Monday, July 19, 2010

JANGAN MENANGIS LAGI



Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini... kenapa aduhai hati..?? apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

Wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..mungkin itulah yang Dia mahukan..Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

Wahai hati..berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..walaupun hidup ini tak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman..

Wahai hati..ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..Kerana dunia tiada di hatinya..Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata.. syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya.."Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

Wahai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan.. Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..

Wahai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..Di sana kekal abadi..Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..Pasti kan kau temui jalannya nanti..Wahai hati..usahlah bersedih lagi..carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..Moga kasihNya, menyinari hari-hari yang menanti..

No comments: