Friday, July 23, 2010

Alleycats : Seribu Bintang (HQ Audio)






Seribu bintang yang bertaburan diangkasa
takkan sama dengan bintang kejora
tidak menawan tiada nilainya dimata
telah lama hidupku melara
telah ku gagal dalam bercinta
kini kau datang bersama seribu bintang
menghiasi malam yang gelap gelita.

Dalam jiwa begelora rasa
dalam hati menangis sendiri
dalam ingatan pergi jauh semuanya
yang telah ada sejak lama dulunya
membuat aku dalam resah selamanya.

Jangan kau pernah mencuba
melupakan sejarah yang telah ada
walau pahit walau kecewa walau derita
kerana semuanya cerita dan rasa
telah tertulis dalam diari kita
tak bisa terpadam tak bisa hilang.

Seribu bintang yang dulunya sembunyi
bintang yang tiada bererti
tapi akukan selalu dekat pada mu
andai masih ada ruang yang kau berikan
untuk aku selami hatimu
untuk aku cari rasa dan impi indah
yang telah kau untukkan buatku
sejak lama dulunya dalam diammu.

Andai seribu bintang kejora itu
telah tiada lagi diangkasa luas
sinarnya tetap akan terus menyala
dalam hatiku yang hilang entah kemana
dalam kenanganku yang terpahat dijiwa
yang dirimu pernah ada
walau hanya untuk seketika cuma.





bicara sepi buat teman....
roxannezy
23 Julai 2010
11:20pm

No comments: