Tips Mengelakkan Serangan Lebah di Dalam Hutan
1. Elakkan dari memakai wangi-wangian, seperti bedak talkum, minyak wangi, sabun mandi, shampu rambut dan minyak rambut wangi, ini kerana bau-bauan ini akan menarik minat lebah kerana ia akan menganggap bauan yang anda pakai adalah bauan bunga.
2. Elakkan dari menjalani aktiviti perkhemahan anda sekitar bulan Mei hingga Julai, ini kerana pada bulan itu berlaku musim bunga di beberapa kawasan hutan di Malaysia.
3. Lebah amat aktif pada musim bunga, dan mereka boleh bertindak dengan agresif.
Pastikan kawasan perkhemahan anda jauh daripada sarang lebah, ini kerana, lebah akan menganggap kita sebagai ancaman sekiranya kita kerap kali melalui bahagian sarangnya, mungkin kita akan dianggap beruang madu atau Malayan sun bear, yang merupakan musuh utama lebah.
4. Elakkan dari membunuh lebah-lebah yang hinggap di kawasan perkhemahan anda, kerana lebah yang dibunuh akan mengeluarkan sejenis sebatian berbau yang akan dijadikan penjejak kepada kawanan lebah. Jika ini berlaku, anda mungkin akan diserang.
Cara Mengetahui Kawasan Kediaman Lebah.
1.Terdapat banyak tumbuhan berbunga
2. Bunyi-bunyi dengungan lebah terbang
3. Berbau wangi; bau madu
4. Pokok-pokok tinggi yang mempunyai dahan yang besar dan keras; e.g Tualang
5. Terdapat kawanan kecil lebah berterbangan
6. Kehadiran sarang yang aktif melalui pemerhatian
7. Lereng-lereng bukit yang curam dan tinggi
8. Puncak bukit
Cara Menyelamatkan Diri dari Serangan Lebah.
1. Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh; tips ini hanya berguna jika anda diserang berhampiran kawasan sungai atau air.
2. Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk.
3. Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
4. Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
5. Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit, kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
6. Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
7. Rebahkan diri keatas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda, ia berkesan, aku telah mencuba langkah ini sebagai cara terakhir.
8. Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Rawatan Kecemasan Serangan Lebah
1. Bancuh serbuk kunyit bersama air dan minum
2. Ambil rhizom tepus, hancurkan sedikit dan makan rhizome itu.
Pil selsema (aku lupa namanya) sangat sesuai bagi mereka yang mengalamai alahan terhadap sengatan lebah, terutama pengidap penyakit asma.
3. Asah parang dengan batu pengasah, kemudian ambil daki asahan, sapu pada bekas sengatan.
4. Minum air dengan banyak dan cuba muntahkan semula, ini dapat membuang bisa-bisa sengatan.
p/s: Tips-tips yang diberikan bukan atas dasar profesionalisma, tetapi hanya atas dasar pengalaman, dan keberkesanannya adalah tidak dijamin, semuanya Insyaallah!
No comments:
Post a Comment