun-tahun aku menjauh, melupakanNya, aku kecewa padaNya.'
Kesunyian kembali senyap.
'Lantas untuk apa kamu solat malam ini?'
Ditatap wajah temannya yang sedang terdiam. Seumur hidup dirinya solat tidak pernah sampai bisa menItIskan air mata bahkan menangis terisak-isak. Dirinya teringat bagaimana Rasulullah SAW senantiasa menangis setiap solat malam. Malam ini dia melihat sahabatnya menunaikan solat dengan menangis terisak-isak, begitu menyayat hatinya.
'Ibuku meninggal malam ini, aku tidak tahu cara berdoa. aku hanya bisa solat untuk mendoakan ibuku.' jawabnya dalam sendu dan tangis yang semakin perlahan menjamah cuping telingaku.

MEMUPUK SEMANGAT BERSOSIAL TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK
Cadangan 1 : Menggalakkan Emosi
Emosi ni sebenarnya permainan kita dan anak2 dalam kehidupan seharian. Tapi buat anak2 kecil, bukan semua emosi mereka tunjukkan dengan mudah. Mereka mudah gembira dan excited tapi kalau time diorang marah, mereka mengamuk tak tentu pasal sehingga kita terus menganggap budak2 ni sebagai kuat mengamuk atau mengada2. Sedangkan mereka sebenarnya tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Jika kita mengajar mereka untuk handle perasaan marah, benci, disakiti mereka itu, insya ALLAH semuanya akan OK.
Cadangan 2 : Practice & Perform
Selalu budak2 ni kalau kita bagi dia task apa2, kemudian dia buat dan kita ucap terima kasih je pun dia dah sengih sampai telinga. Mertua saya kata, sebagai contoh kalau dia nak pergi rumah orang, pesan siap2 jangan nakal2 pada anak2 dia.Saya pernah cuba juga dengan anak2 tapi kita tambahlah dengan ucapan terima kasih atau hadiah2 lain yang termampu. Semoga dengan galakan sebegini, dia akan lebih yakin untuk bersosial.
Cadangan 3 : Beritahu dia apa yang kita suka tentang dia.
Sebagai contoh, bila terlihat Asmaa' share barang dengan adik2 dia, saya akan cuba bgtau... "Waa...macam tu lah kakak, boleh kongsi barang dengan adik." So, di lain kali, dia akan cuba buat lagi perkara yang baik itu. Makin banyak kita buat begini, insya ALLAH makin banyak benda dia tahu yang apa yang dia lakukan itu adalah betul dan baik.
Cadangan 4 : Kita kenalah jadi contoh yang mantap
Hahaaa...kalau kita kuat jadi Tarzan, mana lak anak tak memekik kan? Huhu...baiklah2, saya akan cuba men'slow'kan volum suara saya di masa akan datang. Haih...suami saya dah banyak kali cerita orang itu orang ini yang jarang marah2 anak mereka... itu bahasa indirect kah nak suruh saya jangan marah2??
Cadangan 5 : Belajar Untuk Mendengar
Haa...yang ni, walaupun saya bekeng orangnya, tapi saya selalu jugak cuba dengar apa mereka nak kata. Saya nak mereka selesa bercerita apa2 dengan saya, bukan dengan orang lain. Jadi, demi untuk menambahkan keselesaan bercerita itu, saya kena kurangkan bekeng saya... go Pija, tarik nafas..... hembus...... Saya pernah dengar satu game yang boleh kita buat main dengan anak2 kita. Mula2 kita ajak diorang duduk bersama, kemudian kita kata kita akan cerita sesuatu. Lepas tu diorang kena ulang. Kemudian, mereka pulak yang kena buka cerita dan kita akan ulang cerita tu. Ini akan menjadikan mereka bukan sahaja pandai bersosial, tetapi sebagai a good listener juga!
Cadangan 6 : Mengajar Anak Menolong
Apabila melakukan kebaikan, kebiasaannya anak kecil akan dihargai dengan pujian sama ada dari kita atau orang lain. Jadi, kita hendaklah mengajar mereka untuk memberi pertolongan dan menjelaskan kenapa pertolongan itu penting tidak hanya untuk memperolehi pahala kepada anak tetapi kepada orang yang ditolong itu sendiri.
Cadangan 7 : Ajar anak mengalah
Yepp...terbaru cerita anak jiran saya yang datang melempap di rumah dari tghari sampai ke petang dan pengaruh yang serong saya dapat lihat. Ketika Usamah mengadu disepak oleh budak tu, saya keliru sama ada untuk menyuruh anak saya membalasnya atau yang lebih baik, suruh dia masuk dalam rumah dan duduk diam2. Di kebanyakan masa anak2 saya bergaduh juga, saya selalu mengajar yang lebih tua untuk mengalah. Sebenarnya mengalah tidak semestinya kalah, tetapi sebenarnya mereka membina harga diri yang lebih tinggi lagi.
Satu cabaran yang hebat sebenarnya hendak membesarkan anak untuk menjadi seorang insan yang benar2 baik. Kadangkala kita telah memberi acuan terbaik tetapi di luar rumah, seseorang yang lain dengan mudah merosakkan bentuk yang kita buat itu... semoga ALLAH melorongkan kita ke jalan terbaik.

ANTARA PENIPUAN LELAKI DAN WANITA
Anda mau tahu seberapa sering seseorang melakukan kebohongan? Peneliti dari Swiss melakukan penelitian selama bertahun-tahun untuk mengetahui seberapa sering orang berbohong dalam percakapan sehari-hari.
Hasil penelitian menunjukkan, dalam kehidupan sehari-hari terdapat sedikit kejujuran dan penuh kebohongan dan kemunafikaN.
Secara khusus, dalam pendapat yang dilakukan pada orang Eropah menunjukkan bahawa orang yang sudah bernikah lebih sering berbohong (56%) dibandingkan dengan yang masih bujang (33%).
Lalu orang yang berpendidikan tinggi lebih curang daripada orang berpendidikan rendah (74% berbanding 36%) dan orang kaya juga lebih sering berbohong dibandingkan masyarakat miskin (67% berbanding 29%). Ironisnya, orang berpendidikan tinggi adalah pembohong yang paling handal.
Kaum wanita ternyata lebih sering berbohong untuk membuat sesuatu tampak lebih sempurna (28%) dibandingkan dengan lelaki (13%). Di sisi lain, lelaki lebih sering berbohong untuk keuntungan peribadi (36%) dibandingkan dengan wanita (24%).
Menurut para ilmuwan, berbohong digunakan oleh lelaki dan wanita dan peratusannya hampir sama iaitu lelaki 32% dan wanita 31%.
Hasil penelitian yang dikutip dari Genius Beauty ini disiarkan dalam The Psychological Science. Wallahu'Alam. Hanya ALLAH swt yang mengetahui kebenarannya.

TANGISAN AIR MATAKU
Ditengah malam, para hamba yang membelah kegelapan, mengharap ampunan Allah dengan menumpahkan semua air matanya. Tersungkur dalam sujudnya. 'Biarkan aku menangis Ya Allah, sebelum datang hari yang penuh tangisan. Sebelum terbakar semua tulang dan sebelum datang malaikat maut yang tidak pernah mengingkari perintahMu.'
'Aku tangisi diriku sebelum datang hari yang penuh tangisan dan sebelum datang hari yang tidak bermanfaatnya tangisan. Dua mataku seperti awan yang menangis menumpahkan air mata bagaikan hujan, menyembuhkanku dari rasa takut kepadaMu, sebelum air mata berubah menjadi darah dan sebelum titik hujan berubah menjadi batu.
Biarkan aku menangis Ya Allah, mengharap ampunanMu!'
Ketahuilah, tangisan dan air mata yang mengalir bertanda hati dan perasaan yang lembut. Mata yang tidak menangis menunjukkan kerasnya hati dan perasaan. Itulah sebabnya Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Salam menganjurkan kita agar menangis. 'Diharamkan neraka atas mata yang menangis karena takut kepada Allah.' (HR. Ahmad).

CARA MENGATUR MIMPI @ 'LUCID DREAM'
3 Cara Mengatur Mimpi (Lucid Dream) - Mungkinkah seseorang mengatur mimpi? adakah cara tertentu untuk mengatur mimpi? Jawaban: Anda dapat mengatur mimpi anda sendiri. Berikut 3 Cara Mengatur Mimpi (Lucid Dream) yang sering orang lakukan sebelum tidur.
Kita boleh memprogram atau menentukan sendiri isi mimpi, kita bermimpi dalam keadaan sadar. Mimpi seperti ini lebih dikenal dengan sebutan "Lucid Dreaming" atau "Mimpi Cerah".
Orang Tibet sudah sejak dahulu mempraktekan Lucid Mimpi dalam Yoga mimpi mereka. Di tahun 1867, Marquis d'Hervey de Saint-Denys telah menerbitkan bukunya yang berjudul "Dreams and how to Guide Them" metoda bagaimana kita dapat melakukan lucid mimpi.
Dengan lucid mimpi kita dapat merubah mimpi buruk menjadi mimpi indah, dalam mimpi semuanya boleh terjadi, mimpi tidak ada batasan ruang, waktu mahupun kemampuan.
Lucid mimpi boleh digunakan untuk belajar, menyelesaikan problem atau masalah kita. Hal ini banyak dilakukan oleh para ilmuwan maupun seniman. Lucid mimpi boleh juga digunakan untuk terapi.
Langkah-langkah untuk mendapatkan Lucid mimpi agar kita boleh memprogram atau menentukan jalannya mimpi :
Tahap pertama :
Belajar mengingat dan mencatat buku harian dari isi mimpi. Apabila bangun tidur usahakan untuk tetap berbaring beberapa menit lebih lama dan mengingat hal apa saja yang diimpikan. Kemudian dicatat dalam buku harian mimpi Anda.
Tahap kedua :
Sebelum tidur usahakan untuk mengingat hal-hal apa saja yang ingin anda lakukan di dalam mimpi anda. Umpamanya ingin bertemu dengan seseorang, maka sebaiknya sebelum tidur mengingat kembali masa-masa yang indah dengan orang tersebut atau hal lainnya.
Tahap ketiga :
Menggunakan metode Wake-Back-To- Bed (WBTB) atau bangun sejenak dan segera langsung tidur kembali. Pasang jam loceng agar Anda akan bangun tiga jam lebih awal.
Pada saat anda bangun langsung usahakan untuk mengingat kembali hal-hal pada Tahap kedua. Setelah itu coba untuk tidur kembali.
PERNAH TERKENA SENGATAN LEBAH?
Tips Mengelakkan Serangan Lebah di Dalam Hutan
1. Elakkan dari memakai wangi-wangian, seperti bedak talkum, minyak wangi, sabun mandi, shampu rambut dan minyak rambut wangi, ini kerana bau-bauan ini akan menarik minat lebah kerana ia akan menganggap bauan yang anda pakai adalah bauan bunga.
2. Elakkan dari menjalani aktiviti perkhemahan anda sekitar bulan Mei hingga Julai, ini kerana pada bulan itu berlaku musim bunga di beberapa kawasan hutan di Malaysia.
3. Lebah amat aktif pada musim bunga, dan mereka boleh bertindak dengan agresif.
Pastikan kawasan perkhemahan anda jauh daripada sarang lebah, ini kerana, lebah akan menganggap kita sebagai ancaman sekiranya kita kerap kali melalui bahagian sarangnya, mungkin kita akan dianggap beruang madu atau Malayan sun bear, yang merupakan musuh utama lebah.
4. Elakkan dari membunuh lebah-lebah yang hinggap di kawasan perkhemahan anda, kerana lebah yang dibunuh akan mengeluarkan sejenis sebatian berbau yang akan dijadikan penjejak kepada kawanan lebah. Jika ini berlaku, anda mungkin akan diserang.
Cara Mengetahui Kawasan Kediaman Lebah.
1.Terdapat banyak tumbuhan berbunga
2. Bunyi-bunyi dengungan lebah terbang
3. Berbau wangi; bau madu
4. Pokok-pokok tinggi yang mempunyai dahan yang besar dan keras; e.g Tualang
5. Terdapat kawanan kecil lebah berterbangan
6. Kehadiran sarang yang aktif melalui pemerhatian
7. Lereng-lereng bukit yang curam dan tinggi
8. Puncak bukit
Cara Menyelamatkan Diri dari Serangan Lebah.
1. Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh; tips ini hanya berguna jika anda diserang berhampiran kawasan sungai atau air.
2. Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk.
3. Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
4. Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
5. Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit, kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
6. Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
7. Rebahkan diri keatas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda, ia berkesan, aku telah mencuba langkah ini sebagai cara terakhir.
8. Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Rawatan Kecemasan Serangan Lebah
1. Bancuh serbuk kunyit bersama air dan minum
2. Ambil rhizom tepus, hancurkan sedikit dan makan rhizome itu.
Pil selsema (aku lupa namanya) sangat sesuai bagi mereka yang mengalamai alahan terhadap sengatan lebah, terutama pengidap penyakit asma.
3. Asah parang dengan batu pengasah, kemudian ambil daki asahan, sapu pada bekas sengatan.
4. Minum air dengan banyak dan cuba muntahkan semula, ini dapat membuang bisa-bisa sengatan.
p/s: Tips-tips yang diberikan bukan atas dasar profesionalisma, tetapi hanya atas dasar pengalaman, dan keberkesanannya adalah tidak dijamin, semuanya Insyaallah!

KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Dalam hidup kita yang sekejap ini ada keutamaan yang tidak boleh di tukar, sebab perintah Allah swt dan di pesan oleh Rasulullah saw. Antara keutamaan dalam kehidupan seorang muslim adalah :-
1. Allah swt
2. Rasulullah saw
3. Suami (pada wanita yang sudah berkahwin, selagi tidak bercanggah dengan agama Islam)
4. Ibu Bapa (untuk lelaki ini no 3, selagi tidak bercanggah dengan agama Islam)
Utamakan apa yang disuruh Allah swt dan dipesan Rasulullah saw, insyAllah selamat dunia akhirat, minta tolong pada Allah swt dengan jalan solat dan sabar..
Subscribe to:
Posts (Atom)