Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Saturday, July 10, 2010
ANDAI TIADA LAGI SEMALAM YANG INDAH
Semalam yang indah menemaniku
Mungkin hanya sementara cuma
Kerana waktu tak selalunya milik kita
Walau selamanya ingin kudakap
Dalam kenangan memori semalam
Seindah pelangi petang yang terpancar.
Teman,
Andai tiada lagi semalam yang indah itu
Jangan kau lontarkan jauh kenangan kita
Bersama bayu pergi entah ke mana
Tanpa arah tanpa haluan tanpa henti
Kenangan ini pasti berulang jua
Bagai mimpi indah malam semalam
Dalam episod cerita kehidupan yang baru
Jika masih ada waktumu untukku
Untuk kita kongsikan bersama-sama.
Teman,
Dalam sendiri pasti ada cerita
Dalam gembira pasti ada luka
Dalam guarauan pasti ada kecewa
Tapi dalam kehidupan sementara ini
Cerita gembira kecewa itu sekadar catatan
Yang menjadikan kita dewasa dengannya.
Berlalu dengan segala kenangan kita
Membawa diri dalam ego dan keras hati
Kerana semuanya telah ditentukan
Oleh Pencipta yang maha tahu
Untuk apa ada aku dan dikau
Dalam catatan memori semalam.
ikhlas tapi jauh
roxannezy
10 Jun 1996
11:50pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment