Cadangan 1 : Menggalakkan Emosi
Emosi ni sebenarnya permainan kita dan anak2 dalam kehidupan seharian. Tapi buat anak2 kecil, bukan semua emosi mereka tunjukkan dengan mudah. Mereka mudah gembira dan excited tapi kalau time diorang marah, mereka mengamuk tak tentu pasal sehingga kita terus menganggap budak2 ni sebagai kuat mengamuk atau mengada2. Sedangkan mereka sebenarnya tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Jika kita mengajar mereka untuk handle perasaan marah, benci, disakiti mereka itu, insya ALLAH semuanya akan OK.
Cadangan 2 : Practice & Perform
Selalu budak2 ni kalau kita bagi dia task apa2, kemudian dia buat dan kita ucap terima kasih je pun dia dah sengih sampai telinga. Mertua saya kata, sebagai contoh kalau dia nak pergi rumah orang, pesan siap2 jangan nakal2 pada anak2 dia.Saya pernah cuba juga dengan anak2 tapi kita tambahlah dengan ucapan terima kasih atau hadiah2 lain yang termampu. Semoga dengan galakan sebegini, dia akan lebih yakin untuk bersosial.
Cadangan 3 : Beritahu dia apa yang kita suka tentang dia.
Sebagai contoh, bila terlihat Asmaa' share barang dengan adik2 dia, saya akan cuba bgtau... "Waa...macam tu lah kakak, boleh kongsi barang dengan adik." So, di lain kali, dia akan cuba buat lagi perkara yang baik itu. Makin banyak kita buat begini, insya ALLAH makin banyak benda dia tahu yang apa yang dia lakukan itu adalah betul dan baik.
Cadangan 4 : Kita kenalah jadi contoh yang mantap
Hahaaa...kalau kita kuat jadi Tarzan, mana lak anak tak memekik kan? Huhu...baiklah2, saya akan cuba men'slow'kan volum suara saya di masa akan datang. Haih...suami saya dah banyak kali cerita orang itu orang ini yang jarang marah2 anak mereka... itu bahasa indirect kah nak suruh saya jangan marah2??
Cadangan 5 : Belajar Untuk Mendengar
Haa...yang ni, walaupun saya bekeng orangnya, tapi saya selalu jugak cuba dengar apa mereka nak kata. Saya nak mereka selesa bercerita apa2 dengan saya, bukan dengan orang lain. Jadi, demi untuk menambahkan keselesaan bercerita itu, saya kena kurangkan bekeng saya... go Pija, tarik nafas..... hembus...... Saya pernah dengar satu game yang boleh kita buat main dengan anak2 kita. Mula2 kita ajak diorang duduk bersama, kemudian kita kata kita akan cerita sesuatu. Lepas tu diorang kena ulang. Kemudian, mereka pulak yang kena buka cerita dan kita akan ulang cerita tu. Ini akan menjadikan mereka bukan sahaja pandai bersosial, tetapi sebagai a good listener juga!
Cadangan 6 : Mengajar Anak Menolong
Apabila melakukan kebaikan, kebiasaannya anak kecil akan dihargai dengan pujian sama ada dari kita atau orang lain. Jadi, kita hendaklah mengajar mereka untuk memberi pertolongan dan menjelaskan kenapa pertolongan itu penting tidak hanya untuk memperolehi pahala kepada anak tetapi kepada orang yang ditolong itu sendiri.
Cadangan 7 : Ajar anak mengalah
Yepp...terbaru cerita anak jiran saya yang datang melempap di rumah dari tghari sampai ke petang dan pengaruh yang serong saya dapat lihat. Ketika Usamah mengadu disepak oleh budak tu, saya keliru sama ada untuk menyuruh anak saya membalasnya atau yang lebih baik, suruh dia masuk dalam rumah dan duduk diam2. Di kebanyakan masa anak2 saya bergaduh juga, saya selalu mengajar yang lebih tua untuk mengalah. Sebenarnya mengalah tidak semestinya kalah, tetapi sebenarnya mereka membina harga diri yang lebih tinggi lagi.
Satu cabaran yang hebat sebenarnya hendak membesarkan anak untuk menjadi seorang insan yang benar2 baik. Kadangkala kita telah memberi acuan terbaik tetapi di luar rumah, seseorang yang lain dengan mudah merosakkan bentuk yang kita buat itu... semoga ALLAH melorongkan kita ke jalan terbaik.
No comments:
Post a Comment