Aku ingin berkongsi ceritaku
Yang pernah aku lalui bersamanya
Pada catatan silam indahku.
Sahabatku
Jangan ada rasa sangsimu
Pada sebuah jawapan yang pernah aku lontarkan
Bila kau bertanya, mengapa aku?
Dan kau tanyaiku lagi, mengapa aku?
Kalau dulu jawapan hanya satu
Kerana kau selalu bermain dalam ingatan ku.
Dan kini, bila kau tanyakan lagi Mengapa Aku? kepadaku
Jawapanku tetap sama seperti dulunya
Kerana kau selalu bermain dalam ingatan ku.
Sahabatku
Kenangan lama yang tercalit di tinta sejarah kita
Belum terpadam dek angin malam yang berlalu
Tiada layu kekeringan bak deruan ombak yang membadai
Tiada rasa pada bau henyir yang menusuk kalbuku
Pada sedih kecewa dan derita kenangan silam
Kerana ceita luka itu, terus segar membaluti mimpi semalamku
Untuk kekuatan jiwa aku menanti senyuman mu nanti.
Sahabataku
Diri ini belum pasrah meninggalkan kenangan silam
Berlalu bersama deru angin menyentuh hati mu
Yang mendamaikan jiwa sepi ku
Yang dulu pernah kau sambut dengan mesra
Dan kau bawa bersama hatimu yang lara.
Sahabatku
Jangan kau lupai aku dalam lenamu
Kerana mimpi semalam bisa berulang kembali
Dalam cerita dan lakonan yang berbeza
Dalam pengakhiran yang tiada siapa mampu menekanya
Apakah kisah semalam ... yang ada pisah dan kecewa kita
Akan berulang ditika kita dipertemukan semula
Membawa pergi luka yang tercalit diparut hatimu yang lara.
ikhlas
roxannezy
14 Jun 2010
No comments:
Post a Comment