Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Sunday, July 11, 2010
TAK PERNAH AKU LUPA
Cinta ku pada DIA
.... tak pernah ada lupa
.... kerana DIAlah pencipta agung
.... yang menyusun segalanya dengan makna
.... yang menjadikan tiada menjadi ada
.... yang telah menjadikan aku didunia fana MU ini
.... sebagai khalifah MU dimuka duniamu.
Cinta ku pada abah
.... tak pernah ada lupa
.... kerana jerih perih abah selamanya
.... mendidik dan menjadikan aku insan terbaik
.... bakal mewarisi ilmu dan pengalaman yang ada
.... untuk ku jadikan hamparan harapan mu
.... agar berguna agama bangsa dan negara.
Cinta ku pada mak
.... tak pernah ada lupa
.... kerana kesakitan mu malahirkan zuriatmu
.... jerih perih mendewasa dan menjagaku dulu
.... tak terbalas hanya dengan seribu kata bicara
.... tiada galang ganti kepayahan mu dulu
.... memastikan aku seperti anak kecil yang mulia.
Cinta ku pada isteri
.... tak pernah ada lupa
.... kerana segala kesenangan yang kau rasakan
.... segala kesusahan yang kau hadapkan
.... segala apa yang mampu aku berikan
.... tak pernah ada tanya dan keluh kesahmu
.... tiada minta yang aku tak upaya.
Cinta ku pada anak
.... tak pernah ada lupa
.... kerana kau teristimewa DIA berikan padaku
.... cantik mu tidak tergambar dengan kataku
.... hadirmu tak terasa dengan mimpiku
.... kerana adanya mu mengikat kasihku
.... pada insan teristimewa yang aku ada.
Cinta ku pada sahabat
.... tak pernah ada lupa
.... kerana hadirmu membawa seribu cerita
.... dalam tawa sendiri dan gelak bersama
.... dalam tangis terluka dan resah menanti
.... dalam hari berlalu bersama kenanganku
.... tak pernah ada kecewa dan derita.
Cinta ku pada diriku
.... tak pernah ada lupa
.... sentiasa aku cintakan DIA
.... pada mak dan abah yang teristimewa
.... pada anak dan isteri yang tercinta
.... pada sahabat yang terindah
.... pada semua yang aku ada.
Kerana demi CINTAKU, aku tak pernah lupa.
ikhlas
12 Jun 1999
roxannezy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment