Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Friday, July 09, 2010
BILA RINDU BERBISIK LAGI
BILA RINDU BERBISIK LAGI
Angin malam yang menyapa sorot mukaku
Selembut kasih yang kau serahkan
Semesra cinta yang kau hulurkan.
Angin malam yang bersama rindumu
Kubisikkan lagi tanpa ada rasa jemu
Biar berulang biar tiada henti
Akan rela jusambut dan kudakap mesra
Akan ku sematkan dalam jiwa jujurku
Tiada lagi ragu tiada lagi dusta
Tiada lagi kecewa tiada lagi lara.
Angin malam yang membuai lena panjangku
Bawakan berita ini padanya
Luahkan isihatiku setulus sucimu
Khabarkan padanya.
Bila rindu berbisik lagi
Kasih sayangku hanya untukmu
Dalam diam tanpaku sedari
Rinduku padamu tiada penghujungnya
Izinkanku ukir perjalanan cinta kita
Disudut pengalaman tiada nokhtahnya
Didalam tidur berbisikkan suara rindumu
Masih lagi jelas membuai mimpiku
Dan mimpi indahku semalam
Ingin terus ku sambung lagi
Hari ini esok dan selamanya
Kerana cerita rindu yang kau bisikkan
Bersama angin malam
Masih setia aku nantikan, sayang.
Roxannezy
18 Januari 1996
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment