Friday, July 23, 2010

Alleycats : Suratan (HQ Audio)






Sepucuk warkah diterima
dari yang tak punya nama
suratan atau kebetulan
tiada bicara yang terdengar
dalam diam aku membukanya
hanya ada sebaris ayat yang tak ku fahami
...tititk-titik hitam yang berturutan
membentuk tanda soal yang belum terjawab, mengapa?


Bila telah ku cantumkan titik hitam itu
baru ku tahu ada rahsia yang belum terjawab
pada hati yang dulunya pernah mengharap
yang indah cuma sementara....
kerana aku terlalu jauh untuk mentafsirkan
sebuah hati yang dulunya mengharap.


Hati... jangan kau sendiri lagi
kerana suratan ini bukan kebetulan
bukan angan yang tiada sudahnya
kerana jalannya masih jauh terbentang
membawa onak dan duri jauh terbuang
dalam jejak-jejak langkah
yang dulunya perlahan dan suram.


Jiwa... jangan kau lara lagi
kerana kenangan lama itu
tidak akan ada ulangnya
pada cerita yang kau lontarkan jauh
ke dasar kenangan yang mengecewakan
yang belum ada bila akhirnya.


Kerana hati dan jiwa
akan bersatu bersama bahagia
yang telah tuhan janjikan untuk kita
dalam dunia dan suratan yang berbeza
saat kau dan aku tak pernah menjangka
bila dimana dan mengapa?
saat kau dan aku dipertemukan jua


01 Januari 2001
09:35 pm @ Kg Bharu, Kuala Lumpur

No comments: