Assalamualaikum wbt. Selamat melayari "Blog" .....Roxannezy. Semoga beroleh keberkatan dan sumber ilmu yang bermanfaat untuk semua, insya'ALLAH. Sebarang pandangan, artikel, maklumat dan teguran amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan yang ada ke mansoradam_pgtm@yahoo.com
Saturday, July 10, 2010
DOAKU PADA PEPERANGAN
Derita sengsara itu tak pernah hilang
Membuatkan hatiku selalu bertanya sendiri
Mengapa ada yang hilang nyawa?
.... demi sebuah anugerah Illahi sebuah negara.
Mengapa ada yang meratapi hiba?
.... pada sekujur jasad yang tidak lagi berharga.
Mengapa ada yang hilang anak dan keluarga?
.... pada janji dan mimpi yang kita inginkan ada?
Sebuah peperangan yang tak pernah padam
Masih lagi ada dimana-mana sekeliling kita.
Palastine, Selatan Thailand, Iran, Iraq, Bosnia dan Chechya
Hanya sekadar tempat mereka menguji senjata yang ada
Menjadikan anak-anak sebagai bahan mangsa
Menentukan jaguh dunia dengan senjata yang dicipta.
Aduh bangunlah wahai pertiwiku
Bangun untuk menentang kezaliman mereka
Agar kita tidak menjadi mangsa
Kerakusan musuh yang bermaharaja lela.
Anak-anakku
Kalau ada usia dewasamu
Katakan pada dunia
Doaku pada peperangan
Tidak pernah ada sekalipun jua.
iklas menentang kezaliman
roxannezy
10 Jun 1996
10:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment