Saturday, July 10, 2010

HARAPAN SEORANG ABAH


Ketika abah tersenyum pada ku
membisikkan kata keramat itu ke telingaku
tika aku masih lagi lena dengan mimpiku...

Anakku
Jadilah anak yang kenal siapa dia?
Jadilah anak yang tahu tanggungjawabnya?
Jadilah anak yang mahu membela keluarganya?
Kerana abah hanya mampu mendoakan selalu
Agar sentiasa ada ALLAH menjaga usia mu....!

Dan aku membuka mataku
Melihat abah tersenyum
Dalam mukanya bersih
Memberikan sebuah ingatan semalam
Yang terindah buatku kenang selamanya.

roxannezy
10 Jun 1990

No comments: