Thursday, July 15, 2010

KENAPA TIDAK MENSYUKURI NIKMAT DAN RAHMATNYA?

Allah jadikan malam yang pekat gelap gelita... kita katakan ALLAH menutupi pemandangan malam kita dengan malam yang membosankan.

Allah jadikan siang yang panas terik membara... kita katakan ALLAH menyilaukan mata melihat keindahan alam yang terbentang luas.

Allah jadikan pagi yang yang meyamankan.... kita katakan ALLAH mendinginkan diri sejuk tak terkata tak selesa.

Allah jadikan jenja yang berlabuh... hening dan meredupkan mata.... kita katakan ALLAH membuang pergi semua keindahan alam, sejuk angin mendamaikan, kini tiada.

Dan kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan 1001 kenikmatan kerahmatan buat seluruh alam dan makhluk ciptaanNYA. Kenapa?

Jangan cakap negatif pasal ALLAH sw.t. kerana cakap itu akan direkod dan diberikan pembalasan d hari kiamat kelak. Setiap kejadian ada hikmahnya.

ALLAH jadikan malam pekat gelap gelita... untuk kita rehat dan tidur .

ALLAH jadikan siang yang panas terik membara...... untuk kita mencari rezeki.

Kenapa manusia itu tidak pernah bersyukur?

Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa manuisa itu malas, manusia itu tergopoh-gapah, manusia itu lalai dan lupa pada al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa pada ALLAH swt bahawa umatku telah melupakan Al-Quran.

Manusia asyik dengan kemewahan duniawi seperti isteri, anak2, mengejar harta dan lain2. Isteri dan anak2 adalah dugaan bagi IMAN. Seseorang itu tidak boleh mengaku dia BERIMAN kerana IMAN itu urusan ALLAH. Dia hanya boleh mengaku dia seorang Islam tetapi janganlah engkau sangka engkau telah BERIMAN selagi tidak diduga.

Manusia tidak suka kepada kebenaran yang diperintah oleh ALLAH swt atau Hadis. Kebanyakan manusia tidak mengenali Al-Quran secara terperinci ubtuk urusan hidup dan mati seperti diperintah dalam doa iftitah dalam solat tetapi deklarasi itu hanya di bibir bukan di hati. Sedangkan ALLAH swt melihat isi hati yang berilmu sesuai dengan firmannya "Sudu Rinnas" (dalam dada)



No comments: