Monday, July 26, 2010

ABAH & SAKIT KANSER HATINYA

































26/07/2010 - 10:00 am Wad Hepatobilisati (Bahagian Hati), Hospital Selayang

Pihak Hospital Selayang, telah membuat ujian dan pengesahan berkaitan penyakit abah. Mengikut doktor pakar yang membuat semakan, sakit hati abah telah sampai ke Tahap C iaitu kritikal dimana 90% daripada hati abah telah diserang virus kanser. Hanya 10 % sahaja yang masih baik dan belum diserang virus berkaitan.

Punca penyakit berkemungkinan dari jangkitan virus Hepatitis B atau Hepatitis C tetapi berdasarkan ujian darah yang telah beberapa kali diadakan sebelum ini di klinik dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban gagal mengesan sebarang jangkitan virus Hepatitis berkaitan. Doktor juga tidak dapat memastikan sejak bila virus berkaitan mula menyerang tetapi dalam jangkaan 1-2 tahun sebelum ini cuma kesan pada abah hanya telah dilihat dalam tempoh masa 6 bulan sebelum rawatan intensif dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Selayang.

Jika penyakit kanser hati berada di tahap A atau B, tindakan membuat pembedahan, pemindahan atau kemoterapi masih boleh dilakukan secara berperingkat sehingga sembuh. Malangnya di Tahap C, pihak doktor tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan baki hati yang masih belum dijangkiti hanya 10 % sahaja. Sebarang pembedahan, pemindahan atau kimoterapi akan hanya lebih memudaratkan abah dan boleh membahayakan nyawa.

Doktor hanya boleh memberikan ubat-ubatan untuk melambatkan penyebaran virus merosakkan bahagian hati yang masih baik dan beberapa ubat yang perlu dimakan secara tetap untuk mengeluarkan air yang disebabkan kerosakan hati berkaitan serta 'paint killer' jika terasa sakit.

Antara simpton yang akan dilihat dari masa ke semasa adalah :-
1. Selera makan akan berkurangan
2. Masalah berat badan berkurangan
3. Perut menjadi gemuk @ boncit disebabkan air yang terhasil dari penyakit berkaitan jika tidak dikeluarkan selalu menerusi kencing.
4. Pesakit kurang aktif sebagaimana selalu mungkin akibat kekurangan tenaga dalam badan, badan menjadi lemah dan selalu demam.

Mengkut doktor juga, keadaan abah bergantung kepada bagaimana mudahnya virus merebak. Kawalan dengan pemakanan ubat perlu untuk melambatkan kerosakan hati berkaitan. Semoga abah tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Kesihatan abah perlu diutamakan terutamanya pemakanan dan mendapatkan rehat secukupnya.

Abah, masih seperti biasa tidak pernah menggambarkan kesakitan dialaminya terutama pada mak dan adik-beradik yang lain. Mungkin pada abah, penyakit ini hanyalah dugaan ALLAH swt. Dan abah masih tersenyum bila doktor menjelaskan perkara ini. Abah memang seorang yang tabah dan tidak akan sesekali membiarkan orang lain risau dan bersedih dengan apa yang sedang dia alami.


Disertakan juga beberapa gambar dari CT Scan yang telah diambil pada bahagian hati abah. Bahagian berbintik hitam pada gambar hati abah, disebelah kiri merupakan tempat serangan virus berkaitan di bahagian hati abah. Beberapa gambar kekaitan penyakit yang melibatkan serangan hati dan punca serangan Hepatitis juga diambil sebagai rujukan dan maklumat tambahan.























Kami sekeluarga akan selalu mendoakan yang terbaik untuk abah. Dalam usia abah mengenjak 69 tahun pada 24/10/2010, semoga abah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, insya'ALLAH.

No comments: