Kalau nak baiki dunia,Kena baiki manusia.
Kalau nak baiki manusia,Kena baiki hatinya.
Kalau nak baiki hati,Kena baiki solatnya.
Setiap jentera perlu diservice oleh manusia,
Setiap manusia perlu diservice oleh solat.
Solat adalah menjaga hubungan dgn Allah
When Allah is your friend, who is your enemy?.
Bila mati anak Adam putuslah semua amalanya,kecuali 3.
1.Ilmu yang memberi manfaat
2.Sedekah jariah
3.Doa anak yang Solleh
Pesanlah dan didiklah anak-anak hantarkan doa dan fatihah
setiap hari,Bila kita telah tiada.
Usahlah dipinta mudahkan urusan,tapi pintalah besarkan tabah.
Usahlah dipinta kecilkan ujian tapi pintalah besarkan iman.
Dosa yang menyebabkan kita menangis,
lebih baik dari amal yang menyebabkan kita ketawa.
Mampukah memaaf,melupa dan menyayangi
Orang yang pernah melukai kita?.itulah kehebatan Allah.
Siapalah kita yang hina sanggup mengatakan tiada maaf bagimu.
Hinanya kita kerana terbentuk dari benda jijik yang keluar dari saluran najis.
Dan dibentuk pula dsebelah tong najis.
Tidak masuk syurga siapa yang ada sebesar zarah sifat sombong.
Hidup tak selalu indah,disitulah indahnya kehidupan.
Kita bukan tuan,apabila berlaku perkara yang kita tak suka,
Kita akan sabar dan redo kerana kita peminjam bukan pemilik.
Kita milik Allah apa saja yang terjadi kita redo.
Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit,kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai orang diuji tak berkaki.
Jangan jadi kelawar bukan tak Nampak kerana gelap,
tapi tak Nampak kerana terlalu terang.
Dosa itu suatu yang meresahkan hati, timbul penyesalan
Dan ada keinginan untuk bertaubat.
Tiadalah setiap perkataan yang kita keluarkan melainkan dicatat oleh malaikat,
Kita akan bertanggung jawab atas apa yang kita perkatakan.
Ssungguhnya siksaan Allah itu amatlah pedih.
Janganlah kamu mengejek orang lain,mungkin mereka lebih baik dari kamu.
Jauhilah banyak sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa,
Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati.
Ada orang kerana mulut masuk syurga,
Ada orang kerana mulut masuk neraka.
Ada orang kerana hati masuk syurga,
Ada orang kerana hati masuk neraka.
Apa yang baik dtg dari Allah ,jika ada kelemahan harap dibantu.
Bersatu mencari keredhoan Ilahi.
No comments:
Post a Comment