Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Monday, July 12, 2010
KENANGAN DAN ILUSIKU
KENANGAN DAN ILUSIKU
(* dedikasi buat rakan STTJ, Batch 1987/1988)
Seketika dalam senja yang suram
kotak ingatanku berputar pada kenangan silam
saat terindah bersama mu
yang telah tuhan pinjamkan buat ku sementara
untuk sama kita lalui
saat kenangan indah dulu.
kenangan indah bersamamu
seakan diputarkan lagi berkali-kali
membuat aku terdiam mengimbas semua
seperti baru semalam ianya berlalu
bersama rintik hujan yang makin suram.
Saat indah itu tak mungkin berulang
kerana waktu berputaran meninggalkan semalam
yang bersama kita lalui
penuh tawa riang dan senang.
Sahabatku, tika jauh kita tinggalkan kenangan
ilusiku masih ada pada kenangan silam
saat kita sama bersua mulanya
tika kita berpisah dihujung ceritanya
bersama cita dan harapan berbeza
yang ada dihati kita semua.
Dan kini, setelah 22 tahun berlalu
nama-nama silam itu masih terpahat dimemoriku
kenangan tetap segar dalam ingatanku
di bumi STTJ yang menemukan kita dulunya
ilusiku masih mencari dimanakah dikau semuanya?
ikhlas
roxannezy
12 Jun 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment